KUALA LUMPUR 15 Sept - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata, agenda yang dinyatakan Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
"Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
"Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr. Mahathir di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55
Ulasan saya, nampaknya Dr mahathir sudah bercanggah pendapat dengan Muhyiddin yasin berhubung dengan pembebasan Anwar Ibrahim. Belum menang sudah bercanggah pendapat, bila menang nanti entahlah apa akan jadi pada parti pembangkang.
No comments:
Post a Comment