Sunday, September 4, 2016

TUJUH PEROMPAK LARIKAN RM1.4 JUTA

KUALA NERUS, 4 Sept (Bernama) -- Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang merompak sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini awal pagi tadi menyebabkan kerugian kira-kira RM1.14 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam tempoh empat jam bermula pukul 2.15 pagi itu, suspek telah memecahkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat dalam pasar raya terbabit.

Katanya penjenayah berkenaan juga bertindak mengikat keempat-empat pengawal keselamatan sebelum dikurung di dalam sebuah stor berhampiran.

No comments:

Post a Comment