Saturday, September 17, 2016

KPT AKAN LANCAR TABUNG PELAJAR MESIR



KUALA LUMPUR 15 Sept. – Kementerian Pendidikan Tinggi akan melancarkan Tabung Pelajar Mesir bagi menangani masalah hutang yuran pengajian yang dihadapi 150 pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi di negara berkenaan.

IDRIS JUSOH

Justeru Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh menyeru rakyat seluruh negara untuk menyumbang kepada tabung tersebut bagi membolehkan pelajar terbabit dapat menamatkan pengajian.

Beliau berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib yang dihadapi para pelajar tersebut yang menanggung hutang kira-kira RM4.5 juta dan berdepan penying­kiran daripada meneruskan pengajian sekiranya gagal menjelaskan tunggakan tersebut.

“Keadaan ekonomi yang mencabar sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi kewangan pelajar dan ibu bapa.

“Sehubungan itu, saya mengambil inisiatif untuk melancarkan Tabung Pelajar Mesir,” katanya dalam kenyataan hari ini yang akan memaklumkan maklumat terperinci dalam masa terdekat.

Sekumpulan pelajar Malaysia persendirian di Mesir sejak Ogos lalu terpaksa melancarkan Projek Hope selepas mereka dibebani dengan masalah hutang pengajian dan kini berdepan risiko di­singkirkan da­ripada universiti, walaupun sudah berada di tahun tiga.

Tanpa sebarang tajaan serta biasiswa, 150 pelajar yang me­nuntut di lapan buah universiti di Mesir itu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk membayar yuran pengajian berjumlah AS$8,000 (RM33,000) setahun, tetapi malangnya di­sebabkan masalah kewangan, kos tersebut tidak mampu disediakan

No comments:

Post a Comment