KUALA LUMPUR - Individu yang akan menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti bersumpah untuk membanteras rasuah.

Seiring dengan pelembagaan parti, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli yang membuat pengakuan sumpah itu perlu membuktikan mereka bukan sahaja menolak rasuah malah sanggup berjuang menangani masalah rasuah dalam negara.

"Sekarang ini pengakuan sumpah hanya sekadar kata-kata, hanya sekadar pengakuan. Hakikatnya, ramai yang ambil ringan tentang sumpah.

"Perdana menteri sendiri bersumpah tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan pelembagaan negara tetapi beliau sendiri yang mengingkarinya," katanya dalam sidang media hari ini.

9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di Putrajaya.

Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman, pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.

Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.

Ulasan saya, lucu juga mendengar kenyataan Dr Mahathir sedangkan pemimpinnya sendiri terpalit dengan rasuah. Bersihkah Presiden penajanya, Muhyiddin Yassin? Benarkah beliau tidak pernah terlibat dengan rasuah ketika beliau menjadi MB Johor?

Semua orang tahu sewaktu beliau jadi MB Johor, beliau terlibat dengan memberi tanah kepada syarikat dari Singapura. Adakah ia pemberian percuma atau ada kick back? Beranikah Muhyididn bersumpah beliau tidak pernah terima rasuah ketika menjadi MB Johor?

Oleh itu sebelum mengajak ahli BERSATU bencikan rasuah pastikan pemimpinnya tidak pernah melakukan rasuah ketika mereka dalam Umno dahulu.

Takkan Dr Mahathir sudah lupa bahawa pada pemilihan 1996 Muhyiddin kalah tanding jawatan Naib Presiden Umno kerana MB Johor, tan Sri Ghani Othman mengadu kepada Dr Mahathir bahawa Muhyiddin  beri wang kepada semua ketua bahagian di Johor. Dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno, Dr Mahathir merayu kepada perwakilan supaya menolak orang yang terlibat dalam politik wang yang menyebabkan Muhyididn kalah kerana tafsiran Dr Mahathir terhadap politik wang sebagai rasuah atau membeli undi perwakilan.