Monday, April 10, 2017

SIAPA CALON PARLIMEN KUALA NERUS?

KUALA NERUS: Kerusi parlimen Kuala Nerus dimenangi calon PAS, Datuk Dr Khairudin Aman Razali pada PRU13. Beliau menang dengan majoriti 610 undi mengalahkan ketua Umno bahagian Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.

Dr khairudin mendapat 33,861 undi manakala nasir mendapat 33,25i undi. Siapakah yang akan mewakili BN pada PRU ke14? Empat nama disebut sebut sebagai calon BN bagi parlimen Kuala Nerus.

Dua muka baru ialah Timbalan naib Canselor Unisza, Prof Dr Nik Wan Nik Omar dan Datuk Dr Ahmad Sabri Yusoff. Jika salah seorang dari mereka terpilih sebagai calon, ia menepati kehendak Menteri besar yang mahu lebih ramai cerdik pandai dikemukakan sebagai calon BN di Terengganu pada PRU akan datang.

Mampukah mereka mengalahkan Dr Khairuddin? Prof Dr Nik Wan adalah orang yang berpengaruh dalam parlimen Kuala Nerus. Tidak sombong dan suka menolong orang. Beliau berasal dari keluarga msikin di Pulau Duyung tetapi sekarang menetap di Teluk Ketapang.

Dr Ahmas Sabri, 58, pula Timbalan Pengerusi Yayasan Buku Negara mempunyai dua Phd dalam bidang pengurusan  (Universiti Kuala Lumpur) dan pentadbiran perniagaan (Universiti Utara Malaysia). Beliau pernah bekerja di Maybank dan anak syarikat FELCRA.

Selain dari dua nama itu, turut disebut sebagai calon parlimen ialah Datuk Seri Razif Abdul Rahman yang mungkin ditarik ke pusat untuk menjadi menteri penuh menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu bersara dari politik. Namun demikian jika beliau kekal di DUN Seberang Takir ini bermakna beliau kekal sebagai menteri besar selepas PRU14 jika BN berjaya mengekalkan kuasa.

Nama abang beliau Azmi Abdul Rahman turut disebut sebagai calon parlimen. beliau adalah bekas ahli parlimen Kuala nerus 2004 hingga 2008. Beliau hanya sepenggal menjadi ahli parlimen kerana menteri besar ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh kurang senang dengan kritikan Azmi terhadap Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam yang tidak memberi manafaat kepada penduduk Kuala Nerus.


Ketika itu pihak istana mahu ADUN Bukit Tunggal, Nasir Ibrahim Fikri menggantikan Idris sebagai menteri besar. Idris yang diberitahu oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad badawi telah memindahkan Nasir bertanding kerusi parlimen pada tahun 2008. Tetapi perancangan Idris untuk mengekalkan jawatan menteri besar tidak berjaya apabila pihak istana memilih ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar yang baharu.


Berbalik kepada Azmi, jika Azmi terpilih sebagai calon parlimen Kuala Nerus tidak mungkin adiknya Razif kekal di DUN Seberang Takir. Takkan nak ambil dua beradik sebagai calon. Dua beradik pernah terpilih sebagai calon di DUN Johor tidak lama dahulu tetapi mereka berdua berada di kawasan parlimen yang berlainan.  Abd Aziz Sapian jadi ADUN Nusa Jaya dua penggal (2004 dan 2008) dalam parlimen Gelang Patah manakala abangnya Osman Sapian ADUN Kempas dua penggal juga (2004 dan 2008) dalam parlimen Pulai. Azmi dan Razif pula dalam satu kawasan parlimen maka Azmi terpaksa berkorban untuk adiknya kekal sebagai menteri besar kali ini.



5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Dr Ahmad Sabri bin Yussof adalah anak jati dari Pulau Duyung ,Terengganu.Mempunyai ramai ahli keluarga di Duyong Besar,Duyong kecil,Pulau Ketam dan seberang takir...Beliau adalah anak kepada seorang pendidik iaitu Yusof b Puteh.Beliau mendapat pendidikan awal di sek Men Tengku Intan Zaharah Terengganu dan Sek Men Alam Shah Srlangor. Beliau ditawarkan belajar di ITM dan seterusnya menyambung pelajaran ke UUM. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan.Banyak berurusan dengan negara luar seperti italy,spain.german.uk,taiwn,australia,new zealand,belgium,perancis.
    Oleh itu beliau memang seorang yang berpengalaman luas di dalam pengurusan pentadbiran,perniagaan ,kewangan.Beliau adalah seorang yang versatiles.Mudah didekati dan tidak sombong. Beliau memegang 2 kelulusan Phd dan 3 kelulusan Master yang salah satunya adalah di dalam jurusan Sains Politik dari UIA. Kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan pengerusi Yayasan Buku Negara dan baru baru ini beliau telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa majlis Professor Negara(Pembangunan Sosial Dan Kesejahteraan).Beliau seorang yang berwawasan dan komited.Mempunyai banyak idea yang baik.Beliau juga adalah calon yang berpotensi untuk membantu membangunkan pentadbiran negara serta seorang yang boleh mencapai hasrat kerajaan menuju TN 50

    ReplyDelete