Thursday, September 8, 2016

RAJA BAHRIN JENIS MUKA TAK MALU


Nampaknya ada usaha untuk mendesak ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin untuk meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen. Apatah lagi beliau menangi kerusi tersebut pada tahun 2013 atas tiket PAS. Kini beliau telah menyertai Amanah maka sewajarlah beliau meletakkan jawatan kerana kerusi itu dimenangi atas tiket PAS.

Tetapi oleh kerana beliau muka tak malu, maka beliau buat muka sardin menjadi ahli parlimen Amanah. Amanah belum tentu dapat sambutan di Terengganu maka kemungkinan beliau tidak akan menang pada PRU yang akan datang dalam pertandingan tiga penjuru antara BN dengan PAS dengan Amanah.

Raja Bahrin telah mengkhianati undi yang diberi oleh penyokong PAS. Maka sewajarlah pengundi PAS menghukum Raja Bahrin pada PRU akan datang. Walaupun kempen ini berjaya mengumpul banyak sokongan, tetapi Raja Bahrin tidak mungkin meletakkan jawatan. Dia akan kekal di situ sehingga PRU akan datang. Maka bersabarlah penyokong PAS menunggu tarikh hari pengundian tiba. Selaku Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Bahrin mungkin tidak bertanding kerusi parlimen sebaliknya bertanding kerusi DUN Batu Buruk. Jika Pakatan Harapan menang, beliaulah bakal MB Terengganu. Mampukah beliau menang di Batu Buruk dan dinobatkan sebagai MB baharu? Sama samalah kita tunggu.

No comments:

Post a Comment