Thursday, September 29, 2016

2,400 NELAYAN TERIMA BANTUAN PERALATAN KESELAMATA



Seramai 2400 orang nelayan di negeri Terengganu menerima bantuan peralatan keselamatan bagi digunakan jika berlaku kemalangan ketika mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan sebanyak RM300,000 seperti terkandung dalam Bajet 2016 telah diberikan dalam Kempen Keselamatan Nelayan dan Pemberian Jaket Keselamatan kepada Nelayan berupa lampu pelayaran, hon, alat pemadam api, boya keselamatan dan jaket keselamatan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM300 Zon A dan RM250 Zon B,C dan C2 setiap bulan yang melibatkan bayaran sebanyak RM5,621,000 kepada 3571 orang seluruh Terengganu sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.

‘Kerajaan negeri telah menunaikan janji dalam bajet tahun yang dibentangkan pada tahun lepas iaitu pemberian jaket percuma kepada nelayan dan kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000’.

‘Jaket ini dapat digunakan kepada 2400 nelayan Zon A’.

‘Ini selepas kejadian nelayan berlaku tragedy dan kemalangan di laut maka kerana itu kita wujudkan skim ini’.

‘Insyallah kita akan teruskan bantuan ini pada masa-masa akan datang kerana mahu memastikan semua nelayan dilengkapi peralatan keselamatan bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti di laut itu nanti’.

‘Hari ini juga pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan yang telah dinaikan melalui bajet diumumkan sebanyak RM300 Zon A dan RM250 Zon B,C dan C2 setiap bulan’.

‘Sepajang Januari hingga Ogos 2016 kerajaan telah membelanjakan RM5,621,000 bagi membayar elaun sara hidup kepada nelayan seluruh negeri Terengganu’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang Kuala Nerus semalam.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Dato Muhammad Pehimi Yusof, Adun Batu Rakit Bazlan Abd Rahman dan N.Hashim Ab. Rahman Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM.

Tambah Ahmad Razif, nelayan juga dlindungi skim insurans nelayan dengan bayaran RM100 setahun dan syarikat insurans akan memberi pampasan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 jika berlaku kemalangan di laut.

Beliau turut mengumumkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendapat peruntukan sebanyak RM13 juta untuk membina 300 unit rumah kepada nelayan bernilai RM40,000 setiap rumah dan bercadang untuk mengagihkan 20 unit rumah kepada 15 Dun (Dun mempunyai nelayan) dengan kos jalan serta tanah ditanggung oleh kerajaan negeri.

Dengan pelbagai pemberian insentif seperti subsidi diesel dan petrol, elaun sara hidup dan sebagainya membuktikan kerajaan prihatin danmemandang serius dalam membantu meningkatkan sosio ekonomi dan menjaga kebajikan para nelayan serta ia sebagai agenda utama kerajaan dalam menolong rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

No comments:

Post a Comment