Tuesday, October 31, 2017

RATING TERTINGGI BAGI BULAN OKTOBER 2017

"Haji Yahya Mohamad Dalam Kenangan" dipilih pembaca blog ini sebagai posting yang mempunyai rating tertinggi bagi bulan Oktober 2017 dengan 597 hits. Ia diikuti MB kesal berita Masjid Kristal diabaikan dengan 500 hits.

10 rating tertinggi bagi bulan Oktober 2017 adalah seperti berikut:-

1. Haji Yahya Mohamad Dalam Kenangan (5/10) - 597 hits
2. MB kesal berita Masjid Kristal diabaikan (7/10)
3. Api misteri muncul kembali di Kampung Penambang (9/10)
4. Cikgu Ghazali Mohd Nor dalam kenangan (25/10)
5. PAS perlu nilai tawaran kerjasama Umno (22/10)
6. GNN catat jualan tiga hari RM500,000 (16/10)
7. Keluarga api misteri ditempatkan sementara di Pengkalan Chepa (10/10)
8. Nenek 73 tahun gigih mahu lesen memandu (4/10)
9. Mahathir dakwa Bugis berhimpun depan pejabatnya dapat duit (19/10)
10. Kad debit di sekolah diperluaskan secara berperingkat (12/10)

3 JUTA PELANCONG LAWAT TERENGGANU SEHINGGA OGOS LALU

KUALA NERUS, 31 Okt (Bernama) -- Terengganu mencatat ketibaan pelancong melebihi tiga juta orang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak berkata kebanyakan pelancong berkenaan mengunjungi pulau-pulau peranginan di negeri ini.

"Pulau peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Tenggol masih menjadi tarikan utama kepada pelancong asing, dengan 90 peratus penginapan di resort-resort dipenuhi pengunjung kebanyakannya dari Singapura.

"Jadi, dari segi kualiti kita melepasi atau mencapai sasaran Visit Beautiful Terengganu 2017 walaupun dari segi kuantiti menyasarkan lima juta pelancong, sedikit berkurangan. Tetapi kita masih ada masa sehingga Disember dan saya yakin jumlahnya mampu menghampiri sasaran," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Tun Faisal berkata pihaknya kini giat mempromosikan tarikan pelancongan di tanah besar atau daratan seperti di Tasik Kenyir yang akan menjadi zon bebas cukai, dan merupakan imej pelancongan baharu di negeri ini.....

Monday, October 30, 2017

KSB THE BIGGEST PETROLEUM SUPPLY BASE IN PENINSULAR MALAYSIA

ADVERTORIAL

Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. owns and operates Kemaman Supply Base (KSB). It is the biggest petroleum supply base in Peninsular Malaysia. From a merely 30 hectares of area when started in 1982, it has grown to 180 hectares of developed area with additional 60 hectares of land bank for future expansion.


The whole area of KSB is uniquely licensed by Royal Customs of Malaysia under the Warehousing and Manufacturing scheme. As a result, taxes and duties for imported oil field equipment entering KSB and subsequently going to offshore locations are deferred and exempted.



This distinctive license provide additional incentive to oil producers namely Petronas Carigali, ExxonMobil, Repsol, Sapura E & P, IPC, HESS and others to operate in KSB. Other than these giant oil producers, there are more than 200 support service companies; both multinational and local entrepreneurs have their presence and facilities inside the base.



These companies offer various types of oilfield trade specialities. Among them are drilling equipment and wireline contractors, well completion, fabrication and other maintenance companies making KSB truly and integrated supply base.



In 2015, EPIC bought over both facilities and operating company of West Wharf. With the inclusion of West Wharf into KSB’s license, additional 4 berthing points are available. West Wharf blue print development is to have mirror image facilities of existing KSB. At the end of 2016, the mud plant is already commissioned.




INFRASTRUCTURES

KSB is an all-weathered port with sufficient draft enabling supply vessels to call-in at any time at 11 berthing points with minimum 8 meters depth simultaneously.



4 blocks of 3 – storey buildings suitable for companies administration office.

Storage tanks and silos for liquid and powder bulk.

Spacious open yard area.

49 units of warehouses.

MAIN SERVICES




Material Handling Equipment with range of capacities of cranes, prime-movers and forklifts.

Complete mud plant services inclusive Drilling Base Oil (DBO) storage.

Bunker of fuel and supply of potable water.

Cargo handling and manpower supply.

Dock and vessels.

Rental of property.

OTHER SERVICES






Infrastructure and Building Maintenance Services.

Project Consultancy and Engineering Services.

24/7 Auxiliary Police, Security Service, crew transfer and scanning facilities.

High Speed Broadband & Phone (Unifi).

Liquid Mud Plant (LMP).

Centralized food.

Non schedule waste disposal.











Contact Info:

Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd.

2nd Floor, Annexe Building, Kemaman Supply Base,

24007 Kemaman, Terengganu Darul Iman.



Contact Person:

Md. Nasir Bin Ahmad

General Manager



Telephone Number:

+609 - 860 2222



Fax Number:

+609 - 863 1716



Email Address:

infoksb@epicgroup.com.my



TABUNG ROHINGYA TERENGGANU KUTIP RM2.2 JUTA

KUALA TERENGGANU, 30 Okt (Bernama) -- Tabung kutipan derma bagi membantu etnik Rohingya yang kini terpaksa mencari perlindungan di 68 pusat pelarian di Bangladesh yang

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berterima kasih kepada penyumbang yang membantu menjayakan hasrat negeri itu dan melaksanakannya dalam masa singkat.

Beliau berkata demikian pada program 'Terengganu For Rohingya Sekampit Beras Untuk Rohingya' anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di sini malam tadi.

Turut hadir pengerusi sekretariat program yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Pihak yang menyumbang ialah kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan sebanyak RM1 juta, kumpulan syarikat bawah Terengganu Incorporated (RM160,000), Badan Perhubungan Umno Negeri (RM50,000), sekolah-sekolah Terengganu (RM127,174), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (RM30,000), Pemuda Umno Terengganu (RM12,251.30) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (RM11,781).
dilancarkan kerajaan negeri pada 19 Sept lepas, berjaya mengutip hampir RM2.2 juta hasil sumbangan pelbagai pihak di negeri itu.

Sunday, October 29, 2017

INGATKAN KAK WAN PKR, RUPANYA KAK WAN AMANAH IKHTIAR



KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pe­minjam dana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Wan Azizah Wan Salleh terharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menghargai usaha kerasnya dalam bidang perniagaan.


Menurut Wan Azizah, 45, pujian secara terbuka dalam pembentangan Bajet 2018 semalam itu adalah yang ketiga diterimanya daripada Perdana Menteri.


Jelas wanita yang berasal dari Kelantan itu, kali pertama dia menerima penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu adalah pada 2005, seterusnya 2012.

“Perdana Menteri telah menyampaikan anugerah ke­bangsaan di Kedah, sete­rusnya beliau menjemput saya untuk berkongsi pengalaman mengenai kejayaan menjadi usahawan.

“Semalam, Perdana Menteri telah membuat saya terharu sangat kerana memuji saya dalam pembentangan Bajet 2018 yang ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih Datuk Seri Najib,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam meraikan kejayaan Wan Azizah sebagai usahawan ternakan ayam yang bermula daripada peringkat bawah sebelum menjadi ahli perniagaan berjaya, hasil pinjaman dana modal permulaan sebanyak RM500 daripada AIM.

Wan Azizah yang juga ibu kepada enam cahaya mata ber­kata, modal permulaan RM500 daripada AIM pada 1993 itu adalah satu-satunya pinjaman yang dibuat sepanjang 24 tahun terlibat dalam bidang ternakan dan pemprosesan ayam.

Katanya, bermula dengan menjual 10 ekor ayam sehari, kini meningkat kepada 900 ke 1,000 ekor ayam dan kesemuanya dipasarkan di sekitar daerah Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

“Saya mengakui kejayaan Ziza Ayam Proses ini bertitik-tolak daripada pinjaman kerajaan sebelum mampu berkembang dan bertahan hingga hari ini.

“Dahulu hanya saya dan suami yang menguruskan perniagaan ini, tetapi kini dite­ruskan oleh anak sulung, selain dibantu sanak-saudara,” ujarnya.

Dalam masa sama, Wan Azizah memberitahu, dia masih belum bergelar jutawan, namun berharap kenyataan Perdana Menteri itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Friday, October 27, 2017

BAJET 2018: PM SENTIASA CABAR KELAZIMAN

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah bajet yang sangat terperinci, realisitik dan bertanggungjawab.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui pembentangan bajet itu, sekali lagi perdana menteri membuktikan beliau seorang yang sangat berani dan sentiasa
mencabar kelaziman.

"Bagi pihak rakyat dan kerajaan negeri Terengganu, saya ucapkan terima kasih di atas perancangan projek fizikal dan peruntukan kerajaan pusat untuk Terengganu sebagaimana yang diumumkan oleh perdana menteri."

"Ini termasuk pelaksaan projek ECRL (Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur), rumah-rumah MyBN Homes (MyBeautiful New Home) serta pusat kardiologi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), terima kasih kita ucapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Razif berkata jelas sekali di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang jatuh di pasaran dunia, ekonomi negara kita diurus dengan sangat baik sehingga mendapat pengiktirafan Bank Dunia dan agensi-agensi penarafan antarabangsa.

"Mesej saya di sini ialah negara kita adalah negara yang hebat dan berjaya. Malaysia bukan negara gagal seperti mana tohmahan pembangkang."

"Malah kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan perdana menteri mempunyai perancangan, hala tuju dan wawasan yang jelas untuk masa depan negara dan rakyat melewati tahun 2050. Kita di landasan yang betul," katanya.

Sebagai rakyat Malaysia, Ahmad Razif turut melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, barisan kabinet dan semua penjawat awam khasnya yang telah membantu menguruskan

ekonomi negara dengan sangat baik

"Saya sangat gembira dan berterima kasih kerana dua kelompok utama iaitu usahawasan mikro termasuk usahawan wanita dan kelompok kedua iaitu golongan petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah mendapat perhatian besar dalam bajet ini."

"Setengah bilion (ringgit) melalui TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) Nasional dan tambahan RM200 juta lagi kepada AIM (Amanah Ikhtiar malaysia) serta RM6.5 bilion untuk para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah ini adalah luar biasa dan meningkatkan pembinaan daya kapasiti mereka untuk berdikari dan berjaya," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, October 26, 2017

BAJET PAKATAN HARAPAN ANGAN ANGAN MAT JENIN

KUALA NERUS, 26 Okt (Bernama) -- Rakyat digesa supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji palsu dan tidak logik menerusi Bajet Alternatif 2018 yang diumumkan Pakatan Harapan, semalam.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kerajaan hanya mengumumkan janji dan perkara yang realistik dan mampu dilaksanakan.

"UMNO dan BN sebuah kerajaan bertanggungjawab dan sangat berpengalaman luas dalam merangka bajet yang baik untuk semua pihak. Kita tahu apa boleh buat dan apa tidak boleh buat. Rakyat boleh nilai sendiri (bajet Pakatan Harapan dan BN).

