BESUT, 2 Ogos ( Bernama) -- Kerjasama kerajaan Terengganu dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memulihkan Taman Ilmu di Tembila, Besut di sini kini giat dijalankan dengan kerja membaik pulih bangunan asrama untuk kegunaan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) Kampus Tembila bermula Oktober ini.
Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh be
rkata bangunan asrama yang terbengkalai itu dipulihkan melalui peruntukan KPT bagi memastikan Taman Ilmu yang dibangunkan dengan belanja RM300 juta itu dapat beroperasi.
"Diharapkan usaha KPT ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan isu tersebut dalam memastikan pusat pendidikan bertaraf antarabangsa itu dapat dimanfaatkan untuk pembangunan pendidikan di negara ini ", katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka merasmikan pembukaan bangunan asrama itu 5 Sept ini.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment