ditembak pada jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.
Misteri kematian beliau masih belum terjawab kerana sudah dua tahun kes itu berlalu tanpa sebarang penangkapan.
Polis Terengganu tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat itu pada Oktober 2015.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata siasatan dan risikan diteruskan bagi mencari petunjuk baharu walaupun kes bunuh itu berlaku hampir dua tahun lalu memandangkan ia dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi.
"Memang siasatan ini mengambil masa yang agak lama," katanya kepada pemberita.
Rosli berkata polis juga masih menyiasat kes pembunuhan sepupu Alias, Mat Jusoh Ali, 56, atau dikenali dengan panggilan Cikgu Zaki, yang ditembak dua bulan sebelum itu iaitu pada 9 Ogos.
Pada tahun 2013, calon BN arwah Alias Abdullah tewas kepada calon PAS, Ariffin Deraman. Ariffin yang mendapat 10,844 undi menang dengan majoriti 645 undi. Alias memungut 10,199 undi manakala calon Bebas Ja'afar Jambol mendapat 74 undi.
Siapakah calon yang layak bertanding di Alor Limbat? Jika Alias masih hidup sudah tentu namanya masih popular di kalangan pengundi Alor Limbat. Sekurang-kurangnya empat nama dispekulasikan sebagai calon
iaitu Pengarah BTN Terengganu, Mohd Yuseri Isa; bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Saiful Bahari Datuk Baharuddin; Ngah Bidin dan Mohd Yusof Ali.
Kerusi Alor Limbat pernah menjadi milik BN selama dua penggal melalui Alias Abdullah seorang peguam yang terkenal. Oleh itu tidak mustahil BN mampu merampas kembali kerusi Alor Limbat melalui salah seorang daripada empat calon ini.
No comments:
Post a Comment