"Kerajaan UMNO dan BN sentiasa melihat ke hadapan walaupun kadang-kadang keputusan kita buat itu tidak beri keuntungan kepada kerajaan (tidak popular kepada rakyat), tapi kita terpaksa buat disebabkan krisis ekonomi di seluruh dunia pada masa kini,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bajet diumumkan Pakatan Harapan, yang antara lain, janji pembangkang untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya serta memberi pendidikan percuma di universiti awam.

Ahmad Razif turut menyifatkan bajet itu sebagai 'angan-angan Mat Jenin' Pakatan Harapan yang tidak bersandarkan kepada realiti dan ekonomi pada masa ini.

"Sebab itu persediaan dan langkah-langkah dibuat kerajaan sekarang adalah tepat. Pembangkang boleh janji apa sahaja tapi adakah mereka akan laksanakan? Berbeza dengan UMNO dan BN, kita laksanakan apa kita janji,"katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, October 25, 2017

CIKGU GHAZALI MOHD NOR DALAM KENANGAN

DUNGUN: Pagi semalam jam 7.16 pagi saya terima panggilan telefon dari abang dua pupu, Azik Mohd Nor yang mengatakan adiknya Cikgu Ghazali Mohd Nor telah meninggal dunia di rumahnya di Kubang Miang, Pak Sabah, Dungun.

Arwah yang berusia 64 tahun adalah Pengerusi Pekida Dungun dan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Serai. Beliau yang rapat dengan saya sejak kecil adalah cucu Cikgu Haji Yusuf Kemasik yang mewarisi ilmu persilatan dari datuknya Cikgu Haji Yusuf yang terkenal pada tahun 1970an. Cikgu Haji Yusuf meninggal di Kemasik pada tahun 1974.

Arwah Abang Li bukan sahaja mewarisi ilmu persilatan dari Cikgu Haji Yusuf malah mewarisi ilmu berubat orang sakit dari jarak jauh.

Ketika saya bekerja dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Kuala Terengganu dari tahun 1997 hingga 2000 arwah Cikgu Ghazali selalu singgah di pejabat saya. Dah tiga tahun kami tak berjumpa. Setiap kali pergi ke rumahnya di Kubang Miang tak pernah arwah ada di rumah.

Kebetulan ketika panggilan telefon diterima pagi semalam saya dalam perjalanan dari Semenyih ke Kuala Berang menguruskan jualan tanah di Kuala Embong kepada menantu saya. Bila selesai urusan di Pejabat Tanah Hulu Terengganu pada jam 3 petang, kami tiga beradik dengan menantu bergegas ke rumah arwah di Dungun.

Kami sampai ketika jenazahnya sedang dicium oleh anak cucunya. Saya sempat melihat wajah arwah Abang Li buat kali terakhir. Beliau yang meninggal pada jam 6 pagi semalam dalam tidur lambat dikebumikan selepas asar kerana menunggu anaknya yang duduk di Pulau Pinang sampai.

Jenazahnya dibawa ke masjid Pak Sabah dan ia disolatkan selepas solat asar berjemaah dan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Buaya, Kuala Dungun. Menjelang PRU 1999, beliau turut melobi jadi calon BN bagi DUN Bukit Besi kerana beliau banyak mengajar dalam DUN tersebut dan menjadi guru besar Sekolah Kebangsaan Kampung Dendang dalam DUN tersebut. Tetapi beliau tiada rezeki jadi YB sebaliknya beliau dikenali sebagai Pengerusi Pekida Daerah Dungun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah buat arwah Abang Li.

Tuesday, October 24, 2017

TINDAKAN TEGAS KEPADA INDIVIDU PERSENDA INSTITUSI KESULTANAN

PEKAN, 24 Okt (Bernama) -- Tindakan tegas diambil terhadap individu mempersendakan institusi kesultanan dan raja Melayu di media sosial kerana menjaga kedaulatan institusi kesultanan dan beraja termaktub dalam perlembagaan negara selain ia juga sebahagian daripada identiti negara dan bangsa Melayu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas itu untuk memberi pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab itu kerana kebelakangan ini terdapat segelintir individu yang gemar memuat naik kenyataan sedemikian di laman sosial mereka tanpa memikirkan implikasinya.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan sewajarnya kerana ada peruntukan untuk berbuat demikian dengan kerjasama daripada pihak berkuasa lain seperti polis," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, Jailani mendahului senarai 100 penerima untuk menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jailani berkata menjaga kemuliaan institusi kesultanan turut ditekankan Tengku Abdullah pada titah baginda yang mahu semua rakyat menyakini nilai institusi kesultanan.

"Baginda sendiri menyatakan bahawa institusi kesultanan mempunyai nilai dan kepentingannya untuk memayungi rakyat supaya kedaulatan negara kekal terpelihara," katanya.

Berhubung penganugerahan itu, Jailani menyifatkannya sebagai penghargaan daripada Sultan Pahang dan Tengku Abdullah bukan hanya kepada beliau sahaja, tetapi kepada semua kepimpinan kerajaan Persekutuan.

Jailani yang menjunjung kasih atas pengurniaan itu juga mendoakan supaya Sultan Pahang terus diberikan kesihatan yang baik.

-- BERNAMA

NS DIJADIKAN PUSAT PENYELIDIKAN TERBESAR UDANG GALAH

JELEBU, 24 Okt (Bernama) -- Jabatan Perikanan Malaysia merancang untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai pusat penyelidikan terbesar udang galah jenis macrobrachium rosenbergi atau nama lainnya udang galah sepit Domestikasi Biru (DB), di Malaysia menjelang tahun 2020.

Ketua Pengarahnya Datuk Munir Mohd Nawi berkata buat masa ini terdapat 8,400 baka udang galah sepit DB di dalam peringkat penyelidikan di Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Air Tawar dan FRI Glami Lemi, dekat sini.

