Saturday, December 31, 2016

SULTAN MIZAN RASMI VISIT BEAUTIFUL TERENGGANU 2017

KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) -- Sultan Terngganu Sutan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017) di Duyong Marina Resort di sini, malam tadi.


Turut berangkat hadir ialah Sultanah Nur Zahirah.

Baginda berdua diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdl Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria.

Sempena perasmian itu, pertunjukan bunga api dilakukan di muara sungai Terengganu selain persembahan percikan air berwarna-warni. Sementara itu, Ahmad Razif berkata industri pelancongan Terengganu mempunyai potensi yang amat besar untuk dimajukan.

"Kejayaan industri ini boleh menjadi penampan kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu selain turun naik harga minyak di pasaran global.

"Industri pelancongan adalah industri yang saling berkait. Sifatnya yang 'menjalin hubungan' antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam, meletakkan industri ini sebagai industri yang menjanjikan banyak peluang jayadiri untuk rakyat," katanya semasa berucap pada majlis itu.

Menurutnya kerajaan negeri yakin penganjuran TMT 2017 bakal memberikan impak positif kepada kerajaan serta peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran dan pengusaha hotel di negeri ini.

-- BERNAMA

RATING TERTINGGI BAGI DISEMBER 2016

Selamat Tahu Baru 2017 dan posting "Warkah wasiat Raja Haji wajar dibukukan" mendapat rating tertinggi sebanyak 211 hits untuk bulan Disember 2016. 10 rating tertinggi bagi bulan tersebut ialah:-


1. Warkah wasiat Raja Haji wajar dibukukan (2 disember)
2. Kemamang Kite tutup tirai 2016 dengan gotong royong mega (30 disember)
3. Anak MB antara pelajar cemerlang PT3 (19 disember)
4. YPK hanya terima 2,0000 permohonan insentif kelahiran bayi (16 disember)
5. Mencari keturunan Daeng Menampuk (19 disember)
6. MOU pembangunan semula Komples Bazar Warisan ditandatangani (14 disember)
7. Majlis kesyukuran jadi majlis tahlil (25 disember)
8. Operasi mencari paraglider hilang dihentikan (17 disember)
9. Razif terima semula Dato Seri (8 Disember)
10. SUK melawat mangsa banjir (26 disember)

Friday, December 30, 2016

KEMAMANG KITE TUTUP TIRAI 2016 DENGAN GOTONG ROYONG MEGA














CHUKAI: Grup whatsapp Kemamang Kite (KK) yang diketuai penaungnya Datuk Mohamad Rahim Hussin yang ditubuhkan empat bulan lepas menutup tirai tahun 2016 dengan mengadakan gotong royong mega memindahkan dua orang keluarga dhaif ke flat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) di Geliga semalam.


Seramai 120 orang ahli grup whatsapp berkenaan menyertai gotong royong tersebut. Ia bermula dengan Cikgu Zainudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail mencari daun keladi di tepi sebuah pondok buruk di Gong Limau. Terkejut melihat kedaifan dua keluarga Morhazlan Mohd Aripin dan Mohd Fauzan Abdullah, Cikgu Zainudin melaporkan kepada kawannya yang merupakan ahli grup whatsapp KK.

Kawannya terus pergi melawat pondok tersebut dan melaporkannya dalam KK. Pada malamnya admin KK, Mat Dalam Awang bersama kawan Cikgu Zainudin terus memberi bantuan kepada dua keluarga tersebut.

Dari sinilah KK memikirkan bagaimana mahu membantu keluarga tersebut dan rundingan terus dibuat dengan YPK untuk memindahkan mereka ke Desa Keluarga YPK yang menjadi kenyataan semalam.

Datuk Mohamad Rahim yang menjadi pencetus kepada penubuhan Kumpulan Whatsapp berkenaan ketika bercakap kepada pemberita memberitahu, beliau mengambil inisiatif itu bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

“Walaupun kita hanyalah sebuah kumpulan whatsapp, namun bagi kita apa yang kita laksanakan ini sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat.

“Alhamdulilllah, kami bekerja dalam satu pasukan dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan ini,” katanya yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman.

Thursday, December 29, 2016

PERUNTUKAN SEGERA UNTUK ATASI HAKISAN PANTAI TANJUNG GELAM

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu semalam mengumumkan peruntukan segera RM1.2 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tanjung Gelam dekat Kuala Nerus yang berlaku lewat petang semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ia adalah penyelesaian jangka masa pendek bagi meminimumkan kesan kemusnahan akibat hakisan ombak besar di sepanjang pantai berkenaan.

"Kita sudah ada peruntukan daripada kerajaan pusat sebanyak RM40 juta untuk penyelesaian jangka masa panjang, namun ia masih dalam proses kajian dan reka bentuk pemecah ombak yang sesuai agar hakisan tidak berlaku lagi di pantai itu.

"Apa yang telah dilaksanakan di pantai Tok Jembal sekitar Universiti Malaysia Terengganu dan Teluk Ketapang nampaknya berjaya meminimumkan kesan hakisan kawasan di kedua-dua pantai itu.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mencadangkan agar dua pemecah ombak juga dibina di Pantai Tanjung Gelam.

"Namun, JPS perlu melakukan kajian itu dengan terperinci dan lebih berhati-hati agar apabila siap kelak, ia tidak memberi kesan kepada pantai di sekitar Batu Rakit pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek penyambungan terakhir Jambatan Pulau Sekati, di sini hari ini.

Ombak besar yang berlaku lewat petang semalam menyebabkan kerosakan jalan di kampung Tanjung Gelam selain merosakkan sebahagian beberapa rumah di kampung tersebut.

Ahmad Razif berkata secara keseluruhannya, kerajaan pusat menyalurkan peruntukan RM90 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang dan Tanjung Gelam.

"Selain itu, Jabatan Kerja Raya juga ada peruntukan RM30 juta, jadi nilai keseluruhannya ialah RM120 juta.

"Kerajaan negeri berharap peruntukan segera RM1.2 juta itu dapat membantu menyelesaikan masalah hakisan di Tanjung Gelam sementara JPS melantik kontraktor untuk pembinaan dua benteng pemecah ombak sebagai penyelesaian jangka masa panjang," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, December 28, 2016

BR1M WAJAR DITERUSKAN

KUALA TERENGGANU, 28 Dis (Bernama) -- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan kerana ia memberi banyak kebaikan kepada golongan sasar serta membantu pertumbuhan ekonomi setempat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau kecewa dengan tuduhan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pemberian BR1M adalah rasuah kepada rakyat.

"Itu pandangan beliau, kita rasa amat kecewa kerana sebagai bekas pemimpin utama negara, takkan tak boleh bezakan antara rasuah dan pemberian kerajaan," katanya.

Tuesday, December 27, 2016

JPJ ADAKAN LAGI OPS JALAN DARI 30 DISEMBER HINGGA 2 JANUARI

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Sebanyak 573 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kepada pemandu atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari Ops Jalan bermula Sabtu lepas.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang masih melakukan kesalahan utama seperti menggunakan lorong kecemasan serta memandu secara berbahaya.

"Operasi sama ini akan diadakan lagi pada 30 Dis hingga 2 Jan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pengamal media di sini, semalam.

Mengambil maklum akan kekerapan kes kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), beliau berkata JPJ akan terus mempertingkatkan rondaan di lebuh raya berkenaan.

Di samping itu katanya pemeriksaan terhadap pemandu bas di terminal bas di seluruh negeri turut diperhebatkan sepanjang masa bagi memastikan kemalangan jalan raya yang melibatkan pengangkutan awam tidak berlaku.

"Operasi kita bukan bermusim sebaliknya berterusan jadi orang ramai perlu sentiasa berhati-hati serta bertanggungjawab semasa pemanduan," katanya.

Monday, December 26, 2016

SUK MELAWAT MANGSA BANJIR

KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman meningkat kepada 63 orang daripada 17 keluarga setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 46 orang daripada 13 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Info Banjir, kesemua mangsa ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Badrul Alam Shah, Kemasik, Balai Raya Kampung Padang Kemunting dan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok.

"Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke SMK Badrul Alam Shah, Kemasik, 16 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Padang Kemunting, dan 21 mangsa daripada enam buah keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail turut melawat mangsa banjir banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah petang semalam bersama Pegawai Daerah Kemaman,Rosman Roslan.

-- BERNAMA






Sunday, December 25, 2016

MAJLIS KESYUKURAN JADI MAJLIS TAHLIL

MARANG, 25 Dis (Bernama) -- Kenduri kesyukuran yang dirancang semalam ditukar menjadi majlis tahlil bagi keluarga seorang daripada mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh, Johor semalam.

"Masa kami dapat berita sedih ini kami sedang memasak untuk persiapan majlis (majlis kesyukuran dan cukur jambul) hari ini.

"Selepas mendapat tahu kira-kira pukul 7.15 malam itu kami ingat hendak batalkan majlis namun ayah menyuruh untuk teruskan," kata Noor Suryati Wahab, ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya abangnya Mohd Hisham, 34, berkerja di bahagian Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Noor Suryati, 29, berkata majlis kesyukuran dan cukur jambul untuk anak bongsunya itu dirancang sejak sebulan lalu.

Ibu mangsa Siti Zainab Musa, 51, berkata pada awalnya dia dimaklumkan yang anak lelaki tunggalnya itu hanya cedera.

"Masa tengok TV saya rasa berdebar bila lihat senarai nama Hisham paling atas namun tiada butiran lanjut untuk mengesahkan arwah terlibat.

"Selepas Maghrib kami menerima panggilan telefon daripada pihak polis Johor meminta untuk menuntut jenazahnya dan kira-kira pukul 9 malam suami saya bergerak ke sana," katanya dengan penuh sebak.

Siti Zainab berkata sejak dua hari lalu hatinya sering tidak tenteram, rupanya ia membawa petanda mereka sekeluarga akan menerima berita duka yang anaknya akan meninggalkan mereka buat selamanya.

Katanya, Mohd Hisham jarang pulang ke kampung dan kali terakhir mereka berjumpa ialah pada bulan puasa lalu semasa anaknya bercuti selama sebulan di kampung.

Jenazah Mohd Hisham dijangka dikebumikan selepas solat Isyak malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawai, di sini.

Sebanyak 14 orang yang maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan bas ekspres di Kampung Jayor di Km137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Johor, pada kira-kira 3.25 pagi itu.

-- BERNAMA

Saturday, December 24, 2016

IPD KEMAMAN DAN PERKEP RAI ANAK YATIM DALAM PROGRAM " KEMBALI KE SEKOLAH"

KEMAMAN (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dengan kerjasama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kemaman semalam meraikan 25 anak-anak yatim di daerah ini dalam program 'kembali ke sekolah' di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata menerusi program berkenaan anak-anak yatim itu diberikan kelengkapan persekolahan termasuk pakaian seragam sekolah, peralatan menulis serta beg sekolah untuk digunakan pada penggal persekolahan akan datang.

"Program ini adalah inisiatif kami bagi membantu anak-anak yang tidak berkemampuan ini untuk persekolahan yang akan dibuka kelak.

Selain tugasan harian menjaga keselamatan negara kita juga turut prihatin dengan anak-anak yang memerlukan ini dan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial antara polis dan masyarakat," katanya selepas program itu di sini.

Mohd Said turut menghulurkan sumbangan peribadinya bagi membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak yatim berkenaan.

"Ini adalah sumbangan peribadi saya, saya rasa terpanggil untuk membantu mereka...saya juga pernah melalui detik sukar untuk menyiapkan peralatan sekolah," katanya.

