Friday, September 23, 2016

2,000 ORANG SAMBUT MB DI AIRPORT KT



Lebih 2000 orang menyambut kepulangan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Halina Zakaria di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu petang semalam.


Mereka yang menunggu beramai-ramai sejak jam 2:30 petang dan ketibaan beliau disambut dengan bacaan doa oleh Imam Besar Terengganu Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz.


Razif tiba di KLIA pada pagi Khamis lalu pada jam 3.30 pagi.


Turut sama tiba petang semalam ialah Exco Kerajaan Negeri YB A Latiff Awang dan isteri, YB Roslee Daud dan isteri dan YB Rosli Othman dan isteri.


Ahmad Razif dan isteri berangkat mengerjakan fardhu haji pada 3 September lalu atas undangan khas kerajaan Arab Saudi yang turut disertai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Harun, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.







No comments:

Post a Comment