Monday, October 31, 2016

RATING TERTINGGI BAGI OKTOBER 2016

Rating tertinggi bulan Oktober 2016 bagi blog TODAY TERENGGANU amat mengejutkan dengan posting Bersih tiada sambutan di Terengganu yang telah mendapat 905 hits. Nampaknya blog ini semakin mendapat sambutan daripada para pembaca kerana setiap hari lebih 250 orang membacanya.

Yang menariknya Kemaman Kite mendapat rating yang agak tinggi melalui dua postingnya iaitu Kemaman Kite grup whatsapp pertama di Malaysia buat makan malam (262 hits) dan Kemaman Kite temukan Juara Dai TV3 2016 dengan TPM (152 hits).

Rating tertinggi bagi bulan Oktober adalah seperti berikut:-

1. Bersih tiada sambutan di Terengganu ( 28 Oktober)
2.Kemaman Kite grup whatsapp pertama di Malaysia buat makan malam (7 Oktober)
3.Bandar wakaf pertama di Malaysia dibina di Terengganu (4 Oktober)
4. Kemaman Kite temukan Juara Dai TV3 2016 dengan TPM (23 Oktober)
5. 250 orang hadiri mesyuarat agung Perkasa parlimen Kemaman (30 Oktober)
6. Bajet 2017 bukti negara tidak muflis (21 Oktober)
7.PPBM tidak gugat BN Terengganu (15 Oktober)
8.MAIDAM selesaikan wang zakat dalam masa satu hari (6 Oktober)
9.Kerajaan cadang bina taman tema air di Zoo Kemaman (14 Oktober)
10. YPU lahirkan 79 orang usahawan berijazah (11 Oktober)

Sunday, October 30, 2016

250 ORANG HADIRI MESYUARAT AGUNG PERKASA DAERAH KEMAMAN



KEMAMAN: Presiden Pertubuhan Pribuni Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali terkejut dengan sambutan yang diberikan oleh Perkasa Parlimen Kemaman kepadanya Sabtu lalu.

Beliau disambut dengan bunga manggar dan persembahan silat yang menyebabkan beliau bergurau kalau sambutan macam ini, beliau pun mahu jadi Perdana Menteri.

Sambutan yang gah di luar dewan tidak sama dengan sambutan di dalam dewan yang penuh dengan kerusi kosong. Hanya 250 orang yang hadir sedangkan Perkasa negeri diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Umno Bahagian Kemaman sendiri.

Sudah tentu ia memberi isyarat kepada Ahmad Said bahawa mengetuai Umno Bahagian tidak sama dengan mengetuai sebuah NGO seperti Perkasa. Apatah lagi orang melihat ahli jawatankuasa Perkasa parlimen Kemaman sama dengan ahli jawatankuasa Umno Bahagian.

Ada yang berpendapat bahawa perjuangan Perkasa amat bagus kerana ia berani membela nasib orang Melayu tetapi melantik orang yang sudah ditolak oleh orang ramai sebagai pemimpin Perkasa menyebabkan orang ramai lebih tidak tertarik untuk menyertai Perkasa.

Apatah lagi selaku Pengerusi Perkasa Terengganu, Ahmad Said melantik bekas setiausaha politiknya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid sebagai Pengerusi Perkasa Parlimen Kemaman yang kalah teruk dalam PRU lalu di DUN Chukai.

Walaupun semua ketua cawangan dan ahli jawatankuasa Umno cawangan dijemput hadiri mesyuarat agung tersebut tetapi mereka tidak datang kerana ia bukanlah majlis Umno. Whatsapp Ketua Wanita Umno Bahagian, Datuk Rohani Abdullah kepada ahli-ahli wanita lebih memilukan kerana perjuangan Perkasa dianggap sebagai satu jihad. Walaupun ditawarkan duit minyak tetapi kenapa ramai yang tidak hadiri mesyuarat aging tersebut?

Ini yang perlu difikirkan oleh Ahmad Said bahawa ahli Umno Kemaman  tidak akan mengikuti beliau dalam Perkasa. Kononnya semua ADUN BN di Kemaman telah meminta ahli-ahli Umno memboikot majlis Perkasa tidak timbul kerana jika mereka sedar Perkasa amat relevan kepada orang Melayu, mereka tetap akan hadir mendengar ucapan Ibrahim Ali. Ini menunjukkan bahawa ahli Perkasa tidak suka Perkasa Terengganu diambilalih oleh Ahmad Said and the gang. 

Dalam ucapannya, Ibrahim Ali mengingatkan lebih 700,000 ahli Perkasa agar jangan sekali-kali menggunakan pertubuhan itu untuk kepentingan politik, sebaliknya menjadikan Perkasa sebagai platform untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan agama Islam.

Ibrahim Ali

Presidennya berkata, kewujudan pelbagai parti politik yang disertai orang Me­layu kebelakangan ini hanya akan mencetuskan perpecahan dalam kalangan kaum Melayu itu sendiri sedangkan Perkasa adalah pertubuhan yang menyatukan kaum itu.

“Saya menyeru kepada seluruh ahli Perkasa supaya tidak melupakan prinsip asas pertubuhan kita (Perkasa) yang menjadi titik-tolak dan jambatan untuk menghubungkan orang Melayu dalam memperjuangkan hak mereka.

“Dalam Perkasa, kita ada lebih 700,000 ahli yang merupakan ahli pelbagai parti politik, antaranya UMNO, Pas, Amanah dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan kita bersatu untuk perjuangkan hak-hak orang Melayu.

“Namun, jangan sesekali gunakan Perkasa ini untuk jalankan kempen parti masing-masing kerana Perkasa bukannya sebuah pertubuhan yang menyokong atau bersekongkol dengan mana-mana parti politik,” katanya selepas me­rasmikan Persidang­an Tahunan Perkasa Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, di sini Sabtu lalu.



Yang hadir sama Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ketua Penerangan, Hassan Basri; Ketua Wiranita, Datin Paduka Norhaila Jamaluddin; Yang Dipertua Perkasa Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Asri Ali dan Pengerusi Perkasa Parlimen Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Friday, October 28, 2016

YPU ANJUR FORUM BAJET 2017

KUALA NERUS, 28 Okt (Bernama) -- Forum Bajet 2017 yang bakal dianjurkan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) pada 3 Nov ini diharap mampu memberi kefahaman kepada usahawan dan ahli perniagaan di Terengganu untuk menghadapi cabaran iklim ekonomi yang tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU Dr Tengku Khairi Tengku A Rahman berkata antara objektifnya ialah memberi kefahaman kepada usahawan mengenai intipati Bajet 2017 yang dibentangkan oleh perdana menteri baru-baru ini.

"Kami ingin menjelaskan apa yang boleh usahawan perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) manfaatkan daripada bajet berkenaan, berdaya maju dalam perniagaan serta cabaran bagi perusahaan yang diceburi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

BERSIH TIADA SAMBUTAN DI TERENGGANU



Kuala Terengganu : Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PAN, DAP dan PKR serta parti bongsu PPBM mengadakan jelajah di Terengganu bermula semalam dan juga hari ini.

Konvoi bagi negeri Terengganu diketuai Pengerusi PAN Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Azan Ismail yang berada Bazar Warisan serta Pasar Kampung Tiong dilihat tidak mendapat sambutan.


Semalam ceramah kumpulan bersih 5.0 di Dataran Batu Burok juga lesu dengan kehadiran orang ramai yang boleh dianggap paling lemah sepanjang ianya diadakan di Terengganu.

Dengan kehadiran lebih kurang hanya 100 orang dalam ceramah itu dan pagi ini juga sekitar 60 ke 100 orang sahaja itu pun dari mereka yang menyertai jejalah pantai timur
minggu ini.

Rata-rata rakyat negeri ini tidak bersetuju dengan pendekatan mereka yang mana dilihat sebagai aktiviti membuang masa serta tidak berfaedah kepada rakyat.

Sebelum ini mereka boleh bermegah dengan kehadiran ahli-ahli PAS yang cukup sinonim dengan arahan parti itu untuk memenuhi setiap program yang dianjurkan di negeri ini.

Kini semuanya hanya tinggal sejarah sahaja selepas PAS bercerai talak 2 dengan pakatan harapan kini.



Di antara tuntutan COMANGO Menerusi BERSIH yang telah diserahkan kepada UNHRC:


1. MENUNTUT MALAYSIA TANDATANGAN DAN MEMETERAIKAN INTERNATIONAL COVENANT ON CIVIL & POLITICAL RIGHTS (ICCPR), YANG ANTARANYA BERBUNYI“THE COMMITTEE OBSERVES THAT THE FREEDOM TO “HAVE OR TO ADOPT” A RELIGION OR BELIEF NECESSARILY ENTAILS THE FREEDOM TO CHOOSE A RELIGION OR BELIEF, INCLUDING THE RIGHT TO REPLACE ONE’S CURRENT RELIGION OR BELIEF WITH ANOTHER OR TO ADOPT ATHEISTIC VIEWS, AS WELL AS THE RIGHT TO RETAIN ONE’S RELIGION OR BELIEF…”.


2. IMPLIKASI APABILA MALAYSIA MENANDATANGANINYA, IALAH IA BAKAL MENGIZINKAN GEJALA PEMURTADAN BERLAKU SECARA BERLELUASA. APAKAH INI YANG KITA MAHU?


3. MENUNTUT SUPAYA MALAYSIA MENERIMA HAK SOGI (SEXUAL ORIENTATION & GENDER IDENTITY). MAKNANYA MENUNTUT SUPAYA NEGARA KITA MENGHALALKAN LGBTIQ – SEKS SONGSANG!


4. MEREKA TURUT MEMBERI TEKANAN UNTUK MENGHAPUSKAN SEKSYEN 377A KANUN KESIKSAAN BERHUBUNG JENAYAH LIWAT. DI DALAM TUNTUTAN INI COMANGO TURUT TIDAK SETUJU PUSAT-PUSAT GAY DISERBU PIHAK BERKUASA (MAKNANYA MEREKA MAHU GEJALA SEPERTI BERLELUASA)


5. MEMPERSOALKAN ENAKMEN-ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DAN MEREKA MENDESAK PEMANSUHAN ATAU PINDAAN TERHADAP KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DAN ENAKMEN-ENAKMEN YANG DIDAKWA SEBAGAI “MENGGANGGU HAK PERIBADI.”


6. MEMBUAT TUNTUTAN YANG MEWUJUDKAN KEKELIRUAN-KEKELIRUAN TERHADAP ISU KEBEBASAN BERAGAMA SEPERTI MEMBAWA KES TUNTUTAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN YANG MASIH BELUM DIPUTUSKAN SECARA MUKTAMAD OLEH MAHKAMAH TERTINGGI DI MALAYSIA – UNTUK DIBICARAKAN DI GENEVA!


7. MEREKA JUGA MEMPERSOALKAN LARANGAN TERHADAP PENGANUT AJARAN SYIAH MENYEBARKAN FAHAMAN MEREKA DI KALANGAN ORANG-ORANG ISLAM. DAN JUGA ISU HAK SEORANG BAPA BERAGAMA ISLAM UNTUK MENGISLAMKAN ANAK-ANAK DI BAWAH UMUR (JUGA DIJADIKAN ISU HAK ASASI MANUSIA).

Wednesday, October 26, 2016

MB TERENGGANU NAIK PANGKAT BRIGEDIER JENERAL



KUALA LUMPUR 26 Okt. – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin semalam mendahului pemakaian pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan di sini.

Khairy yang juga Komander Rejimen 508 Askar Wataniah dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigadier Jeneral yang mula berkuat kuasa 14 Januari 2015.

Khairy yang sebelum ini ditauliahkan pangkat Kolonel berkuat kuasa 28 Oktober 2013 kini merupakan menteri pertama berpangkat Brigedier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah dan kekal menjadi Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan.

Beliau menyertai Askar Wataniah pada 20 Januari 2010 sebelum ditauliah sebagai Kolonel pada 28 Oktober 2013. Pernah mengikuti kursus Asas Perajurit Muda selama sebulan pada 26 April 2010 di Rejimen 508 dan Kursus Asas Payung Terjun pada 13 Januari 2011 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang di Melaka.

Turut dinaikkan pangkat ialah Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Brigedier Jeneral (Kehormat) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah sebagai Mejar Jeneral Kehormat.

Majlis pemakaian pangkat pegawai kanan sukarela dan kehormat Askar Wataniah itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Menurut Khairy, minat yang mendalam terhadap bidang ketenteraan mendorong beliau menyertai Askar Wataniah.

Mohd. Irwan Serigar pula menyifatkan penganugerahan itu satu penghormatan besar kepada dirinya.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, pelantikan merupakan satu penghormatan dan secara tidak langsung memudahkan pihaknya mendekati anggota Askar Wataniah.

Tuesday, October 25, 2016

TABUNG PEMBANGUNAN SUKAN SUDAH KUMPUL RM35 JUTA



KUALA TERENGGANU, 26 Okt (Bernama) -- Tabung Pembangunan Sukan Negeri Terengganu mengumpul penajaan sebanyak RM35 juta untuk dana pembangunan sukan di negeri tersebut bagi tahun
depan.

Menteri Besarnya Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penajaan tersebut disumbangkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dan pihak swasta.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengumpul penajaan sebanyak RM35 juta berbanding tahun lalu RM23 juta...wang penajaan ini akan kita gunakan untuk pembangunan sukan di negeri ini bagi tahun 2017 dan kita sangat berterima kasih kepada penyumbang yang telah memberikan penajaan ini," kata beliau.

Monday, October 24, 2016

SPEAKER TAHU SATU HARI LEBIH AWAL

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau mengetahui lebih awal plot pembangkang untuk keluar Dewan Rakyat pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas.

Katanya beliau mendengar ura-ura tindakan itu sehari sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman-teman bahawa esok ada tindakan keluar dewan," katanya.

Sunday, October 23, 2016

KEMAMAN KITE TEMUKAN JUARA DAI 2016 DENGAN TPM

Semalam grup whatsapp Kemaman Kite menyambut kepulangan juara Dai 2016, Niezal di sempadan Terengganu-Pahang sebagai satu aktiviti kedua grup whatsapp tersebut. Beliau yang sedang belajar di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) telah memenangi pertandingan Juara Dai anjuran TV3 dua minggu lepas.

Kebetulan kepulangan anak Air Putih, Kemaman itu sama dengan lawatan TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Kemaman. Maka selepas bersarapan pagi dengan Dai Niezal, terus Pengerusi Kemaman Kite, Datuk Rahim Husin bergegas ke lapangan terbang Kerteh menyambut ketibaan TPM.

Pengerusi Kemaman Kite, Datuk Rahim memperkenalkan Dai Niezal kepada TPM dan sudah tentu acara ini menggembirakan Datuk Zahid kerana beliau juga lepasan sekolah agama. Semoga kemenangan Niezal ini dapat mendorong anak-anak muda di seluruh negara dan di Kemaman khususnya mendekati agama secara lebih mendalam.

Malam sebelumnya Kemaman Kite telah meraikan Setiausaha Politik TPM, Datuk Fatah Iskandar di sebuah restoran di Bangunan Umno Kemaman. Sepatutnya Datuk Fatah menghadiri majlis makan malam dengan urusetia Bulan Kesiapsiagaan Bencana Negara di Majlis Perbandaran Kemaman, tetapi Datuk Fatah diarah untuk menghadiri majlis makan malam dengan ahli-ahli Kemaman Kite.

Langkah yang diambil oleh Kemaman Kite meraikan kemenangan anak Kemaman sebagai juara Dai TV3 wajar diberi pujian kerana Umno Bahagian Kemaman tidak mengadakan majlis sambutan terhadap ikon remaja itu. Kemenangan anak Kemaman mengharumkan nama Kemaman tetapi Umno Bahagian membisu.

Kemaman Kite yang mempunyai 225 orang ahli merupakan grup whasapp yang paling aktif di Kemaman sekarang. Menurut Pengerusinya, Datuk Rahim, Kemaman Kite akan mengadakan aktiviti setiap bulan untuk kepentingan ahli-ahli. Ia bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak sebaliknya Kemaman Kite bertujuan untuk melengkapkan lagi grup whatsapp yang ada di Terengganu. Syabas Dai Niezal.

Semoga selepas ini Kemaman Kite menjemput Dai Niezal berceramah di Masjid Geliga kerana seperti kata Pengerusi Masjid Geliga, Haji Shahbudin Maidin, Kemaman Kite seharausnya bukan menumpukan aktiviti dunia semata-mata malah patut juga menumpukan aktiviti akhirat.









Saturday, October 22, 2016

MAT DAN DILANTIK DUTA ALAM SEKITAR TERENGGANU

KEMAMAN, 22 Okt (Bernama) -- Selebriti warga Britain yang fasih berbahasa Melayu dialek Terengganu, Muhamed Kareef Daniel Abdullah, 27, atau lebih dikenali dengan nama glamournya 'Mat Dan' dilantik sebagai duta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu berkuat kuasa hari ini.

'Mat Dan' memulakan tugas pertamanya hari ini di Mini Stadium Kerteh sempena sambutan Hari Alam Sekitar peringkat Terengganu.

Majlis itu, yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau negeri Ir Rosli Othman, disertai lebih 1,000 peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar daerah ini.

Friday, October 21, 2016

BAJET 2017 BUKTI NEGARA TIDAK MUFLIS

KUALA NERUS, 21 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bajet inklusif yang membantu rakyat mengharungi kehidupan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Katanya, bajet berjumlah RM260.8 bilion itu sekali gus berjaya menepis tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa rakyat akan berdepan dengan kesusahan dan negara akan muflis.

"Kita nampak bajet ini menjurus kepada menjaga kebajikan semua kalangan rakyat terutama rakyat B40 dan ini berjaya menangkis isu-isu yang disebut pembangkang bahawa negara kita akan muflis, berlaku kenaikan GST (cukai barang dan Perkhidmatan), membebankan rakyat terutama golongan miskin.

"Jadi jelas sekali menunjukkan tohamahan itu tidak benar dan tidak betul kerana manakan boleh negara ini muflis kerana menerusi bajet ini, banyak pihak dapat manfaat yang mampu merangsang ekonomi, bayaran BR1M ditingkatkan, bantuan untuk golongan sasaran diperluaskan, pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan juga ditingkatkan dan pelbagai lagi," katanya.

Beliau mengulas pembentangan bajet di Dewan Rakyat yang diikutinya di pejabat UMNO Dewan Undangan Negeri Seberang Takir di sini hari ini.

Ahmad Razif dalam pada itu mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepada Terengganu untuk terlibat dalam projek mega berjumlah RM55 bilion iaitu pembinaan landasan keretapi East Coast Rail bermula dari Gombak, Selangor hingga ke Tumpat, Kelantan.

"Ia secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada perkhidmatan pengangkutan sedia ada iaitu LPT 2 dan pelabuhan-pelabuhan di negeri ini.

"Projek berkenaan akan melalui jajaran negeri ini dari Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu hingga ke Besut di mana ini akan memberikan impak besar kepada ekonomi negeri ini dan merancakkan lagi industri sedia ada di negeri ini," katanya.

Mengulas mengenai pemberian bantuan musim tengkujuh berjumlah RM200 sebulan kepada pekebun kecil getah, katanya ia sedikit sebanyak membantu golongan itu meneruskan hidup dalam keadaan harga komoditi yang tidak menentu.

"Ia sekali gus meningkatkan ekonomi mereka serta merancakkan ekonomi domestik kerana bila mereka mempunyai wang mereka akan berbelanja," katanya.

-- BERNAMA

Thursday, October 20, 2016

SYABAS MB ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN RAKYAT


Syabas saya ucapkan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengadakan perjumpaan dengan rakyat pada hari Rabu lalu. Ini adalah langkah yang terbaik supaya rakyat dapat meluahkan segala masalah mereka kepada MB.

Bagi sesetengah orang, masalah ini tidak perlu dilaporkan kepada MB sebaliknya kepada pegawai yang berkenaan. Namun demikian apabila surat mereka diminit oleh MB, sudah pasti pegawai berkenaan mengambil tindakan yang lebih cepat.

Walaupun tradisi ini pernah dilakukan oleh bekas MB tetapi apa salahnya tradisi yang baik diteruskan oleh MB sekarang. Rakyat seronok dapat jumpa MB secara langsung dan sebagai MB sudah tentu MB tidak dapat memuaskan kehendak semua orang. Tetapi sekurang kurangnya sikap cakna MB dapat melegakan orang ramai.

Dalam pertemuan saya dengan seorang yang rapat dengan MB tiga bulan lepas, saya cadangkan perjumpaan orang ramai dengan MB diteruskan. Syukurlah MB prihatin dengan cadangan ini supaya rakyat dapat berurusan secara langsung dengan MB.

Ada buruk dan ada baiknya adakan perjumpaan rakyat setiap hari Rabu seolah-olah pejabat MB menjadi pasar pula. Tetapi kalau kita teliti mereka yang datang dari jauh mahu MB selesaikan masalah mereka kerana mereka kecewa pegawai daerah di kawasan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Maka langkah ini adalah langkah yang terbaik. Syabas MB. Semoga perjumpaan rakyat mingguan ini dapat dikekalkan sehingga PRU akan datang.



Wednesday, October 19, 2016

BEBERAPA JALAN DITUTUP DI KT JUMAAT DAN SABTU INI

KUALA TERENGGANU, 19 Okt (Bernama) -- Beberapa jalan di sekitar Terengganu akan ditutup secara berperingkat sempena siri Lumba Basikal Jelajah Malaysia pada Jumaat dan Sabtu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Abd Razak Hasan berkata penutupan bagi peringkat empat siri itui melibatkan jarak 124.8 kilometer dan peringkat kelima melibatkan 147.1 kilometer.

Kesemua laluan itu akan ditutup 15 minit awal sebelum perlumbaan bermula, yang dijangka pada 8.30 pagi.....

Tuesday, October 18, 2016

50 RIBU SIAP SEDIA HADAPI BENCANA ALAM

KEMAMAN, 18 Okt (Bernama)-- Lebih 50,000 anggota keselamatan dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang melanda negara.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perlaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Zainal Azman Abu Seman berkata jumlah berkenaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan bomba.

"Mereka ini menjadi barisan hadapan bagi membantu dan menyelamat jika apa jua bencana yang melanda negara", katanya selepas mesyuarat penyelarasan Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional di sini semalam.

Monday, October 17, 2016

ANGGOTA UMNO DINASIHATI BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ALQURAN

KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama) --Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menasihati anggota-anggota UMNO negeri supaya berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran khususnya dalam memelihara perpaduan sesama mereka.

Beliau berkata ajaran Al-Quran merupakan benteng yang dapat menjadikan mereka lebih berdisiplin, bermoral dan bersatu padu.

"Nasihat saya kepada anggota UMNO, berpegang teguhlah kepada petunjuk Al-Quran dalam perjuangan. Itulah benteng yang paling teguh...kita akan sentiasa kukuh dan harmoni.

"...perjuangan dalam politik amatlah berat dan penuh dengan dugaan dan cabaran. Oleh itu, kita perlu menjaga imej dan mempertahan nilai-nilai moral dalam parti," katanya ketika merasmikan Program Tilawatul Quran dan Marhaban Peringkat Negeri Terengganu anjuran Pergerakan Wanita UMNO Terengganu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang dan Ketua Wanita UMNO Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata program itu akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan golongan muda seperti Puteri UMNO.

"Ini bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menjadi pelapis kepada aktiviti menyuburkan ajaran Al-Quran seperti Tilawah Al-Quran dan Marhaban di negeri ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga terus memperkasa ilmu Al-Quran dengan menambah baik kelas Tamayyuz di semua sekolah menengah agama.

Selain itu, katanya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu menubuhkan tiga pondok moden masing-masing di Kuala Nerus, Besut dan sebuah lagi di Hulu Terengganu.

"Jika usaha ini berterusan dari semasa ke semasa, dalam 10 atau 20 tahun akan datang Terengganu akan mencapai matlamat 'Melahirkan Huffaz Terengganu Bertaraf Antarabangsa' dan 'Terengganu; Negeri Sejuta Huffaz'," katanya.

Dalam majlis yang berasingan semalam, beliau berkata Bajet 2017 Terengganu menyaksikan kerajaan negeri meminimumkan projek pembangunan bagi memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat berikutan kekangan kewangan,

Beliau berkata berikutan itu, kerajaan negeri mengambil langkah mengurangkan projek-projek besar yang memerlukan perbelanjaan tinggi.

"Bagi Bajet 2017 ini, kita fokus kepada menyelesaikan isu-isu rakyat, bagaimana untuk menambah pendapatan rakyat dan juga memberi kebaikan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di PMINT Square di sini, semalam.

Sunday, October 16, 2016

DITIKAM BAKAL ADIK IPAR



KUALA TERENGGANU, 16 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki berumur 34 tahun ditemui mati oleh orang ramai bersama enam tikaman di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata siasatan awal mendapati mangsa Mohd Sukri Hussin ditikam oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Kita mendapat maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.36 pagi. Melalui siasatan awal, suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal dari Kuala Terengganu.

"Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wan Abdul Aziz berkata dalam pertengkaran itu suspek dipercayai mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam sebanyak enam kali terhadap mangsa yang dua darinya di leher dan dada kiri sehingga membawa kematian kepada mangsa.






"Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan seorang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamatan yang menjaga pagar utama pejabat Maidam dengan menggunakan pisau yang sama.

"Polis kini sedang melancarkan gerakan memburu suspek dan rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan subahatnya masih berada dalam negeri ini," katanya.

Katanya pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakan-rakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu pengawal keselamatan tersebut Mohd Suffian Yusof, 23, berkata dia sedang menutup palang pagar utama apabila suspek tiba-tiba datang sambil mengacukan pisau dan berkata: "Saya tak nak kacau orang.

"Suspek kemudian membuka sendiri palang dan terus memecut keretanya. Saya sebelum itu tidak tahu telah berlaku kes bunuh. Saya ingatkan ada kes curi kereta," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, October 15, 2016

PPBM TIDAK GUGAT BN TERENGGANU




KUALA NERUS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya mempunyai 290 penyertaan di Terengganu , jumlah itu tidak mengugat UMNO negeri ini untuk mengadapi piliharaya akan datang.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu , Ahmad Razif Abd Rahman berkata, parti BERSATU lahir dari orang-orang yang kecewa dan berdendam dan yakin UMNO Terengganu dapat menguasai negeri ini pada Pilihanraya(PRU) ke 14 akan datang.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk menghadapi PRU- 14 kerana kita mempunyai jentera parti bersemangat serta soladariti yang tinggi untuk memenangi hati pengundi .

“Tetapi kita jangan selesa dengan kekuatan yang kita ada sekarang, katanya ketika perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus semalam.



Selain itu , Ahmad Razif berkata , soal penamaan calon UMNO di negeri ini akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti yang akan putuskan.

“Kita akan sokong dan dokong keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan parti dan akan diperhebatkan kerjasama memperkuatkan Jentera Pilihanraya serta perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.

“PRU 14 adalah ibu pilihanraya dan ianya adalah penentu kekuasaan orang melayu dan UMNO serta Barisan Nasional (BN) jika rakyat silap membuat perhintungan pada tersebut nanti,

“Mengatasi segala permasalahan dan menanam kenyakinan pengundi di tahap yang tertinggi terhadap BN, ujarnya.




Sementara itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan UMNO Terengganu supaya tidak terus berada dalam keadaan selesa, malah perlu kerja kuat dan kekal bersatu bagi mengelak ancaman pihak luar.

Beliau berkata anggota UMNO perlu menjadikan keperitan untuk mengambil alih Terengganu daripada PAS suatu ketika dulu (1999 hingga 2004) sebagai iktibar.

Katanya, sokongan terhadap perjuangan UMNO juga perlulah sentiasa berkekalan dan berterusan dan bukannya berubah apabila individu yang diharapkan tidak tersenarai sebagai calon pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Kita perlu terus pastikan kelebihan yang ada pada kita, kesatuan yang meletakkan kepentingan dalam membela nasib rakyat, mendekati rakyat," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, di sini semalam. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau turut menasihati anggota UMNO supaya kekal bersatu dan mengelak daripada berpecah-belah sesama sendiri yang akan hanya merugikan diri dan parti.

Pada sidang media kemudiannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan UMNO Terengganu supaya tidak memandang remeh kewujudan parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang sedang berusaha menambah keanggotaan di negeri ini.

"Memang sekarang ini, jumlahnya hanya 290 orang sahaja di seluruh Terengganu ... sekiranya UMNO Terengganu tidak bersatu padu, tidak mustahil rakyat akan bosan dan akan pergi kepada parti-parti baharu.

"Ini pengajaran yang berlaku dahulu dan ini perlu menginsafkan untuk UMNO dan BN (Barisan Nasional) Terengganu," katanya.

Friday, October 14, 2016

KERAJAAN CADANG BINA TAMAN TEMA AIR DI ZOO KEMAMAN

KEMAMAN, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu merancang untuk meningkatkan lagi infrastruktur dan prasarana di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya bercadang untuk menjalankan beberapa projek tambahan termasuk untuk membina resort yang dilengkapi taman tema air di zoo itu.

"Kita bercadang untuk membina kemudahan rekreasi untuk aktiviti air dan kita juga mahu menambah baik tempat ini...mungkin sediakan resort tetapi kita akan menggunakan konsep 'private task' yang mana kita akan galakkan pelabur atau sektor swasta untuk terlibat dalam projek ini
.

Thursday, October 13, 2016

KONATE MAHU CIPTA SEJARAH T TEAM

KUALA TERENGGANU, 13 Okt (Bernama) -- 'Awang import' Makan Konate tekad mahu mencipta sejarah dalam membantu membawa pasukan T-Team ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Justeru, sebagai langkah merealisasikan impian itu, pemain berusia 25 tahun itu berharap kesemua pemain terus memberi komitmen penuh apabila menentang Selangor pada aksi separuh akhir kedua di sini, Sabtu ini.

Walaupun ketinggalan 1-2 pada separuh akhir pertama, Konate menganggap ini adalah peluang terbaik untuk pasukan itu membuat penampilang sulung di final Piala Malaysia dengan sokongan penyokong serta tuah gelanggang sendiri.

Wednesday, October 12, 2016

PULAU BIDONG AKAN JADI TARIKAN PELANCONG TAHUN DEPAN

KUALA NERUS, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM1.5 juta bagi menyediakan kemudahan asas di Pulau Bidong yang bakal menjadi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu tahun depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata peruntukan tersebut disalurkan menerusi Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT).

Katanya bagi memastikan keselesaan pengunjung pelbagai kemudahan telah disediakan termasuk surau, bilik persalinan dan tandas.

Tuesday, October 11, 2016

YPU LAHIRKAN 79 USAHAWAN BERIJAZAH

KUALA TERENGGANU, 11 Okt (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu berjaya melahirkan 79 siswazah dalam bidang keusahawanan menerusi Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) yang bermula 1 Jan tahun lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif YPU Dr Tengku Khairi Tengku A Rahman berkata siswazah berkenaan berjaya membuka pelbagai perniagaan sendiri serta mampu menaja peluang pekerjaan kepada 98 belia bagi membantu menguruskan perniagaan mereka.

"Program yang dicetuskan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman itu telah berjaya melahirkan 79 siswazah yang berjaya menjalankan perniagaan dan menjadi usahawan dengan rekod nilai jualan terkumpul dari Januari 2015 hingga akhir September ini, mencecah RM5.5 juta," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini

Monday, October 10, 2016

PROJEK RM4.2 BILION DITANDATANGANI



KERAJAAN negeri Terengganu semalam menyempurnakan dua perjanjian pembangunan bagi memacu pertumbuhan ekonomi Terengganu.

Dua projek yang telah dikenalpasti semasa kerajaan negeri menganjurkan makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu dengan kerjasama PEMANDU pada september tahun lalu (2015).


Projek yang diberi tersebut telah pun berada di Terengganu iaitu Terengganu Key Ecinomic Areas 2 (TKEA 2) iaitu Pelancongan dan Terengganu Key Economic Areas 3 (TKEA 3) iaitu Bioteknologi.

Untuk TKEA 3, Taman Industri Biopolimer Kerteh telah pun beroperasi dengan Fasa 1 dan 2 yang mana melibatkan keluasan tanah 130 hektar dan dua pelabur sedang beroperasi disini iaitu CJ Cheiljedang Corporation ( CJ Bio) dari Korea Selatan dan Arkema dari Perancis.

Menurut Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman, Kerajaan negeri dan ECERDC sedang memurtamadkan lagi satu pelaburan RM 840 juta bagi pengeluaran Bio Lubricant dan pengeluaran sarung tangangetah sentetik yang bernilai RM 970 juta dikawasan itu.

” Projek itu juga telah dikenal pasti semasa makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu yang lalu,

“Manakala hari ini perjanjian fasa 3 Taman Industri Biopolimer melibatkan keluasan tanah 237 hektar lagi dan akan dilaksanakan oleh ECERDC dengan anggaran kos pembangunan infrasktur sebanyak RM 251 juta,

“Perjanjian ini juga akan mewujudkan sebuah badan pengurusan yang akan menjadi “Park Manager” kepada taman perindustrian ini, katanya dalam ucapan semalam.


Tambahnya, bagi memastikan taman perindustrian itu dapat diuruskan dengan baik dan menjadi ianya lebih menarik dan taman perindustrian pertama di Terengganu mempunyai park manager.

Selain itu, Kuala Terengganu City Centre akan melibatkan pembangunan bercampur diatas tanah kerajaan seluas 3.80 hektar dikawasan tambakan muara sungai Terengganu.

Katanya komponen utama pembangunan di kawsan itu seperti hotel, service apartment, shop office home office (SOHO), shopping mall dan theme park.

“Pembangunan ini juga akan melibatkan 3 fasa dan fasa pertama akan dimulakan pada awal 2017 dan dijangka siap pada tahun 2024 nanti,

” Perlaksanaan projek yang berasaskan pelancongan ini juga melibatkan pembangunan kasar (gross development value (GDV) yang berjumlah RM 2.4 billion dan akan membuka peluang pekerjaan baru sebanyak 1500 peluang pekerjaan,” ujurnya.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri dengan kerjasama ECERDC telah pun menyediakan infrasktur asas termasuk draw bridge yang sedang dalam pembinaan di muara sungai Terengganu yang melibatkan keluasa 56.5 hektar.

“Kawasan muara sungai Terengganu ini sangat menarik dan ianya merupakan kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara di Terengganu,

“Kerajaan negeri juga mensasarkan KDNK negeri peningkatan sebanyak RM 41.5 billioan menjelang tahun 2020 berbanding RM 27.5 billion pada tahun lalu 2015,

“Oleh itu, kerajaan negeri telah mengenal pasti sektor utama bagi pelaburan swasta iaitu pelancongan, industri biopolimer dan bio teknologi, industri mineral selain di sektor minyak dan gas ujurnya.

Sunday, October 9, 2016

PESALAH TRAFIK BELIA MEMBIMBANGKAN DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 9 Okt (Bernama) -- Membimbangkan! Ia ungkapan tepat bagi menggambarkan angka pesalah trafik di negeri ini apabila lebih 20,000 saman trafik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia adalah kepada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta golongan belia.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 20,585 keping saman di keluarkan kepada belia di bawah umur 30 tahun.

Katanya daripada jumlah itu sebanyak 18,516 keping saman dikeluarkan ke atas pengguna motosikal melibatkan pelbagai kesalahan trafik yang berulang

Saturday, October 8, 2016

USAHAWAN SUKAR DAPAT SIJIL HALAL PUNCA RISDA KELUARKAN LOGO PRODUK MUSLIM

ALOR SETAR, 8 Okt (Bernama) -- Pemantauan secara berterusan akan dijalankan terhadap produk yang mendapat Logo Produk Muslim dikeluarkan oleh Risda bagi memastikan tahap kebersihan dan kesuciannya.

Pengerusinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pemantauan itu bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar mematuhi syarat dan halal untuk dijual kepada pembeli.

"Kita akan bekerjasama dengan Mara untuk menguji tahap kebersihan dan kesucian produk.

"Pemeriksaan secara percuma ini adalah bagi memastikan tiada usahawan yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan logo ini daripada Risda," katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan Risda Negeri Kedah 2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian untuk memberi penjelasan selepas Jakim mempersoalkan tindakan Risda untuk mengeluarkan logo halal selain daripada logo yang dikeluarkan Jakim.

Zahidi berkata Risda mengambil inisiatif untuk mengeluarkan logo tersebut selepas menyedari ramai usahawan Muslim yang sukar memasarkan produk mereka selepas gagal mendapatkan sijil halal oleh Jakim.

Beliau berkata Risda akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memberi latihan kepada usahawan luar bandar untuk mempromosikan produk keluaran mereka secara dalam talian.

Katanya, sehingga kini terdapat 11,740 usahawan Risda di seluruh negara.

-- BERNAMA

Friday, October 7, 2016

GRUP WHATSAPP PERTAMA DI MALAYSIA YANG BUAT MAJLIS MAKAN MALAM

Grup whatsapp Kemaman Kiter baru sahaja berusia satu bulan tetapi grup whatsapp ini telah berjaya mengumpulkan  seramai 196 orang ahli. Ia diuruskan oleh bekas pengerusi tetap Umno Bahagian Kemaman (2000-2004), Mat Dalam Awang yang telah menentang ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Ahmad Said pada tahun 2013.

Grup whatsapp tersebut telah dinaungi bekas naib ketua Umno Bahagian (2000-2008), Datuk Mohamed Rahim Husin, seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Malam tadi seramai 180 orang ahli grup whatsapp tersebut telah berkumpul beramah mesra sesama mereka dalam majlis silaratul rahim di Hotel Legend, Cherating.

Datuk Rahim telah mengarahkan admin grup whatsapp tersebut, Mat Dalam,  mengadakan majlis suaikenal dengan ahli-ahli grup whatsapp Kemaman Kiter. Beberapa orang telah berucap di majlis tersebut yang mewakili DUN masing-masing. Norzilam Mohamed, bekas Pengarah BTN Terengganu yang mewakili DUN Air Putih mencadangkan supaya Kemaman Kiter menganjurkan kursus kepada golongan pemuda di seluruh daerah Kemaman supaya mereka tahu mengenai perlembagaan negara dan isu semasa.

Beliau berkata kursus ini hemdaklah diadakan oleh pihak swasta dan bukannya oleh BTN kerana mereka alergik mendengar nama BTN. Che Ku Maznah Che Ku Awang yang mewakili DUN Chukai meminta Kemaman Kiter menggariskan hala tuju grup tersebut supaya mereka yang tiada jawatan di peringkat cawangan dan bahagian dapat membantu BN apabila tiba pilihanraya umum.

Mizani Mohamad yang mewakili DUN Kemasik meminta ATRA memainkan peranan yang lebih berkesan membantu setiap Peti Daerah Mengundi (PDM).  Kamaruddin Ali yang mewakili DUN Kijal meminta semua ahli grup memberi sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman. Beliau berkata semua ahli grup Kemaman Kiter jangan dengar khabar khabar angin yang mahu MB ditukar setiap bulan. Haji Mohamad Awang yang mewakili veteran mahu Umno Bahagian Kemaman tidak meminggirkan golongan veteran kerana golongan veteran sentiasa bersedia membantu calon-calon BN pada PRU yang akan datang.

Haji Ayob Mamat yang mewakili Kesatuan Wartawan Terengganu (KAWAT) mahu ahli grup whatsapp Kemaman Kiter bekerja kuat memenangkan BN pada PRU yang akan datang. Katanya, KAWAT sedia membantu calon-calon BN dengan menyediakan wartawan yang pandai berkempen untuk calon-calon BN. Beliau berkata jika BN Terengganu tumbang kali ini, ia akan lebih teruk dari sejarah pahit 1999.

Khairul yang mewakili cybertrooper Umno mahu ahli-ahli grup memberi info yang terkini supaya mereka dapat keluarkan dalam Facebook Siasah yang kini mendapat 11,000 penonton setiap posting walaupun Facebook itu baru seminggu dilacarkan.

Majlis itu juga turut diserikan dengan penceramah undangan, Shahbudin Embun yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu dan ahli sahabat penyokong Datuk Seri Zahid Hamidi. Dalam ceramahnya itu beliau mengajak ahli Umno Kemaman mengekalkan kerajaan BN Terengganu dengan memberi kemenangan besar  dengan majoriti dua pertiga sebagai tanda sokongan kepada MB, Ahmad Razif.

Dalam ucapan penutup, Datuk Rahim mahu ahli grup whatsapp bersatu supaya Kemaman lebih maju di masa akan datang. Katanya, kita sepatutnya membandingkan Kemaman dengan kawasan parlimen lain yang mana ahli parlimen mereka membawa pelbagai pembangunan di kawasan mereka sedangkan Kemaman yang merupakan bandar minyak amat ketinggalan dari segi pembangunan seperti hospital baru, terminal bas yang baru serta pasar yang baru.

Datuk Rahim menjelaskan visi Kemaman Kiter yang mahu membantu MB kerana ketua Umno Bahagian yang tidak selari dengan MB. Maka sokongan kepada MB perlu diberi walaupun Kemaman Kiter dianggotai oleh bekas ketua cawangan, bekas ahli jawatankuasa pemuda, wanita, puteri bahagian. Beliau sedia membantu Kemaman Kiter dari segi kewangan kerana beliau mahu Kemaman Kiter menjadi satu grup yang boleh membantu MB. Beliau berharap tidak ada pihak yang perlu bimbang kerana Kemaman Kiter akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon BN yang dipilih oleh PM dan MB.

Dengan terungkai motif penubuhan grup whatsapp Kemaman Kiter, maka jelas bahawa Datuk Rahim tiada agenda politik. Sebaliknya beliau mahu membantu Kemaman supaya ia menjadi maju seperti kawasan parlimen yang lain. Syabas kepada Datuk Rahim dan Mat Dalam yang berjaya mengadakan majlis silatulrahim dengan ahli-ahli grup whatsapp Kemaman Kiter. Saya rasa ini adalah grup whatsapp yang pertama di negara ini yang berjaya mengadakan majlis seumpama ini di hotel.














Thursday, October 6, 2016

MAIDAM SELESAIKAN WANG ZAKAT DALAM SATU HARI SAHAJA

KUALA TERENGGANU, 6 Okt (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini mampu menyelesaikan masalah pengagihan wang zakat dalam satu hari sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata ia susulan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada bagi memudahkan bayaran kepada mereka yang berkelayakan, dan tuduhan berlaku kelewatan apabila syarat dipenuhi, adalah tidak benar sama sekali.

"Saya terima banyak rungutan daripada golongan asnaf yang mengadu agak sukar untuk memperoleh bantuan wang zakat daripada MAIDAM. Jadi MAIDAM telah selesaikan masalah ini dalam masa satu hari," katanya.

Wednesday, October 5, 2016

TERENGGANU LULUS RM16 JUTA BANTU KONTRAKTOR KELAS F

KUALA TERENGGANU, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM16 juta bagi membantu kontraktor kelas F merancakkan kegiatan ekonomi setempat, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata daripada peruntukan itu, sebanyak RM2 juta akan diagihkan kepada setiap Pejabat Daerah dan RM500,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi projek-projek RM20,000 ke bawah.

"Kita akan agihkan wang berkenaan kepada Pejabat Daerah mulai minggu depan untuk memberi peluang kepada kontraktor kelas F, yang tidak banyak atau belum lagi memperoleh projek pada tahun ini," kata beliau.

Tuesday, October 4, 2016

BANDAR WAKAF PERTAMA DI MALAYSIA DIBINA DI TERENGGANU



Kerajaan negeri bakal melakukan kerjasama pintar dalam membina bandar wakaf pertama di Malaysia, kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurut laporan berita,

kerjasama antara empat agensi itu akan membuka ruang kepada golongan susah meningkatkan ekonomi.


“Bandar wakaf ini adalah hasil cadangan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan turut mendapat kerjasama dari Waqaf An-Nur Corporation Bhd, (WANCorp), iaitu institusi waqaf korporat pertama di Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

“Kita akan membantu golongan berkemampuan rendah seperti menyediakan tempat penginapan kepada pelajar dan juga menyediakan ruang perniagaan kepada peniaga kerana konsep wakaf adalah membantu bukannya mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau berkata selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad di Seberang Takir, Kuala Nerus. Turut hadir, Pengerusi Koperasi Nelayan Kampung Seberang Takir Berhad, Mohamad Ibrahim.

Tambahnya, cadangan tempat telahpun dikemukakan namun ianya belum diputuskan lagi.

“Pembinaan bandar wakaf akan diputuskan selepas mendapat persetujuan dari kesemua pihak. Namun demikian, kawasan yang telah dikenal pasti adalah di UniSZA dan juga Kampung Padang Nenas di Kuala Nerus,” katanya.

Monday, October 3, 2016

KALAU MUKHRIZ NAK JADI PM, KENA LALUI UMNO



Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mengalu-alukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu semula jika jika bekas menteri besar Kedah itu benar-benar bercita-cita menjadi perdana menteri.

Bercakap di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Annuar berkata tindakan sesetengah pemimpin meninggalkan Umno bukan sesuatu yang baru.

Sebelum ini pun kata Annuar ada pemimpin yang meninggalkan Umno itu kembali kepada parti berkenaan, seperti dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah.

Anggota Parlimen Gua Musang itu meninggalkan Umno selepas berseteru dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 dan menubuhkan parti Semangat 46.

Tengku Razaleih kembali kepada Umno 1996.

Semasa berada di luar Umno Tengku Razaleigh membawa partinya bersahabat dengan PAS dan DAP melalui dua persefahaman politik berasingan iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.

Annuar yang juga ketua penerangan Umno berkata jika Mukhriz berasa mahu kembali menyertai parti berkenaan pihaknya tidak ada masalah.

Malah sikap itu tidak hanya terhad kepada Mukhriz malah kata Annuar terbuka kepada sesiapa saja.

"Kalau betul Mukhriz nak jadi PM, tidak mustahil. Kalau rasa nak balik apa salahnya, boleh bincang," katanya.

Selepas disingkirkan daripada jawatan menteri besar Mukhriz dan Dr Mahathir - bapanya - menjadi pengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Mukhriz, 51, kini adalah naib presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi BERSATU dan parti itu sedang giat menjalankan kempen bersama pembangkang untuk mengetepikan Najib.

Sejak dimusuhi Umno Mukhriz disebut-sebut cuba diletakkan sebagai perdana menteri oleh Dr Mahathir.

Annuar sebelum itu mempengerusikan mesyuarat sekretariat penerangan Umno yang melibatkan semua ketua penerangan Umno negeri.

Sebelum ini bloger Raja Petra Kamarudin mendakwa Dr Mahathir merancang meletakkan Mukhriz menjadi perdana menteri melalui jawatan menteri kewangan.

Tulisannya pada 24 September itu berkata ia dibuat berdasarkan hujah Dr Mahathir sendiri iaitu seorang perdana menteri tidak sepatutnya menjadi menteri kewangan.

Sementara itu Annuar berkata Umno mengalu-alukan langkah Muhyiddin dan BERSATU bertanding menentang parti lama mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Itu sangat dialu-alukan. Itu yang kita mahu.

"Apa yang kita bimbang ialah mereka tidak bertanding. Semua kerusi sudah dimiliki PKR atau Amanah (Parti Amanah Negara) yang diwarisi daripada PAS, dan DAP pula enggan menyerahkan kerusi yang mereka tandingi," katanya secara sinis.

Justeru kata Annuar Umno menyambut baik jika Muhyiddin (dan BERSATU) meletakkan calon di 120 kerusi yang ditandingi parti berkenaan.

Kenyataan Annuar itu dibuat mengulas kenyataan Muhyiddin yang meminta PAS membenarkan calon BERSATU bertanding menentang Umno di Kelantan.

Portal Free Malaysia Today semalam menyiarkan laporan mengenai permintaan Muhyiddin ketika beliau berucap di atas pentas PAS di Kemanan, Terengganu.