Wednesday, September 7, 2016

INI JANJI BN, WALAU DI MANA BERADA, KEBAJIKAN RAKYAT TETAP DIUTAMAKAN

Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Halina Zakaria semalam 7 September mendapat peluang khas awal pagi (Subuh) bagi mengucup Hajarul Aswad dengan kawalan khas oleh pihak tentera Arab Saudi untuk pemimpin utama Terengganu.
Ahmad Razif  melahirkan rasa syukur kepada Allah (Alhamdulillah) di atas peluang khas yang diberikan kepada beliau.
Sebelum itu, Haji Ahmad Razif juga diberi peluang khusus oleh pihak tentera Arab Saudi bagi mengadakan solat di Hijir Ismail.
Ia adalah suatu penghormatan yang tinggi kepada pemimpin utama negeri Terengganu itu.
Terima kasih kepada Pengerusi Tabung Haji dan krew serta pihak tentera Arab Saudi yang mempermudahkan urusan kami (Ahmad Razif dan isteri Puan Halina) dengan kemudahan itu,’ kata Ahmad Razif.

Keadaan batu mulia ini di hari kiamat sebagaimana dikisahkan dalam hadis,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى الْحَجَرِ « وَاللَّهِ لَيَبْعَثَنَّهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَهُ عَيْنَانِ يُبْصِرُ بِهِمَا وَلِسَانٌ يَنْطِقُ بِهِ يَشْهَدُ عَلَى مَنِ اسْتَلَمَهُ بِحَقٍّ »
Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda mengenai hajar Aswad, “Demi Allah, Allah akan mengutus batu tersebut pada hari kiamat dan ia memiliki dua mata yang bisa melihat, memiliki lisan yang bisa berbicara dan akan menjadi saksi bagi siapa yang benar-benar menyentuhnya”
(HR. Tirmidzi no. 961, Ibnu Majah no. 2944 dan Ahmad 1: 247. Abu Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadis ini hasan dan Syaikh Al Albani menshahihkan hadits ini).

Sementara itu Ahmad Razif Abd Rahman yang kini berada di Mekah menunaikan fardhu haji berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu, khususnya di maktab-maktab penempatan jemaah haji.
Ahmad Razif bersama isteri  Halina Zakaria semalam telah melawat Maktab 90, salah satu penempatan jemaah haji dari Malaysia, termasuk Terengganu.
Beliau membuat lawatan itu bersama sama dengan Pengerusi Tabung Haji,Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim.
'Alhamdulillah, sebelah pagi tadi saya bersama Datuk Seri Azeez Rahim telah melawat Maktab 90 dan Hospital Tabung Haji. Saya sempat berjumpa dengan jemaah dari Terengganu," beritahu Ahmad Razif.
Ahmad Razif dan isteri, Puan Halina melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu dan bertanya khabar tentang keadaan jemaah berkenaan.
Semalam juga Ahmad Razif dan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron turut menyertai Pengerusi Tabung Haji melawat jemaah haji yang sakit di Pusat Rawatan TH Shisha.
Ahmad Razif bersama isteri berlepas ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan fardhu haji melalui pihak Tabung Haji pada 4 September baru baru ini.
Menteri Besar memberitahu, pada hari ini beliau bercadang hendak melawat guru Sekolah Kompleks Gong Badak, Cikgu Nara bin Sidek yang dimasukkan ke Hospital King Faisal Mekah kerana sakit.
Beliau berkata, pada hari ini juga beliau akan melawat keluarga jemaah haji dari Kuala Terengganu yang baru kehilangan suami yang meninggal dunia di Mekah di hotel Abraj Janadriyah.
'Saya sempat juga bersama Pengerusi Tabung Haji melawat dan melihat persediaan khemah dan segala kelengkapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Sempat sembahyang Zohor berjemaah dalam Khemah Operasi Tabung Haji di Mina diimamkan oleh Ketua Menteri Melaka," beritahu Ahmad Razif lagi.



No comments:

Post a Comment