"Udang galah sepit DB ini mempunyai pasaran yang terbaik antara spesies ikan air tawar yang lain iaitu sekitar RM100 sekilogram dan ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran negara sekali gus memberikan keuntungan kepada penternak tempatan.

Kami telah melantik tiga Rakan BMC (Pusat Pengganda Baka) untuk menghasilkan benih kepada penternak daripada baka dari FRI Glami Lemi antaranya AM Aquatechnic Sdn Bhd di Terengganu, Koperasi Desa Muara Hujung Rintis Berhad, Perak dan GK Aqua Sdn Bhd yang beroperasi di Negeri Sembilan," katanya pada sidang media di majlis pelancaran Rakan BMC di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kanan Penyelidikan Perikanan Abu Talib Ahmad dan Pengarah FRI Glami Lemi Dr Mohd Fariduddin Othman...

Monday, October 23, 2017

PENTERNAK KERAPU JADI JUTAWAN



BESUT, 23 Okt (Bernama) -- Daripada nelayan akhirnya menjadi jutawan.

Penternakan benih ikan kerapu, hasil gabungan idea kerajaan, penyelidik dan penternak berjaya membuktikan bahawa kehidupan seseorang boleh berubah 360 darjah jika ada usaha dan sokongan secara bersama.

Bertepatan pula apabila kerajaan negeri menyasarkan keperluan ikan sehingga 3.0 juta tan setahun dengan 80 peratus diperoleh dari laut dan 20 peratus lagi dibekalkan daripada projek akuakultur.

Menerusi tinjauan Bernama di sekitar tepi pantai kawasan Kampung Air Tawar di sini mendapati terdapat ramai golongan muda terutama nelayan menternak benih ikan kerapu secara tersusun dan mendapat sokongan padu ramai pihak.

Seorang penternak Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, 38, dari kampung tersebut berkata beliau bertekad mengusahakan 'sumber kekayaan baharu\' itu meskipun pernah dilabel 'gila' dan terpaksa menjual bot laut dalam peninggalan bapanya bagi mengubah kehidupan.



Gambar atas:Kerapu dewasa : gambar bawah: proses mengambil benih kerapu


"Pada 2007, saya mulakan perniagaan dengan modal hanya RM10,000, saya ternak ikan kerapu liar dan ikan siakap tetapi ikan kerapu liar ni bermusim hanya sekitar November hingga April sahaja. Selepas itu saya bertekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dengan menjalani kursus pembenihan ikan kerapu hibrid di Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin (FRI) Tanjung Demong."

"Berbekalkan ilmu dan nasihat dari FRI Tanjung Demong, saya mulakan langkah menternak kerapu, setapak demi setapak saya kembangkan lagi perniagaan menjadi pembenih ikan kerapu hibrid," katanya yang kini mampu menjana pendapatan tujuh angka setahun.

Berkongsi pengalaman, beliau yang mengusahakan penternakan tersebut bersama isterinya Zunainaa Abdul Majid berkata ketika memulakan perusahaan kerapu hibrid pada 2011, beliau sering diejek dan diperlekehkan masyarakat kampung kerana kekurangan ilmu mengenai aktiviti pembenihan ikan dan kerapu hibrid masih tidak mendapat pasaran meluas ketika itu.






"Awalnya orang kampung cakap kat saya, 'mu ni gile ke apa' (kamu ni gila kah), letak 500 ekor ikan dalam 500 liter air, memang jadi baja tanah. Memang betul apa yang diorang cakap, ikan itu memang betul-betul jadi baja apabila kebanyakannya mati.

"Saya akui, memang awalnya saya langsung tak ada ilmu dan tak tahu cara-cara pembenihan ikan yang betul, tetapi apabila mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Perikanan Negeri dan FRI, saya berjaya melakukannya hinggalah menjadi pengeluar benih ikan kerapu hibrid terbesar di daerah ini," katanya.

Tuan Fakaruddin berkata bantuan kerajaan negeri yang menyediakan tanah di sekitar Pantai Kampung Air Tawar untuk diusahakan turut digunakan sebaik mungkin dan selain itu beliau juga mendapat bantuan membina pusat penetasan bernilai RM500,000 dari Jabatan Perikanan bagi membolehkannya menjalankan operasi pembenihan ikan kerapu hibrid.

Tambahnya, proses menghasilkan benih kerapu hibrid agak rumit terutamanya ketika proses persenyawaan telur ikan kerapu iaitu kacukan induk jantan kerapu kertang dan induk betina kerapu harimau bagi menghasilkan kerapu hibrid.

"Awalnya saya hanya mempunyai lapan tangki ikan, tetapi sekarang alhamdulillah saya mempunyai lebih 200 tangki yang dibahagikan secara lima fasa iaitu tiga fasa pembenihan dan dua fasa asuhan," katanya yang kini mempunyai 12 pekerja.

Lebih menarik, kejayaan Tuan Fakaruddin bukan hanya memberi limpahan rezeki buat dirinya dan keluarga, malah turut memberi inspirasi kepada 30 penduduk tempatan untuk mengikut jejak langkahnya dengan memulakan projek asuhan benih ikan kerapu hibrid.

Harga dan permintaan benih yang tinggi di dalam dan luar negara menjadikan kerapu hibrid dikomersialkan sama ada di peringkat telur, benih dan ternakan.

Jika dibandingkan ikan lain, kerapu hibrid mempunyai nilai komersial lebih tinggi berbanding siakap dan spesies ikan lain kerana mempunyai ketahanan yang tinggi, hasil tuaiannya lebih cepat, kurang kecacatan dan mudah diternak.

"Sekarang saya turut membekalkan benih ikan untuk asuhan kepada pengusaha tempatan yang lain selain menjual benih ikan ke pasaran di seluruh negara. Harga pasaran semasa telur kerapu hibrid mencecah RM6,000 hingga RM10,000 per juta dan harga benih bersaiz empat hingga lima inci pula boleh dijual antara RM5 hingga RM7 seekor," katanya yang mampu mengeluarkan benih kerapu hibrid sekurang-kurangnya 30,000 ekor sebulan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Mariam Marip berkata Terengganu yang menjadi pengeluar benih ikan marin utama negara mencatatkan pengeluaran 1.6 juta benih kerapu hibrid pada tahun lepas.

"Untuk kerapu hibrid, jumlah pengeluaran kita masih berada di tahap yang belum mencukupi kerana permintaan yang begitu tinggi ekoran potensi komersialnya yang tinggi iaitu untuk masa sekarang harga pasaran boleh mencecah hingga RM45 sekilogram berbanding ikan siakap hanya RM19 sekilogram.

"Melalui inisiatif kerajaan negeri dan FRI Tanjung Demong, kini lebih ramai penduduk menceburi bidang asuhan ikan kerapu hibrid dan mereka diberikan kursus dan tunjuk ajar mengenai pembenihan dan asuhan ikan kerapu termasuk kerapu hibrid," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, October 22, 2017

PAS PERLU NILAI TAWARAN KERJASAMA UMNO

KUALA TERENGGANU, 22 Okt (Bernama) -- Barisan kepimpinan PAS perlu berhenti main 'tarik tali' dan menilai kembali tawaran kerjasama UMNO pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Lembaga Penasihat PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata perkara berkenaan adalah alternatif terbaik kepada PAS untuk memenangi lebih
banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diusulkan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa awal Oktober lalu.

"Bagi saya wajar menyambut (cadangan kerjasama), dan saya tidak fikir bahawa Annuar akan mengajak PAS untuk menyertai UMNO...kalau ajak menyertai UMNO, saya sendiri juga tidak akan setuju dan tetap akan lawan.

"Jika kita ingin bercakap tentang kerjasama ini, macam konsep 'tahaluf' dan 'tabayyun', saya rasa UMNO dan PAS boleh berbincang untuk kepentingan masa depan negara. Tetapi saya tidak nampak sebarang jawapan yang serius dalam pemimpin PAS dan bila tiada respons serius, saya rasa ia sesuatu yang tidak kena," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya sebelum ini kedua-dua pihak pernah berbincang mengenai kerjasama tersebut tetapi hingga kini masih tiada kata putus mengenainya.

"Perbincangan terdahulu terlampau banyak syarat yang dikenakan antara dua-dua belah parti sehingga hasilnya tiada, apa yang harus kita buat ialah bincang dahulu supaya PAS boleh memahami perspektif UMNO dan UMNO juga harus faham perspektif PAS," katanya.

Beliau turut mengulas tentang politik negara ketika ini yang didakwanya dalam keadaan tidak sihat.

"Saya membuat perhatian dan analisis senario di mana semakin hampir dengan pilihan raya umum semakin tidak harmoni politik negara," katanya.

Beliau berkata dalam berpolitik perlu ada kematangan, kewarasan, bebas dan adil serta perlu cakna atau prihatin terhadap masalah rakyat dan negara.

-- BERNAMA

Friday, October 20, 2017

KJ PERLU BELAJAR DARI KEBERANIAN NAZRI AZIZ BERDEPAN DENGAN WARTAWAN



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau mempunyai hak untuk menentukan siapa wartawan yang boleh menghadiri majlisnya.

Mengulas keputusannya, mengarahkan wartawan Malaysiakini beredar dari program MyCorps@Asia Selatan di Kuala Lumpur, semalam, beliau berkata tindakan itu bertujuan memastikan majlis sidang media berjalan lancar.

“Saya berbuat demikian selepas mendapati portal berita itu sering kali melaporkan kenyataan saya secara tidak tepat dan memetik bahagian tertentu sahaja.

“Saya tiada masalah pun dengan portal lain seperti Free Malaysia Today atau Malaysian Insight kerana mereka boleh tulis apa saja dan saya tidak akan meminta portal berkenaan disekat aksesnya,” katanya yang dipetik oleh portal majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Arahan supaya wartawan Malaysiakini beredar itu dikeluarkan selepas pegawai khas Khairy memohon soalan yang mahu diajukan daripada wartawan sebelum sidang akhbar diadakan.

Sejurus kemudian, pegawai itu datang semula ke meja wartawan dan meminta Malaysiakini meninggalkan tempat itu.

Soalan yang ingin diajukan Malaysiakini kepada Khairy adalah seperti berikut:

“Adakah Pemuda Umno akan menggantung dua pemimpin Pemuda Umno Sabah yang ditangkap oleh SPRM baru-baru ini, sementara menunggu siasatan;

“Pandangannya terhadap dakwaan kenyataan anti-Bugis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Portal BN itu turut memetik membidas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta mencadangkan kepada mereka untuk mencermin diri sebelum melabelkan orang lain ‘double standard’.

Lim sebelum ini menyifatkan tindakan Khairy mengarahkan wartawan untuk beredar sebagai mengejutkan tetapi ketua pemuda Umno itu berkata anak pemimpin veteran DAP itu, Lim Guan Eng juga melakukan amalan sama.

“Suatu ketika dulu kita sering dengar ada wartawan Utusan Malaysia dan TV3 tidak dibenarkan menghadiri sidang media di DUN Pulau Pinang. Jadi, sekarang siapa sebenarnya yang ‘double standard’ (pilih bulu).

“Memang jelas bahawa saya memang pilih bulu tetapi saya arah pegawai saya meminta wartawan itu meninggalkan majlis secara terhormat dan sopan santun.

“Bukan seperti Kit Siang yang menjerit kepada wakil TV3 dan Utusan Malaysia yang dia tidak suka,” katanya yang dipetik oleh portal majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional.


Ulasan saya, KJ perlu belajar dari keberanian Menteri pelancongan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz yang berani berhadapan dengan semua wartawan termasuk Malaysiakini.


Nazri tak pernah menyekat wartawan bertanya soalan kerana beliau berani menjawab soalan yang sensitif. Memang hak KJ memilih soalan tetapi menyuruh wartawan Malaysiakini keluar dari majlis adalah satu tindakan yang tidak matang.


Beliau sepatutnya bersikap lebih terbuka dan meraikan perbezaan pendapat. Setiap soalan perlu dijawab supaya rakyat tahu dengan jawapannya sedangkan dua soalan itu bukannya sensitif sangat.

Dalam soal ini, Nazri Aziz lebih gentleman berhadapan dengan wartawan yang bertanya soalan sensitif.

Thursday, October 19, 2017

MAHATHIR DAKWA BUGIS BERHIMPUN DEPAN PEJABATNYA DAPAT DUIT



KEMAMAN 19 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamed menempelak kumpulan masyarakat keturunan Bugis yang berhimpun di pekarangan pejabatnya semalam dengan menyifatkan mereka sekadar mengikut telunjuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yakin mereka mendapat habuan untuk berbuat demikian bagi memberi gambaran kononnya masyarakat tersebut marah dengan kenya­taannya yang dianggap menghina mereka.


Beliau bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan secara umum berhubung dakwaan kononnya keseluruhan orang Bugis berketurunan lanun.

“Orang Bugis ini (yang berhimpun di hadapan bangunan Yayasan Ke­pimpinan Perdana di Putrajaya), ini saya yakin dapat duit, buat demonstrasi, kononnya saya kata orang Bugis lanun.

“Orang Bugis tak semua lanun. Raja kita juga ada keturunan Bugis. Saya tak kata raja kita lanun,” ujarnya sambil merujuk kecamannya yang sebenar hanya terarah kepada Najib.

Beliau menyatakan demikian dalam ce­ramahnya di bandar Cukai di sini malam tadi.

Semalam, lebih 200 masyarakat Bugis berhimpun lebih setengah jam di pekarangan Yayasan Ke­pimpinan Perdana dengan sebilangan daripada mereka membawa sepanduk antaranya tertulis ‘Kami bukan lanun’ dan ‘Mahathir berasal dari mana’ selain melaungkan ‘Kami bukan lanun’.

Timbalan Presiden Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Me­layu Malaysia, Tasman Matto (gambar)  dilaporkan mewakili lebih 70,000 ahli persatuan tersebut di seluruh negara mendesak Dr. Mahathir menarik semula kenyataannya.

“Kita juga akan membuat laporan polis di seluruh negara kalau Dr. Mahathir enggan menarik balik kenya­taan itu kerana ia ter­nyata telah mengguris perasaan masyarakat Bugis di negara ini yang merupakan sebahagian dari­pada anggota masyarakat di Malaysia sejak sekian lama,” ujar Tasman.

Dr. Mahathir dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan dike­tuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya baru-baru ini menyebut Najib mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Kenyataan Dr. Mahathir itu telah mendatangkan kemarahan masyarakat Bugis seluruh negara dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana dikatakan menghina mereka.


Wednesday, October 18, 2017

FRIM DAN PBT BEKERJASAMA TENTUKAN POKOK YANG BERBAHAYA



KUALA TERENGGANU 18 Okt. - Terengganu mendapatkan khidmat pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menilai langkah-langkah penyelenggaraan yang tepat terhadap pokok-pokok besar di bahu-bahu jalan di seluruh negeri.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pakar berkenaan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menentukan pokok yang berisiko dan berbahaya sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil.


Katanya, memandangkan proses penilaian masih berjalan maka pada peringkat awal ini, kerajaan negeri akan menggiatkan kerja-kerja mencantas bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku di samping meneruskan aktiviti pemantauan dari semasa ke semasa.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan drastik sebab pokok-pokok ini banyak menyumbang kebaikan dalam membekalkan oksigen dan kesegaran suasana persekitaran.

"Mereka sudah berada di sini bagi membuat penilaian pokok-pokok yang berada di tepi jalan, dan kalau berbahaya baru kita akan putuskan apa tindakan yang patut dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra dengan para peserta Memasak Asyura Perdana Kuala Nerus 2017 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil.

Sebelum ini Ahmad Razif dalam reaksi segera susulan insiden dahan patah yang meragut dua nyawa di Batu Rakit di sini pada 7 Oktober lalu mengarahkan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri menebang semua pokok besar yang dianggap berisiko di pinggir jalan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu, seorang pelajar dan seorang kakitangan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBI) Batu Rakit maut selepas dahan pokok menghempap dua buah kenderaan yang melalui jalan itu.


Tuesday, October 17, 2017

MAKAN FREE SETIAP HARI DI JALAN PAHANG KL



KUALA LUMPUR 17 Okt. - Dihidangkan dengan pelbagai menu makanan tengah hari seperti nasi putih dan nasi minyak, ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng dan sayur, orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang untuk ke Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang.


Tinjauan mendapati, warga kota mula mengeremuni ke kedai itu sejak pukul 11 pagi lagi bagi menikmati makan percuma yang diberikan usaha Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamad Md Yunos bersama beberapa ahli korporat.


Orang ramai yang hadir juga dilihat tidak berasa kekok apabila lepas makan ‘diwajibkan’ membasuh pinggan,sudu, garpu dan cawan sendiri mereka sendiri menuju ke sinki membasuh.

Lebih menarik, suasana di restoran itu ibarat satu majlis kenduri kendara dengan alunan muzik turut berkumandang dalam suana hiruk pikuk kenderaan lalu lintas di sepanjang Jalan Pahang sementara menunggu beratur mengambil nasi, lauk pauk dan minuman.

Sehingga jam 1 tengahari restoran yang memuatkan 250 buah kerusi sudah dipenuhi orang ramai kerana waktu makan tengahari bagi warga kota yang bekerja di kawasan sekitar sudah mula datang untuk menikmati makan tengahari percuma.

Malah, restoran yang mempunyai 15 pekerja sukarela itu didatangi masyarakat setempat tanpa mengira bangsa, agama serta umur bagi menikmati makanan secara percuma yang dianggap kali pertama dilakukan seumpama itu.

Menurut Jamal, menu makanan percuma ini akan disediakan untuk 1,000 rakyat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

“Pada hari ini, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada sebahagian makanan sudah habis pada jam 1 petang dan kita terpaksa sekat sikit makanan bagi memberi peluang kepada mereka yang datang lambat dapat menikmati makanan itu secara percuma,” katanya
di sini hari ini.

Tambahnya, pemberian itu dianggarkan mengunakan peruntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma selama 3 tahun dan cawangan seterusnya dijangka akan dibuka di Sekinchan pada 25 Oktober ini.


Monday, October 16, 2017

GNN SELAMA TIGA HARI CATAT JUALAN RM500,000

KUALA TERENGGANU, 16 Okt (Bernama) -- Penganjuran Gelombang Nelayan Nasional di Kuala Kerteh, Kemaman selama tiga hari bermula Khamis lepas berjaya merekodkan jualan sebanyak RM500,000.

Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Badrul Hisham Mohd berkata jumlah itu merangkumi jualan produk proses asas tani, empayar makanan kendera saji, buah-buahan dan hasil laut segar.

"Program julung kali diadakan ini juga berjaya mengumpulkan sebanyak 30,000 nelayan dan anggota keluarga mereka dari seluruh negara bagi menyatakan kebanggaan mereka dalam memainkan peranan membekalkan makanan terutama sumber protein untuk negara.

"Ribuan pengunjung turut hadir menyaksikan pelbagai aktiviti rutin harian nelayan sepanjang GNN 2017 berlangsung dan orang ramai kini lebih memahami keperitan dan pengorbanan nelayan dalam menyediakan sumber hasil laut selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Mohamad Zawahid Shamsuddin berkata GNN 2017 adalah satu pesta dan perayaan yang disambut gembira oleh nelayan di seluruh negara.

"Idea penganjuran GNN 2017 datangnya daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek susulan kejayaan Gelombang Tani Nasional awal tahun ini.

"Persediaan mula dibuat pada Ogos yang mana kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada lima persatuan nelayan kawasan (PNK) iaitu Dungun, Paka, Kemasik, Kijal dan Kemaman," katanya kepada Bernama.

Pada hari perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Sabtu lepas, sebanyak 768 bot nelayan terlibat dalam GNN 2017 termasuk 21 pengusaha bot laut dalam.

Beliau berkata GNN 2017 adalah satu permulaan terbaik dalam membela nasib golongan nelayan dan penganjuran tahunan GNN akan memberi lebih banyak manfaat untuk mereka.

-- BERNAMA

Sunday, October 15, 2017

SWASTA DIGALAK BUKA MAKMAL MADU KELULUT

KEMAMAN, 15 Okt (Bernama) -- Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mempunyai kaedah dan kajian terbaik serta telah mencipta beberapa jenis mesin teknologi terkini untuk membantu mereka yang berminat.

"Mardi akan mainkan peranan kerana bukan semua mesin boleh dibeli secara terus, ada di antaranya dicipta oleh Mardi. Ia berharga antara RM10,000 hingga RM200,000. Saya galakkan ia turut dibangunkan oleh pihak swasta supaya lebih meluas."

"Jika hanya Mardi yang uruskan, kebetulan permintaan tinggi, ia dibimbangi berlaku ketidakcukupan tenaga kerja dan melambatkan urusan pengusaha dalam mendapatkan madu yang telah diproses," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Makmal Pemprosesan Madu Kelulut Kemaman, hari ini.

Makmal yang pertama kali dibangunkan itu menawarkan perkhidmatan pengeringan madu kelulut, pembungkusan dan analisis ringkas penentuan kualliti madu kelulut.

Kos bagi mewujudkan makmal tersebut kira-kira RM172,000 termasuk pembelian pelbagai peralatan dan mampu memproses 50 kilogram madu sehari.

Saturday, October 14, 2017

KERAJAAN SALUR PERUNTUKAN TAMBAHAN RM2 JUTA UNTUK GNN TAHUNAN



KEMAMAN, 14 Okt (Bernama) -- Gelombang Nelayan Nasional (GNN) akan dijadikan program tahunan dengan pihak kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan tambahan RM2 juta bagi penganjurannya tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penganjuran GNN juga merupakan simbolik sokongan kerajaan terhadap golongan nelayan yang sentiasa bertungkus lumus mencari hasil protein untuk dinikmati rakyat.

"Peruntukan tambahan ini di luar daripada peruntukan sedia ada agar GNN dapat diadakan setiap tahun malah tempat ini (Kuala Kerteh) boleh dijadikan lokasi ikonik atau mungkin diadakan di beberapa tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan GNN 2017 di Kuala Kerteh di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman,

Ahmad Zahid yang sempat menyaksikan kemeriahan sambutan GNN 2017 itu turut menyatakan rasa bangga dan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berjaya mengumpul 30,000 nelayan dari seluruh negara untuk memeriahkan GNN 2017.






Ahmad Zahid berkata GNN juga adalah lambang sokongan nelayan terhadap kerajaan dan menunjukkan kesungguhan kementerian itu dalam menjaga kebajikan nelayan.

"Nelayan adalah wira yang tidak didendang yang telah memberi pendapatan kepada negara, memajukan negara dan memberi makanan protein kepada rakyat. Nelayan adalah penyokong kita dan perlu diambil kepedulian yang lebih kepada mereka."

"GNN adalah kombinasi antara nelayan dan kerajaan. Kita tahu bahawa apa yang dilakukan kerajaan bukan sekadar memberi elaun bulanan? kerajaan bukan sekadar memberi perhatian kepada sektor lain tetapi juga kepada perikanan," katanya.






Pada perasmian GNN 2017 hari ini, sebanyak 700 bot nelayan daripada Pahang dan Terengganu yang berkumpul di sini sejak Khamis lalu memeriahkan suasana dengan berarak ke jeti Kuala Kerteh manakala ramai nelayan veteran turut hadir untuk memberi sokongan.

Lokasi GNN 2017 juga penuh sesak dengan kehadiran nelayan dan anggota keluarga mereka serta orang ramai untuk menyaksikan lebih 70 acara yang berlangsung selama tiga hari, berakhir hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Shabery berkata GNN 2017 diadakan bagi menunjukkan kepada masyarakat kehebatan nelayan dan membolehkan pihak luar menyelami kehidupan mereka.

"Ini adalah salah satu usaha kita menyanjung mereka. Mereka berikan kita nikmat ikan, sotong, udang dan ketam. Program ini merupakan satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia merupakan satu manifestasi atau cerminan kepada cara kita menghargai nelayan yang telah berkorban dan berdedikasi memenuhi bekalan sumber protein masyarakat," katanya.

Sidek Ngah, 65, yang hadir pada setiap hari GNN 2017 berkata dia berbangga melihat keprihatinan kerajaan sekarang terhadap nelayan seperti dirinya dengan membuka ruang untuk mereka menggunakan teknologi tinggi selain menyediakan pelbagai program bantuan untuk menambah pendapatan.

"Saya biasa turun ke laut bermula dari Pantai Kijal dan kadang kala sampai juga ke sini (Kuala Kerteh). Tidak pernah saya merasai suasana semeriah ini dan terdetik di jiwa saya rasa bangga menjadi nelayan apabila turut diraikan."

"Nelayan ada semangat juang yang tinggi, mana mungkin boleh meredah lautan jika tiada tekad yang kental. Saya amat bersetuju dengan program ini dan saya akui bahawa Datuk Seri Ahmad Shabery banyak membantu mendedahkan kami dengan pelbagai perkara untuk menambah pendapatan," katanya.

-- BERNAMA

Friday, October 13, 2017

UDANG HARIMAU DILELONG RM35 DI GNN

KEMAMAN, 13 Okt (Bernama) -- Udang Harimau bersaiz XXL akan dilelong pada harga RM35 sekilo esok di tapak program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh.

Harga biasa bagi udang itu ialah antara RM65 hingga RM70 sekilo.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk M Saedon Ab Majid berkata tiga tan hasil laut seperti ikan, ketam dan sotong akan dilelong 20 hingga 50 peratus lebih murah.

Beliau berkata acara lelongan akan bermula selepas majlis perasmian GNN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka berlangsung pukul 11 pagi.

"Selain itu akan turut diadakan acara menarik seperti pertunjukan akrobatik udara, demonstrasi masakan dan aktiviti beli-belah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

GNN julung kali ini yang berakhir esok menampilkan 133 gerai jualan pelbagai produk hasil tani dan makanan laut, 43 gerai pameran dan 10 kaunter perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan.

Tinjauan Bernama mendapati hujan renyai yang turun sejak awal pagi tidak menghalang orang ramai untuk membanjiri tapak program.

Seorang pengunjung Syuhada Razali, 42, berkata beliau teruja apabila dapat membeli pelbagai produk tani dan hasil laut dengan harga lebih murah.

"Tadi saya beli minyak masak lima kilogram pada harga RM19 dan ikan tongkol RM5 seekor," katanya yang datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti di rumah ibu bapanya di Paka.

-- BERNAMA

IMBUHAN DAPAT BASMI PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN NELAYAN

KEMAMAN, 13 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyaran agar kerajaan memperkenalkan insentif untuk pemberi maklumat mengenai penagih dan pengedar dadah.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata insentif atau imbuhan itu dapat membasmi masalah penyalahgunaan dadah yang semakin serius terutama dalam kalangan nelayan.

"Sebanyak 20 peratus dari 100,000 nelayan seluruh negara dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ia semakin membarah.

"Jika ada maklumat yang lengkap dan tepat, sudah pasti penangkapan penagih dan pengedar dadah ini dapat dilakukan segera oleh pihak berkuasa.

"Pada pendapat saya, untuk mendapatkan maklumat mengenai penagih dan pengedar dadah, kita banyak bergantung kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak polis, sedangkan mereka juga terlalu banyak perkara mahu dilakukan, tidak boleh tumpu. Sebab itu kita kena kreatif untuk galakkan masyarakat bantu beri maklumat ini, contohnya dengan insentif," katanya.

Thursday, October 12, 2017

KAD DEBIT DI SEKOLAH DIPERLUASKAN SECARA BERPERINGKAT

KUALA TERENGGANU, 12 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamannya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kada debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.

"Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah 'cashless' (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

"Sekarang ini contohnya penggunaan Smart Board telah dilaksanakan di banyak sekolah. Keputusan peperiksaan misalnya juga boleh disemak ibu bapa melalui telefon pintar. Mungkin sekolah-sekolah boleh guna aplikasi perakam waktu atau paparan skrin sentuh mengikut kesesuaian," katanya.