Sementara itu salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan, Nor Ain Amira Mohammad Ghazali,12, berkata beliau mengucapkan penghargaan kepada pihak IPD Kemaman dan Perkep Kemaman di atas sumbangan berkenaan.

Katanya, selama ini dia memang mengharapkan belas ihsan orang ramai menghulurkan bantuan untuk memulakan persekolahan ekoran hidupnya yang serba kekuranganan kerana dibesarkan abang dan kakaknya selepas kematian ibu bapa mereka dua tahun lepas.

"Kini saya berasa lega dan syukur dengan bantuan yang dihulurkan. Sebelum ini bila tiba sesi persekolahan saya hanya menunggu bantuan ataupun ihsan daripada kakak untuk bantuan," kata anak bongsu dari lapan adik beradik itu lagi.

-- BERNAMA

Friday, December 23, 2016

ANAK YATIM 11A JADI ANAK ANGKAT PUSAT KHIDMAT DUN MANIR

KUALA TERENGGANU, 23 Dis (Bernama) -- Kecemerlangan seorang anak yatim memperoleh 11A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mendapat perhatian Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir untuk menjadikan pelajar itu sebagai anak angkat pusat khidmat DUN.

Pegawai Penyelaras DUN Manir, Yusof Awang Hitam berkata kejayaan Siti Nurmunirah Razali, 15, meskipun daripada keluarga kurang berkemampuan, perlu dicontohi pelajar lain agar lebih bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan di sekolah.

"Saya ucapkan tahniah kepada ibu beliau, Norizan Abdul Rahman yang berjaya mendidik kesemua tujuh anaknya dengan baik walaupun terpaksa memikul tanggungjawab itu bersendirian selepas kematian suami lima tahun lalu,"katanya.

Thursday, December 22, 2016

PKKM TERENGGANU CATAT JUALAN RM114.7 JUTA

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Terengganu berjaya mencatat nilai jualan tertinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak RM114.7 juta setakat November tahun ini.

Timbalan Pengarah PKKM Cawangan Terengganu Suhaimi Zakaria berkata daripada jumlah itu, RM102.3 juta adalah daripada bidang tekstil (batik dan songket), RM8.7 juta daripada bidang hasil rimba, RM2.7 juta (logam), RM902,000 (aneka kraf) dan bidang hasil tanah dengan jualan sebanyak RM80,000.

"Antara faktor peningkatan nilai jualan ini ialah jumlah usahawan yang semakin ramai iaitu 637 orang dan kekerapan usahawan menyertai pelbagai siri promosi kraftangan termasuk anjuran kerajaan negeri iaitu Beautiful Terengganu yang diadakan di seluruh negara," katanya.

Wednesday, December 21, 2016

12 PELUMBA TSG BERLATIH DI AUSTRALIA

KUALA TERENGGANU, 21 Dis (Bernama) -- Dua belas pelumba Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) termasuk enam pelumba Sukan SEA akan mengikuti kem latihan di Melbourne, Australia Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSG, Farhan Abdul Wahab berkata kesemua pelumba berkenaan akan mengikuti siri latihan selama sebulan setengah bagi memantapkan stamina dan kecergasan.

Katanya langkah itu juga sebagai persediaan menghadapi kejohanan Sukan SEA, Le Tour de Langkawi (Ltdl) serta Tour de Filipina musim depan.

Tuesday, December 20, 2016

UMNO KUALA TERENGGANU ANJUR PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA SABTU INI

KUALA TERENGGANU, 20 Dis (Bernama) -- Penduduk sekitar Kuala Terengganu yang mempunyai anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun dipelawa menyertai program gunting rambut beramai-ramai secara percuma anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada Sabtu ini.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata program itu merupakan program tahunan pihaknya sebagai persiapan akhir sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.

"Kita sedia maklum ibu bapa perlu menyediakan sejumlah peruntukan yang agak besar untuk membeli barang keperluan anak ke sekolah seperti pakaian, beg, kasut dan alat tulis.....

Monday, December 19, 2016

MENCARI KETURUNAN DAENG MENAMPUK




Daeng Menampuk adalah anak Raja Bugis yang dititahkan oleh Sultan Johor, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah untuk menabalkan adik Sultan, Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1708.

Dari keturunan Daeng Menampuk atau Raja Tua maka lahirlah Raja Haji Daud. Anak Raja Haji Daud ialah Raja Haji Muslimin yang membuka kampung Paloh dan Pulau Rusa. Beliau adalah orang Bugis yang membuka kedua-dua kampung tersebut. Manakala orang Bugis yang membuka Seberang Takir datang lebih kemudian dari Raja Haji Muslimin.

Anak Raja Muslimin, Raja Haji Muhammad menjadi pengiring Sultan Zainal Abidin III. Selepas Raja Haji Muhammad, beliau tidak membenarkan keturunannya menggunakan nama Raja. Tak tahu apa sebabnya.

Penulis sempat menemui keturunan Raja Haji Muhammad di Gong Tok Nasek, Cikgu Wahid Yusof , 75 tahun, bekas pensyarah di Maktab Perguruan Pasir Panjang.

Raja Haji Muhammad mempunyai 14 orang anak dari empat orang isteri iaitu Yusof,Abdullah, Chik, Mohd Zain, Yunus, Aishah, Nik, Awang, Embong,Muhamad Ali, Abdul Rahman, Muda, Wok dan Hassan.

Beberapa tokoh korporat dan politik berasal dari keturunan Daeng Menampuk ini. Antaranya Pengerusi Eksekutif Peremba, Tan Sri Razali Abdul Rahman; bekas ADUN Bandar, Azmi Lop Yusof; bekas calon-calon BN Wakaf Mempelam, Cikgu Latif Muda dan Othman Awang.

Tan Sri Razali anak Zawiah cucu Che Chik cicit Mohd Zain cuit Raja Haji Muhammad. Wahid pula adalah anak Che Endut cucu Che Wook cicit Mohd Zain cuit Raja Muhammad. Ini bermakna Wahid adalah dua pupu Tan Sri Razali.

Bekas calon BN Wakaf Mempelam, Cikgu Latif anak Salma cucu Che Ngah cicit Che Abdullah cuit Raja Haji Muhammad juga. Cikgu Latif tiga pupu Tan Sri Razali.

Othman Awang yang juga bekas calon BN Wakaf Mempelam adalah anak Che Enong cucu Che Abdullah cicit Raja Haji Muhammad. Othman Awang adalah bapa saudara Cikgu Latif.













Bekas ADUN Bandar, Azmi anak Lop Yusof cucu Abdul Rahman cicit Hassan cuit Raja Haji Muhammad.

Manakala Zabidi Saidi penulis blog ini anak Zainun cucu Zaharah cicit Che Nik cuit Raja Haji Muhammad. Che Nik menikah dengan Haji Yusof Kampung Kolam cicit Datuk Lela Perkasa, Abdul Rahman Ishak yang dikenali sebagai Hang Tuah Terengganu dan Pegawai Daerah Kemaman yang pertama.

Selepas Haji Yusof meninggal dunia dengan dua orang anak Zaharah dan Abu Bakar maka Che Nik menikah dengan Cikgu Haji Yusof Kemasik guru agama yang terkenal di Kemasik. Cikgu Haji Yusof juga berasal dari Paloh dan bau bau bacang dengan Che Nik. Beliau meninggal dunia pada tahun 1974 di Kemasik dan ribuan anak muridnya menghantar jenazahnya ke kubur di tepi masjid Kemasik yang menyebabkan jalan raya jem.

Zaharah yang duduk di Pasir Gajah mempunyai beberapa orang anak iaitu Zainun, Maznah, Zawiah dan Mohd.Fadzil manakala Abu Bakar yang duduk di Bukit Goh, Kuantan mempunyai beberapa orang anak iaitu Hasanah, Ahmad, Hamidah, Bakri, Haizam,Azran dan Haniza.

Manakala Mohd Radzi, jurutera Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Mohd Kamal, pegawai anak syarikat Yayasan Terengganu adalah anak Mohd Shah cucu Che Awang cicit Raja Haji Muhammad. Adik beradik lain Mohd Radzi ialah Nasir, Noriah, Norehan, Norizan, Shukri dan Suhaimi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin adalah anak Abdul Ghani cucu Che Abdullah cicit Che Yunus cuit Raja Haji Muhammad. Manakala Haji Omar bapa mertua ADUN Nenggiri di Gua Musang, Kelantan, YB Yusof Abdul Ghani adalah anak Che Nik cucu Che Abdullah cicit Che Yunus cuit Raja Haji Muhammad.

Cikgu Wahid meminta semua saudara maranya terus mencari waris-waris dari keturunan Daeng Menampuk yang masih tak dapat dikesan yang berada di Losong, Manir, Teluk Pasu sebelah ibu Tokku Paloh dan lain-lain lagi.

Bagi keturunan Raja Tua atau Daeng Menampuk ini yang mahu mengetahui susur galur keturunan mereka boleh hubungi Cikgu Wahid di no telefon 09-6248088.


catatan gambar:-

1. Mohd Kamal Mohd Shah, Wahid Yusof, Zabidi Saidi dan Mohd Radzi Mohd Shah
2. Zabidi dengan bapa mertua ADUN Nenggiri, Haji Omar
3. Carta keturunan Daeng Menampuk@ Raja Tua
4. Pengerusi Peremba, Tan Sri Razali Abdul Rahman
5. Bekas ADUN Bandar, Azmi Lop Yusof
6, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Shariffuddin Abdul Ghani


ANAK MB ANTARA PELAJAR CEMERLANG PT3

KUALA TERENGGANU, 19 Dis (Bernama) -- Anak bongsu Menteri Besar Terengganu muncul antara pelajar cemerlang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang keputusannya diumumkan hari ini.

Shahrul Imran Ahmad Razif yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abbas di Kuala Nerus memperoleh 10A 1B.

Datuk Seri Ahmad Razif ketika dihubungi Bernama berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang komited memastikan kejayaan anaknya dan juga pelajar lain dalam peperiksaan itu.

Sunday, December 18, 2016

UPM DISARAN HASILKAN TEKNOLOGI PENANAMAN PADI SECARA BERTERUSAN

BESUT, 18 Dis (Bernama) -- Universiti Putra Malaysia (UPM) disaran menghasilkan teknologi baharu dalam penanaman padi secara berterusan bagi membantu petani dan masa depan negara.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata UPM telah membuktikan kehebatan kajian mereka menerusi sembilan produk teknologi padi yang berjaya meningkatkan penghasilan sehingga 30 peratus di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA-Ketara).

"Hasil teknologi itu berjaya dilakukan di kawasan plot kajian di kampung Lubuk Kawah di sini yang meningkatkan pengeluaran daripada biasa," katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas menyampaikan kunci Rumah Komuniti yang dibina oleh pensyarah dan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam kepada keluarga Kamaruzaman Daud, 44, di kampung Beris Lampu, Kuala Besut di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Idris yang juga Anggota Parlimen Besut berkata menerusi kejayaan UPM itu, seramai 300 pesawah akan memulakan penanaman padi dengan teknologi baharu itu mulai Januari depan.



"Saya telah meminta teknologi baharu yang diperkenalkan UPM itu dilaksanakan juga di kawasan penanaman padi di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) supaya lebih ramai pesawah mendapat faedah daripadanya nanti," katanya.

Sementara itu, rumah komuniti yang diserahkan kepada keluarga Kamaruzaman dan isterinya Hazuani Mohamad, 38, yang mempunyai empat anak berumur antara tiga bulan hingga 11 tahun itu merupakan rumah ke-74 dibina melalui peruntukan Anggota Parlimen itu di Besut.

Idris berkata rumah yang dikhaskan kepada mereka yang berpendapatan rendah itu hampir mencapai sasaran iaitu sebanyak 100 buah menjelang akhir tahun ini, sehingga kini sebanyak 80 buah telah siap dibina dan diserahkan.

-- BERNAMA

Saturday, December 17, 2016

OPERASI MENCARI PARAGLIDER HILANG DIHENTIKAN

MARANG, 17 Dis (Bernama) -- Operasi mencari dan mengesan paraglider yang dikhuatiri hilang berhampiran Taman Buaya, Pulau Kerengga, di sini, Khamis lalu dihentikan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali berkata sepanjang operasi itu dilakukan, pasukan penyelamat tidak menjumpai sebarang petunjuk atau objek seperti yang dilaporkan.

Katanya polis bersama agensi keselamatan yang lain termasuk Bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Angkatan Pertahanan Awam menghentikan pencarian pada 7 malam semalam

Friday, December 16, 2016

YPK HANYA TERIMA 2,000 PERMOHONAN INSENTIF KELAHIRAN BAYI

KUALA TERENGGANU, 16 Dis (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) hanya menerima 2,000 permohonan untuk insentif kelahiran bayi pada tahun ini berbanding sasaran awal 20,000 kelahiran bayi.

Pengarahnya, Shafaruddin Mustaffa berkata insentif yang dimulakan tahun lalu itu memanfaatkan 10,872 bayi sepanjang 2015 dan pihaknya berharap ibu bapa akan tampil untuk memastikan bayi mereka yang lahir pada 2016 turut menerima insentif itu.

"Borang permohonan telah diedarkan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan, klinik ibu mengandung serta pejabat Dewan Undangan Negeri seluruh negeri dan bagi kelahiran di klinik atau hospital swasta, ibu bapa boleh mendapatkan borang itu di pejabat YPKT daerah berdeka
tan..

Thursday, December 15, 2016

SIASATAN MENYELURUH KEMALANGAN LPT2 MASIH BERJALAN

KUALA TERENGGANU, 15 Dis (Bernama) -- Siasatan menyeluruh berhubung nahas jalan raya yang meragut enam nyawa di Kilometer 288.6, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) Ahad lalu masih berjalan.

Ketua Polis daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menjangkakan akan memperolehi keputusan siasatan terbabit dalam masa terdekat.

Katanya, tayar kenderaan terbabit yang dipercayai punca berlakunya kemalangan itu telah dihantar ke Jabatan Kimia Pahang untuk pemeriksaan lanjut

Wednesday, December 14, 2016

MOU PEMBANGUNAN SEMULA KOMPLEKS BAZAR WARISAN DITANDATANGANI



KUALA LUMPUR: Satu memorandum persefahaman (MOU) bagi Pembangunan Semula Kompleks Bazar Warisan Kuala Terengganu telah ditandatangani antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat hartanah Wei Amber Group Sdn Bhd di Bangsar South Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis yang disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan MBKT yang diwakili oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu Mohd Zulkifli Abu Bakar dan Wei Amber diwakili oleh Hj Ismail Cui Wei


Hadir sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohd Jidin Shafee dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk A Rahim Jusoh.

Menurut Ahmad Razif, projek pembangunan ini melibatkan kos RM15 juta adalah hasil kerjasama dengan syarikat Amber Recources dari China iaitu anak syarikat Amber Group Holdings yang mengusahakan makanan Cina Muslim dan semua kos akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut dan perjanjian ini dilakukan secara pajakan selama 20 tahun dengan 10 tahun tambahan bergantung kepada prestasi semasa mereka.

Kumpulan perniagaan Amber mempunyai pengalaman luas dalam menjalankan projek hartanah kediaman dan hotel di Lanzhou China serta mengendalikan 26 rangkaian restoran Cina Muslim Amber di seluruh China.


Projek naik taraf Bazar Warisan hanya melibatkan tingkat atas sahaja dan tidak akan menjejaskan peniaga yang sedia ada di bahagian bawah yang boleh berniaga seperti biasa.

Dalam usaha untuk merancakkan industri pelancongan negeri ini, Bazar Warisan yang terletak berdekatan dengan Pasar Payang akan diberi suntikan baharu dan memulihkan imej kompleks berkenaan menjadi lebih berdaya saing bertepatan dengan Visit Beautiful Terengganu yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Antara premis yang akan dibangunkan di sini adalah gerai makanan antarabangsa (food court), hotel bajet dan sebuah restoran makanan halal Cina iaitu cawangan kedua yang dibuka di Malaysia yang akan menjadi tarikan baharu di Bandaraya Kuala Terengganu kepada pelancong dalam dan luar negara.

Tuesday, December 13, 2016

KOLEKSI PERIBADI SULTAN MIZAN DI MUZIUM DIRAJA

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Lebih 60 bahan dalam koleksi peribadi Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin buat julung kalinya dipamerkan di Muzium Diraja, Istana Negara Lama, di sini hingga 2 Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A. Kassim, berkata barangan yang ditampilkan termasuk pakaian, alat-alat kebesaran dan aksesori perhiasan diraja.

Beliau berkata koleksi dipamerkan itu telah diperkenankan baginda sendiri dan mula dibuka kepada umum pada Sabtu lepas (10 Dis).

Monday, December 12, 2016

MB SEDIH KEMALANGAN DI LPT2

KUALA TERENGGANU, 12 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sedih dengan kemalangan melibatkan 10 anggota keluarga di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam.

Pada masa sama, beliau turut terharu dan memuji semangat kerjasama penduduk kampung yang dilaporkan bertungkus lumus menolong mangsa-mangsa tanpa menunggu pasukan penyelamat tiba.

Ahmad Razif yang mengakui masih terkejut dengan insiden itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera parah akan pulih secepat mungkin


Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir Rosli Othman berkata "jangan cetuskan spekulasi dan andaian kemalangan di LPT 2 semalam,"

Beliau berkata kemalangan yang mengakibatkan enam maut di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT 2) itu dipercayai berpunca daripada kerosakan tayar, dan bukan disebabkan faktor jalan di kawasan terbabit.

"Saya minta orang ramai hentikan andaian. Biar pihak bertanggungjawab lakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya.

Sunday, December 11, 2016

RAZIF MINTA PROFESIONAL ANAK NEGERI BANTU PEMBANGUNAN TERENGGANU

KUALA NERUS, 11 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan mengumpulkan golongan profesional kalangan anak negeri bagi membantu pembangunan negeri ini dengan lebih dinamik.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata usaha itu akan dilakukan Sekretariat Anak Perantau Terengganu yang beroperasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Skudai di Johor.

"Sekretariat itu juga akan dilancarkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah tidak lama lagi bagi memudahkan pengumpulan data semua golongan profesional anak negeri untuk menyertai program itu kelak.

Saturday, December 10, 2016

KKMM BINA EMPAT LAGI PIM DI HULU TERENGGANU



HULU TERENGGGANU, 10 Dis (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina empat lagi Pusat Internet Malaysia (PIM) di daerah ini tahun depan dengan peruntukan RM4 juta.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata dua daripada PIM itu akan dibina di kawasan Ajil
, masing-masing di Felda Tersat dan Felda Jerangau Barat, dengan peruntukan RM1 juta setiap sebuah.

"Sebelum ini Hulu Terengganu telah mempunyai empat buah PIM iaitu di Kampung Tok Randok, Bukit Diman, Mengkawang dan Kampung Menerong bagi kemudahan penduduk luar bandar untuk mendapat maklumat, membuat bayaran sebarang bil dan menjana pendapatan dengan menjual produk melalui sistem online," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Menghubung Menyatu anjuran KKMM di Sekolah Kebangsaan Peroh di sini. Turut hadir Pengarah Penerangan Terengganu Nasruddin Mahmud.

Pada majlis itu seramai 30 orang penduduk telah terpilih menerima bantuan berupa beras, gula, tepung gandum dan minyak masak untuk kegunaan harian mereka

Katanya, dengan terbinanya pusat internet berkenaan, penduduk di Hulu Terengganu yang terkenal dengan pengeluaran hasil pertanian seperti jagung, kacang tanah serta barangan kraf boleh memasarkannya secara online.

-- BERNAMA

Friday, December 9, 2016

TERENGGANU ANJUR MINI FESTIVAL SDSI

KUALA TERENGGANU, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan menganjurkan program mini festival 'Satu Daerah Satu Industri' (SDSI) mulai tahun depan untuk memperkasakan produk keluaran tempatan sebagai produk pelancongan warisan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohammad berkata program itu akan dimulakan di Besut pada Mac dengan penyertaan oleh 100 usahawan SDSI seluruh negeri.

Program ini akan dianjurkan secara berperingkat di semua daerah sepanjang tahun sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, katanya kepada Bernama di sini semalam.
.

Thursday, December 8, 2016

RAZIF TERIMA SEMULA DATO SERI



KUALA TERENGGANU: "Syukur Alhamdulillah", kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepadanya.

Ahmad Razif ketika dihubungi Bernama, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara tersebut bagi mengelak salah faham.

Ahmad Razif menerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) semalam dan disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama.



Pada 22 April lepas, semua gelaran terhadap beliau dilucutkan setelah menerima gelaran yang sama pada April 2015 dan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

- Bernama

Wednesday, December 7, 2016

PUSAT SERVIS TEKNIKAL SUKHOI MAMPU JANA INDUSTRI PERTAHANAN NEGARA

BESUT, 7 Dis (Bernama) -- Kewujudan Pusat Servis Teknikal (STC) bernilai RM72 juta bagi menyelenggara dan membaiki pesawat pejuang Sukhoi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, di sini dilihat mampu menjana industri pertahanan negara.

Panglima TUDM, Tan Sri Roslan Saad berkata ia dapat dilaksanakan menerusi penglibatan peserta industri dalam penyelenggaraan pesawat-pesawat yang digunakan dalam sistem pertahanan negara.

"STC ini bakal memberikan ruang senggaraan barisan kedua yang komprehensif dan efektif kepada pesawat Sukhoi yang sebelum ini kerja-kerja tersebut dilaksanakan di hangar 11 Skuadron yang berkongsi dengan ATSC (Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd). Selain dari menempatkan ruang senggaraan pesawat, STC ini juga dilengkapi dengan ruang pejabat, ruang penyimpanan peralatan ganti, ruang penyelenggaraan serta ruang pengujian komponen pesawat Sukhoi," katanya pada pelancaran bangunan itu di sini hari ini.....

Tuesday, December 6, 2016

YPU PERUNTUKKAN RM500 RIBU UNTUK NIAGA DALAM TALIAN

KUALA TERENGGANU, 6 Dis (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memperuntukkan RM500,000 sebagai dana pinjaman mudah cara perniagaan dalam talian untuk membantu golongan mahasiswa dan belia menceburi bidang itu pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A Rahman berkata dana yang disediakan itu khas untuk usahawan muda yang menjalankan perniagaan dalam talian dengan pinjaman maksimum sebanyak RM10,000 tanpa caj perkhidmatan dengan tempoh bayaran sehingga dua tahun.

"Mulai tahun depan juga, YPU akan bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) yang dikelolakan oleh Yayasan Terengganu untuk membimbing 200 mahasiswa yang berminat menjalankan perniagaan dalam talian.....

Sunday, December 4, 2016

NAJIB DAN HADI BERGABUNG DALAM HIMPUNAN UNTUK ROHINGYA

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menyertai ribuan umat Islam menghadiri Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa.

Himpuan aman solidariti itu bagi melahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya di Myanmar, terutama di Rakhine di perkampungan Rohingya.

Kerajaan Myanmar kini menerima tekanan dari pelbagai pihak antarabangsa atas tindakan kezaliman dan penindasan yang dilakukan ke atas etink Rohingya di Mynmar yang melanggar hak asasi kemanusiaan.


Dalam ucapannya, Perdana Menteri mendesak badan antarabangsa serta negara komuniti ASEAN mengambil tindakan dalam menghentikan kekejaman dan penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Beliau meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya tidak sekadar menyaksikan kekejaman berlaku, sebaliknya mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"OIC, tolong jangan tengok saja, lakukanlah sesuatu. PBB, dunia tidak boleh berdiam diri dan hanya menyaksikan pemusnahan bangsa, ini adalah masalah kita. Beratus ribu sebelum ini mati di Rwanda dan Bosnia, dunia hanya melihat dan lewat bertindak, kali ini kami tidak mahu hanya menunggu dan melihat," katanya pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, semalam.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya menggesa kerajaan menggunakan saluran diplomatik bagi menyelesaikan isu kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.

Menurut beliau, krisis yang berlaku di negara itu bukan sahaja menuntut campur tangan Malaysia, malah oleh seluruh negara yang menandatangani piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Termasuk juga negara-negara ASEAN dan seluruh negara anggota OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) serta semua pejuang hak asasi manusia kerana kerajaan Myanmar telah melakukan pencabulan terhadap hak asasi manusia," katanya ketika berucap pada perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, hari ini.




-- BERNAMA

Saturday, December 3, 2016

MB HADIAHKAN NOMBOR PLAT TN50 KEPADA PM


Sepanjang perhimpunan agung Umno, agenda  Transformasi Nasional 2050 (TN50)  ditekankan oleh para perwakilan bagi menzahirkan Negara Malaysia terus maju  dan berdaya saing dengan negara-negara seratau yang sedang membangun serta negara-negara maju dunia lain.
TN50 yang diberi tumpuan dalam perhimpunan kali ini sebagai tanda keprihatinan kepimpinan masa kini terhadap masa depan generasi akan datang yang mana akan mencorakkan pentadiran dan hala tuju Negara di masa akan datang.
Sempena TN50, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Haji Ahmad Razif Abd Rahman telah menghadiahkan nombor plat kenderaan TN 50 kepada YAB presiden parti petang semalam  selepas selesai PAU 2016  di PWTC.
Plat TN 50 itu dihadiahkan khas kepada  presiden bagi memperingati tarikh pelancaran serta perasmian TN 50 negara semasa PAU 2016 berlangsung.
Kejituan pemikiran  presiden parti bagi menzahirkan kepimpinan masa hadapan terus kekal cemerlang untuk membawa Negara terus maju dan membangun serta tidak mengabaikan perlembagaan yang telah dibentuk sekian lama bagi menjaga keharmonian rakyat yang berbilang bangsa dan etnik serta agama di Negara ini.

tn501tn502

Friday, December 2, 2016

WARKAH WASIAT RAJA HAJI WAJAR DIBUKUKAN

KUALA TERENGGANU: Seorang tokoh NGO, Fakhrul Azman Abu Bakar mencadangkan supaya Warkah Wasiat Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang) dibukukan untuk menaikkan semangat kepada umat Melayu supaya sayangkan negara dan jijik bersekongkol dengan orang asing.

Katanya, di antara sinopsis warkah Raja Haji ialah perjuangan menentang penjajah Belanda bukan hanya terletak kepada orang Bugis tapi adalah gabungan daripada penyatuan umat Melayu, Serani, India dan Cina yang cintakan negara bangsa bagi mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang dirampas oleh orang asing.

"Kata al marhum lagi menghadapi musuh dalam selimut daripada golongan Melayu seperti berwajah Melayu, berhati Belanda," katanya kepada blog Today Terengganu.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu menambah Raja Haji turut menulis bahawa petualang Melayu sentiasa muncul dalam setiap sejarah Melayu  kerana mereka laksana semut hitam yang melata, di atas batu hitam, pada waktu malam tanpa bulan dan bintang.

"Sinopsis warkah tersebut ialah memperjuangkan maruah Melayu, biar luka di dada tapi jangan luka di belakang," katanya lagi.

Beliau setuju dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendedahkan ada petualang bangsa yang sanggup bersekongkol dengan orang luar untuk menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih rakyat seperti Empower, Tenaganita, Suaram yang ditaja oleh opeb Society Faoundation milik George Soros.

Katanya, sepatutnya rakyat kita menghadam sejarah masa lampau kerana ia berkait rapat dengan jati diri dan tujuan kehidupan yang ingin dicapai oleh sebuah negara bangsa.

Beliau mengingatkan sejarah amat penting dalam menjadi penanda aras mahupun menjadi pedoman dalam meniti liku-liku proses kehidupan negara bangsa.

"Bila seorang warga itu ingin mengenali dirinya maka sejarah dirinya, bangsanya, masyarakatnya tidak boleh diabaikan," katanya.

Fakhrul Azman memberi contoh perjanjian-perjanjian yang telah menyebabkan umat Melayu terpinggir ke belakang seperti Perjanjian Pangkor (20 Januari 1874), Perjanjian Inggeris Kedah (1786), Perjanjian Inggeris Belanda (17 Mac 1824), Perjanjian Sumatra (2 November 1871) dan Perjanjian Bangkok (10 Mac 1909).


Thursday, December 1, 2016

UMNO KUALA NERUS CATAT KEANGGOTAAN BARU TERTINGGI

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pengalaman menghadapi pelbagai krisis, menjadi pendorong kepada Terengganu untuk berusaha keras mendapatkan lebih ramai keanggotaan UMNO.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata rahmat di sebalik musibah akhirnya memberi kekuatan kepada semua jentera parti supaya lebih bersedia menghadapi pilihan raya.

"Ia hasil kerja kuat daripada semua, segala krisis dan permasalahan di Terengganu telah selesai. Jentera Terengganu berada di landasan betul dan di tahap terbaik.

"Kita tidak akan berpaling ke belakang lagi dan kita akan bergerak kerana akan menghadapi pilihan raya umum," katanya kepada Bernama selepas Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden memuji UMNO Terengganu yang telah memperoleh keanggotaan baru tertinggi iaitu 9,787 anggota setakat Oktober lalu.

UMNO Kuala Nerus pula merupakan bahagian yang mencatat keanggotaan baru tertinggi, seramai 2,876 ahli.

Ahmad Razif yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata pengiktirafan yang disampaikan perdana menteri itu memberi motivasi dan semangat kepada anggota UMNO Terengganu untuk terus bekerja lebih kuat.

Katanya, ucapan dasar presiden juga mampu memberi ingatan dan menyedarkan pemimpin parti bahawa formula utama UMNO kekal selama 70 tahun ialah kesetiaan kepada parti dan jika diteruskan, UMNO mampu menempuh gelombang cabaran akan datang.

-- BERNAMA

Wednesday, November 30, 2016

RATING TERTINGGI BAGI BULAN NOVEMBER 2016

Tahniah kepada grup whatsapp Kemaman Kite (KK)  kerana berita mengenai program KK mendapat rating tertinggi bagi bulan November 2016 dengan posting bertajuk Datuk Rahim cadangkan hidupkan semula Gelombang Biru pada 26 November dengan 395 hits.

Lebih mengejutkan posting mengenai Imtiaz selepas keputusan UPSR keluar dapat rating kedua tertinggi sebanyak 387 hits yang menunjukkan bahawa pembaca blog Today Terengganu bukan sahaja meminati berita politik malah turut meminati berita pendidikan.

10 rating tertinggi bagi blog ini untuk November 2016  adalah seperti berikut:-

1. Datuk Rahim cadangkan hidupkan semula Gelombang Biru (26 November)
2. Syarat masuk Imtiaz dan sekolah agama dikekalkan (17 November)
3. Nasir bukannya dipecat Bnedahari Perhubungan (23 November)
4. Razif bukan MB Seberang Takir (24 November)
5. Jangan cabar hak umat Islam, kata Haji Hadi (25 November)
6. Terengganu beri RM30 juta untuk DUN dimenangi BN (10 November)
7. Dua tahun penjara bagi yang tidak solat Jumaat (24 November)
8. MB promosi Tahun Melawat Terengganu 2017 di London (10 November)
9. Kita kongsi fitnah pembangkang dari grup sebelah (29 November)
10. Datuk Dai Niezal selamat dikebumikan (14 November)

Tuesday, November 29, 2016

KITA KONGSI FITNAH PEMBANGKANG DARI GROUP SEBELAH

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang adalah antara empat cabaran utama UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, selain pengundi muda, perpecahan dalaman dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata jentera penerangan UMNO harus bangkit melawan fitnah dengan hujah dan fakta yang jelas supaya rakyat tidak terpengaruh dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak lawan.

Katanya jentera penerangan dan anggota UMNO tidak sepatutnya hanya berdiam diri apabila mendapati terdapat fitnah yang dilemparkan terhadap UMNO terutama melalui media sosial, sedangkan mereka mengetahui ia adalah tidak benar.

"Masalahnya kita sendiri yang menyebarkan fitnah itu...ini saya lihat sendiri di aplikasi WhatsApp, dia kongsi fitnah yang katanya dia dapat dari 'group sebelah', seronok dengar fitnah dari pihak lawan sedangkan kita ada fakta yang baik yang boleh kita sebarkan.

"Ada juga yang minta saya sekat laman tertentu...memanglah kalau salah akan diambil tindakan tetapi sepatutnya bila kita tahu itu fitnah kita lawan dengan fakta dan hujah dahulu," katanya semasa merasmikan Konvensyen Penerangan Media 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Konvensyen julung kali diadakan itu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang bertujuan memantapkan saf jentera penerangan UMNO bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Salleh berkata cabaran yang dihadapi daripada pengundi muda juga amat besar apabila mereka mudah mempercayai apa sahaja yang disebarkan melalui media sosial sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Menurutnya jentera penerangan UMNO perlu mencari jalan untuk memahami dan mendekati 'generasi gajet' itu bagi meyakinkan mereka bahawa UMNO adalah parti yang bergerak dalam satu pasukan yang jelas.

"Pihak lawan tiada pasukan pun, bergaduh antara mereka. Terangkan kekurangan di pihak lawan ini dan apabila mereka dapat lihat ini, mereka akan nampak kebaikan parti kita," katanya.

Menurutnya, UMNO juga perlu mengelakkan perpecahan dalaman parti dan terus memperjuangkan ideologi mempertahankan kontrak sosial untuk memastikan parti keramat Melayu itu terus kekal bertahan.

"Kita hanya ada satu ketua iaitu Presiden kita, itu prinsip berorganisasi. Jika terlalu banyak subpemimpin, sejarah membuktikan parti tidak kuat.

"DAP dapat bertahan lama kerana parti itu ada perjuangan iaitu melawan perjuangan UMNO," jelas Salleh.

Mengenai Dr Mahathir, katanya bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu kini bersekongkol dengan DAP yang memperjuangkan ideologi yang jelas bertentangan dengan dasar perjuangan UMNO iaitu mempertahankan kontrak sosial.

Salleh turut berkata UMNO tidak boleh dilihat eksklusif untuk orang Melayu sahaja dan bersifat politik retorik, sebaliknya perlu bersifat inklusif dan berjuang untuk rakyat keseluruhannya.

-- BERNAMA