Monday, September 12, 2016

SENIWATI HASHIMAH YON BUAT KORBAN DI KUALA NERUS



KUALA NERUS 12 Sept. - Seniwati Hashimah Yon, 77, dari Singapura menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban di sini, hari ini.


Beliau tiba di sini Jumaat lalu bersama 59 pelancong lain Singapura bagi menyertai program ibadah korban anjuran anak syarikat Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Sdn. Bhd., beserta sebuah syarikat pelancongan daripada Singapura.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai nenek berkata, beliau bersyukur kerana dapat melaksanakan ibadah korban di sini selain dapat melepaskan rindu untuk melawat Terengganu.

"Kali terakhir nenek datang ke sini ialah 50 tahun lalu. Banyak perkara yang nenek rindukan tentang Terengganu terutama penyunya.

"Kebetulan kawan nenek kata ada pakej pelancongan ibadah korban di Terengganu, jadi kami semua setuju menyertai program ini," katanya yang menjadi pelakon semasa puncak kegemilangan filem Melayu di Singapura seperti filem Nujum Pak Belalang, Anakku Sazali, Singapura Dilanggar Todak dan Megat Terawis.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment