Tuesday, September 6, 2016

JANGAN MELATAH KHAIRUDDIN

Saya hairan kenapa bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan melatah apabila Idris Harun, Zainudin Maidin, Nazri Aziz, Salleh Said mengulas pertemuan romantik di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim kelmarin.

Katanya, jangan jaga tepi kain orang. Yang peliknya dia jaga tepi kain pemimpin Umno boleh pulak. Apabila pemimpin Umno kritik pemimpin mereka, tak boleh pula. Di manakah keadilan yang kamu perjuangkan?

Para pemimpin Umno berhak mengulas bekas pemimpin mereka yang sudah berada di luar Umno kerana mereka lihat pertemuan semula Dr Mahathir dengan Anwar itu nampak janggal. Dahulu Mahathir yang atur konspirasi menjatuhkan Anwar kerana bimbang Anwar menentang Dr Mahathir bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan 1999.Kini anwar menyambut pula salam Dr Mahathir. Nampak sangat mereka berdua terlalu terdesak sehingga terpaksa bergabung untuk menentang Najib Razak.

Malah Khairuddinlah yang menaja buku "50 Dalil Kenapa Anwar Tak Dapat Jadi PM" yang menjadi punca kejatuhan Anwar Ibrahim. Apabila Anwar membuat laporan polis terhadap buku itu, orang yang disebut dalam buku itu pula yang ditahan polis iaitu Datuk Nala.Sepatutnya penulis buku yang ditahan polis. Dah terbalik kerana ia adalah arahan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Anwar.

Khairuddin ingat Anwar dapat maafkannya kerana Khairuddinlah punca Anwar terpelanting dari jawatan TPM. Kakinya sudah melangkah untuk naiki tangga PM, tiba tiba Khairuddin membantutkan langkah Anwar. Adakah Anwar sudah lupa walaupun Khairuddin adalah sepupu Anwar?

Kita bukannya tak suka Dr Mahathir berbaik semula dengan Anwar. Baguslah mereka berbaik semula. Tetapi kita lihat Dr Mahathir tak ikhlas bersalam dengan Anwar. Jangan harap Dr Mahathir akan menyokong Anwar untuk jadi PM apabila keluar dari penjara kelak. Anwar akan tertipu lagi oleh Dr Mahathir. Sehubungan dengan itu pemimpin Umno merasakan ketidakikhlasan Dr Mahathir yang menjadi punca mereka mempersenda pertemuan semula Dr Mahathir dengan Anwar.

Mereka sudah kenal siapa Dr Mahathir. Oleh itu jangan hairan Anwar akan terkena lagi dengan Dr Mahathir jika Anwar menjalin semula persahabatan dengan orang yang tidak ikhlas ini. Para pemimpin Umno bukannya membuat komen secara membuta tuli sebalaiknya mereka sudah kaji siapa manusia yang bernama Dr Mahathir ini.

Sehubungan dengan itu Khairuddin tak perlu bimbang dengan komen para pemimpin Umno kerana jika BERSATU kuat, BERSATU yang patutnya mengetuai Pakatan Harapan dan bukannya PKR.


No comments:

Post a Comment