Sunday, September 25, 2016

PUSAT PENETASAN TUNTUNG JADI PRODUK PELANCONGAN

KEMAMAN, 25 Sept (Bernama) -- Pusat penetasan tuntung di Kampung Pasir Gajah dekat sini berpotensi menjadi produk pelancongan terbaharu bagi Kemaman, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Wan Abd Hakim Wan Mokhtar.

Beliau berkata selain itu sebuah mini muzium tuntung juga akan dibina berhampiran pusat berkenaan seiring dengan sambutan Tahun Melawat Terengganu 2017.

"Kita harap ia mampu menjadi tarikan pelancongan terbaharu bagi daerah ini sekali gus meningkatkan tahap kesedaran manusia terhadap haiwan yang semakin pupus serta sukar dijumpai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat penetasan tuntung itu, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment