Nampaknya masih ramai yang belum mengenali blog TODAY TERENGGANU. Tetapi posting Jangan melatah Khairuddin paling tinggi sepanjang bulan September dengan sebantyak 202 hits.
10 posting tertinggi ialah:-
1. Jangan melatah Khairuddin ( 6 september)
2. Mahkamah bebaskan Datuk Ismail Yahya ( 1 September)
3. MB menunaikan fardhu haji di Mekah ( 3 September)
4. Pas mungkin hilang beberapa kerusi ( 28 september)
5. Ini janji BN, kebajikan rakyat tetap diutamakan ( 7 September0
6. Mampukah razif menangkan 25 kerusi? ( 22 september)
7. 2,000 orang sambut MB di airport KT ( 23 September0
8. pembangkang tiada calon PM, kata Kuasa ( 2 september)
9. SPR nafi kajian untungkan pihak tertentu ( 19 september)
10. Dr Mahathir tak minat bebaskan Anwar ( 15 September)
Friday, September 30, 2016
Thursday, September 29, 2016
2,400 NELAYAN TERIMA BANTUAN PERALATAN KESELAMATA
Seramai 2400 orang nelayan di negeri Terengganu menerima bantuan peralatan keselamatan bagi digunakan jika berlaku kemalangan ketika mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan sebanyak RM300,000 seperti terkandung dalam Bajet 2016 telah diberikan dalam Kempen Keselamatan Nelayan dan Pemberian Jaket Keselamatan kepada Nelayan berupa lampu pelayaran, hon, alat pemadam api, boya keselamatan dan jaket keselamatan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM300 Zon A dan RM250 Zon B,C dan C2 setiap bulan yang melibatkan bayaran sebanyak RM5,621,000 kepada 3571 orang seluruh Terengganu sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.
‘Kerajaan negeri telah menunaikan janji dalam bajet tahun yang dibentangkan pada tahun lepas iaitu pemberian jaket percuma kepada nelayan dan kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000’.
‘Jaket ini dapat digunakan kepada 2400 nelayan Zon A’.
‘Ini selepas kejadian nelayan berlaku tragedy dan kemalangan di laut maka kerana itu kita wujudkan skim ini’.
‘Insyallah kita akan teruskan bantuan ini pada masa-masa akan datang kerana mahu memastikan semua nelayan dilengkapi peralatan keselamatan bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti di laut itu nanti’.
‘Hari ini juga pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan yang telah dinaikan melalui bajet diumumkan sebanyak RM300 Zon A dan RM250 Zon B,C dan C2 setiap bulan’.
‘Sepajang Januari hingga Ogos 2016 kerajaan telah membelanjakan RM5,621,000 bagi membayar elaun sara hidup kepada nelayan seluruh negeri Terengganu’ katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang Kuala Nerus semalam.
Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Dato Muhammad Pehimi Yusof, Adun Batu Rakit Bazlan Abd Rahman dan N.Hashim Ab. Rahman Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM.
Tambah Ahmad Razif, nelayan juga dlindungi skim insurans nelayan dengan bayaran RM100 setahun dan syarikat insurans akan memberi pampasan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 jika berlaku kemalangan di laut.
Beliau turut mengumumkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendapat peruntukan sebanyak RM13 juta untuk membina 300 unit rumah kepada nelayan bernilai RM40,000 setiap rumah dan bercadang untuk mengagihkan 20 unit rumah kepada 15 Dun (Dun mempunyai nelayan) dengan kos jalan serta tanah ditanggung oleh kerajaan negeri.
Dengan pelbagai pemberian insentif seperti subsidi diesel dan petrol, elaun sara hidup dan sebagainya membuktikan kerajaan prihatin danmemandang serius dalam membantu meningkatkan sosio ekonomi dan menjaga kebajikan para nelayan serta ia sebagai agenda utama kerajaan dalam menolong rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan.
Wednesday, September 28, 2016
PAS MUNGKIN HILANG BEBERAPA KERUSI DUN?
KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu berkemungkinan hilang beberapa kerusi daripada 15 kerusi Dun yang dimenangi dalam PRU14 sekiranya persempadanan semula kawasan pilihan raya sebagaimana yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.
Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu dilihat bertujuan menyekat kemaraan pembangkang di beberapa kerusi pada PRU akan datang memandangkan kebanyakan kawasan terlibat dengan persempadanan semula dibuat secara tidak adil, sebaliknya berpolitik dengan tujuan memenangkan BN.
Sebagaimana di Chukai katanya, cadangan persempadanan semula yang dibuat di kawasan terlibat dianggap pelik dan SPR dilihat tidak mengambil perkiraan berdasarkan faktor munasabah.
“Unit peti undi (UPU) Bakau Tinggi dalam Dun Chukai dipindahkan ke Bukit Kuang dalam Dun Kijal. Apa yang pelik, SPR kata persempadanan tertakluk kepada sungai tetapi UPU tersebut dipisahkan oleh sungai selebar kira-kira 400 meter. Ia adalah sungai besar yang merupakan tempat penyelenggaraan kapal.
“Begitu juga dengan UPU Bandar Baru Cheneh dalam Dun Air Putih dipindahkan ke Dun Chukai. Sedangkan jaraknya 25 kilometer dari bandar Chukai. Kalau hendak dikira UPU Mak Chili dan UPU Bukit Mentok lebih dekat dengan Dun Chukai. Kenapa dua UPU itu tidak dimasukkan dalam Dun Chukai?
“Ini menyebabkan wakil rakyat Chukai perlu melalui UPU dalam Dun lain terlebih dahulu untuk ke Bandar Baru Cheneh. Apa yang kita lihat, persempadanan ini, dari sudut geografinya tidak kena dan budayanya tidak kena kerana Chukai adalah bandar dan Cheneh adalah pedalaman, dari sudut mukim juga tidak kena, banyak benda tidak kena,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha III Pas Terengganu turut menyifatkan cadangan persempadanan semula tersebut telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan khusus dalam jumlah bilangan penduduk di satu-satu Dun.
Tuesday, September 27, 2016
PADAMLAH VIDEO WANITA YANG DIPUKUL
KOTA BHARU: Keluarga wanita yang dipukul dalam keadaan berbogel mohon penyebaran video dihentikan segera.
Ibunya yang berusia 49 tahun merayu semua pihak berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi melihat keaiban anaknya di jaja dan terus menjadi tatapan umum.
“Cukup-cukuplah. Saya dah tak sanggup (nak tanggung) lagi dah. Tak sanggup tengok gambar anak saya dalam keadaan (bogel) sedemikian.
“Ini maruah anak saya, maruah keluarga kami. Tolonglah kesian pada anak saya dan kami sekeluarga. Dia tidak bersalah, tolonglah padam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini.
Beliau berkata, dia juga sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan mengajukan soalan dan menunjukkan rakaman berkenaan kepadanya.
“Dia anak saya, dia anak yang tidak ada masalah. Cukuplah tu sebab sekarang dia dalam keadaan ketakutan, kurang bercakap dan tidak dapat makan kerana trauma dengan kejadian itu,” katanya.
Wanita berkenaan turut menggesa pihak polis supaya tindakan tegas diambil kepada pelaku yang berbuat demikian terhadap anaknya.
“Sejak kejadian itu, kami sekeluarga masih tidak dapat bertenang dan ada sahaja ugutan seolah-olah pihak yang menyerang itu masih tidak berpuas hati dengan perkara yang sudah dilakukan kepada anak saya.
“Jadi, saya mohon pihak polis supaya tangkap mereka semua dan tidak ganggu anak saya lagi,” katanya.
Monday, September 26, 2016
JAKIM MAHU DAPATKAN PENJELASAN DARI RISDA
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Logo halal baharu hanya boleh digunakan setelah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam negeri dan Majlis Agama Islam negeri.
Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, peraturan itu turut berkuat kuasa terhadap produk keluaran Muslim yang dihasilkan usahawan-usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Menurut beliau, langkah itu penting agar tidak bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang melarang pengisytiharan halal tanpa mendapat pengesahan pihak berkuasa berwibawa.
“Sekiranya Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan RISDA berhasrat untuk terus mengeluarkan logo halal baharu tersebut kepada produk Muslim keluaran usahawan RISDA, maka ia adalah bercanggah dengan Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Perintah 2011.
“Akta tersebut jelas menyatakan bahawa hanya JAKIM, Jabatan Agama Islam negeri atau Majlis Agama Islam negeri sahaja yang merupakan pihak berkuasa berwibawa dalam mengeluarkan pengesahan halal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi RISDA. Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan, IKIAM dengan kerjasama RISDA akan melancarkan logo halal baharu khusus bagi produk keluaran Muslim awal tahun depan.
Othman memberitahu, langkah ini penting bagi mengelakkan semua pihak termasuk individu atau syarikat tidak mengeluarkan sijil halal dengan sewenang-wenangnya.
“Jakim akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada RISDA berkaitan hasrat untuk mengeluarkan logo halal baharu tersebut,” jelasnya.
Sunday, September 25, 2016
PUSAT PENETASAN TUNTUNG JADI PRODUK PELANCONGAN
KEMAMAN, 25 Sept (Bernama) -- Pusat penetasan tuntung di Kampung Pasir Gajah dekat sini berpotensi menjadi produk pelancongan terbaharu bagi Kemaman, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Wan Abd Hakim Wan Mokhtar.
Beliau berkata selain itu sebuah mini muzium tuntung juga akan dibina berhampiran pusat berkenaan seiring dengan sambutan Tahun Melawat Terengganu 2017.
"Kita harap ia mampu menjadi tarikan pelancongan terbaharu bagi daerah ini sekali gus meningkatkan tahap kesedaran manusia terhadap haiwan yang semakin pupus serta sukar dijumpai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat penetasan tuntung itu, di sini, semalam.

Saturday, September 24, 2016
LIMA LELAKI DIBERKAS DI PUSAT URUTAN DI KT
Padah menggunakan khidmat urutan wanita yang berselindung di pusat urutan refleksologi, lima lelaki diberkas dalam operasi yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di Kuala Terengganu malam tadi.
Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Nik Zulhaiza Ismail berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan di pusat urutan berasingan di bandar raya ini.
Katanya turut ditahan seorang wanita warga tempatan berumur sekitar 30-an yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah daripada pusat urutan tersebut.
"Kesemua mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika menggunakan khidmat urutan wanita warga asing dalam serbuan di lokasi berasingan.
"Mereka ditahan mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana khalwat dan seksyen 29 enakmen sama atas perbuatan sebagai persediaan luar nikah," katanya kepada pemberita selepas operasi tamat pada pukul 12 tengah malam.
Operasi yang bermula pukul 10 malam itu melibatkan 65 pegawai dan anggota dari seluruh daerah Kuala Terengganu.
Sebanyak sembilan lokasi termasuk pusat urut dan pusat hiburan telah diperiksa di sekitar bandar ini.
Beliau berkata dalam operasi selama tiga jam itu juga pihaknya turut mengeluarkan tujuh notis kepada sekumpulan remaja kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Jelasnya tiga lelaki dan empat wanita berusia sekitar 20-an tersebut dikesan berkelakuan tidak sopan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke.
"Kesemua mereka telah diberikan notis bagi menghadiri sesi kaunseling mengikut seksyen 34 enakmen berkenaan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dan serbuan ini dari semasa ke semasa tanpa mengira lokasi.
- Bernama
Friday, September 23, 2016
2,000 ORANG SAMBUT MB DI AIRPORT KT
Lebih 2000 orang menyambut kepulangan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Halina Zakaria di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu petang semalam.
Mereka yang menunggu beramai-ramai sejak jam 2:30 petang dan ketibaan beliau disambut dengan bacaan doa oleh Imam Besar Terengganu Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz.
Razif tiba di KLIA pada pagi Khamis lalu pada jam 3.30 pagi.
Turut sama tiba petang semalam ialah Exco Kerajaan Negeri YB A Latiff Awang dan isteri, YB Roslee Daud dan isteri dan YB Rosli Othman dan isteri.
Ahmad Razif dan isteri berangkat mengerjakan fardhu haji pada 3 September lalu atas undangan khas kerajaan Arab Saudi yang turut disertai Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Harun, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Thursday, September 22, 2016
MAMPUKAH RAZIF MENANGKAN 25 KERUSI?
Pada PRU-13, BN Terengganu hanya menang 17 kerusi daripada 32 kerusi DUN, namun di bawah kepimpinan Ahmad Razif ada kalangan pemerhati politik yakin BN Terengganu mampu menguasai sehingga 25 kerusi.
Daripada jumlah kerusi sedia ada, lapan kerusi DUN boleh dimenangi semula kerana majoriti diperoleh pembangkang tidak sampai 1,000 undi, malah di DUN Teluk Pasu hanya kalah dengan 109 undi.
Selain DUN Teluk Pasu yang BN kalah tipis, DUN Rantau Abang juga begitu iaitu kalah dengan 141 undi, Tepoh (229), Manir (588), Bukit Payung (613), Alor Limbat (645), Bukit Tunggal (652) dan Ladang (924).
BN dilihat mampu menukar cuaca politik agar tidak dilanda bah besar dan mengelak daripada hanyut, malah dapat bangkit secara lebih meyakinkan dalam PRU-14 dengan calon yang benar-benar diterima rakyat setempat dan bukannya sekadar kroni bagi mengukuhkan kedudukan sesiapa sehingga sulit untuk mengangkat pemimpin berwibawa.
Jika Razif menonjolkan calon mesra rakyat sudah pasti Razif mampu menawan 25 kerusi daripada 32 kerusi DUN. Jika berlaku pertandingan empat penjuru antara BN dengan PAS dengan Amanah dan PPBM, maka calon BN mempunyai banyak kelebihan.
Sebaliknya jika pertandingan dua penjuru antara BN dengan Pakatan Rakyat maka harapan BN untuk mengekalkan kerajaan agak sukar. Namun demikian mustahil PAS memberi laluan kepada Amanah atau PPBM atau PKR bertanding di kerusi tradisional mereka.
Malah pada PRU 13 lalu, sudah sepakat PKR bertanding di Bukit Besi tetapi calon PAS turut bertanding yang menyebabkan calon PKR menyaman Presiden PAS, Haji Hadi Awang. PAS kali ini mahu bertanding sendirian tanpa pertolongan Pakatan Harapan. Malah selama ini pun jentera PAS yang buat kerja untuk calon PKR yang menyebabkan PAS yakin mereka mampu menang secara sendirian tanpa pertolongan Pakatan Harapan.
Dalam menghadapi pembangkang, Razif perlu mengekalkan calon mesra rakyat tanpa mengambil kira calon itu penyokongnya atau tidak kerana yang penting BN mahu mengekalkan kuasa. Jika Razif mampu memberi keputusan yang lebih baik dari Ahmad Said, ini bermakna selama ini BN Terengganu terumbang ambing bukan kerana rakyat menolak BN tetapi rakyat menolak Ahmad Said dalam PRU yang lepas.
Wednesday, September 21, 2016
PEMBANGKANG TIADA CALON PM, KATA KUASA
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pembangkang gagal untuk menampilkan calon Melayu yang dipandang layak untuk menjadi perdana menteri, kata sebuah badan pemerhat
i politik dan pertubuhan bukan kerajaan, KUASA.
Ketua Eksekutif KUASA, Praba Ganesan berkata akibat ketiadaan calon itu, pembangkang berkemungkinan besar akan kehilangan undi di Perak dan Selangor.
Kesimpulan ini berasaskan kaji selidik yang dijalankan KUASA pada Ogos melibatkan lebih 1,200 orang di Selangor dan Perak, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Praba berkata: "Pembangkang tidak ada orang yang mempunyai kredibiliti untuk dicalonkan sebagai perdana menteri. Isu ini sangat penting dalam kalangan pengundi.
"Beberapa kawasan yang diramalkan kehilangan undi berkaitan isu ini ialah Kota Damansara, Dusun Tua dan Bangi di Selangor."
"Melihat kepada perkembangan semasa, PAS kini tidak sehaluan dengan PKR.
PAS boleh mendakwa bahawa polisi yang dilaksanakan PKR terhadap orang Islam tidak bagus, maka ia pasti memberi kesan ketara di kawasan yang mempunyai penyokong besar PAS seperti Sepang, Dengkil dan Tanjung Sepat di Selangor.
"Di Perak, situasinya adalah sama kerana masyarakat Melayu di negeri itu akan memberi perhatian terhadap calon pemimpin daripada kalangan Melayu.
"Justeru, DAP mungkin tidak akan berjaya meyakinkan pengundi Melayu di Perak kerana Parti Amanah Negara dan PKR pasti menghadapi kesukaran mendapat undian orang Melayu untuk melawan UMNO dalam pilihan raya kelak tanpa jalinan kerjasama dengan PAS," kata Praba.
Beliau berkata Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu yang beragama Islam walaupun tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjawat jawatan itu.
Mengenai kaji selidik dijalankan KUASA selama 14 hari itu, Praba berkata ia membabitkan 1,287 responden - 885 daripada mereka Melayu, 205 Cina, 162 India dan 35 bangsa lain.
"Tinjauan mendapati majoriti responden memberi keutamaan tinggi terhadap calon Melayu sebagai perdana menteri. Selain itu, KUASA mendapati pembangkang gagal menyelesaikan isu-isu semasa dengan berkesan," katanya.
KUASA mendapati pembangkang bukan sahaja gagal menyelesaikan isu semasa tetapi mengamalkan budaya menuding jari dan menyalahkan sesama mereka, katanya.
-- BERNAMA

Tuesday, September 20, 2016
UMNO MINTA SPR KAJI SEMULA SEMPADAN BUKIT KATIL
MELAKA, 20 Sept (Bernama) -- UMNO Bahagian Bukit Katil hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula cadangan persempadanan semula untuk kawasan Parlimen dengan nama yang sama.
Ketua UMNO bahagian itu Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini kerana persempadanan semula dicadangkan itu akan membawa keluar pusat daerah mengundi (PDM) Bachang dan Peringgit ke kawasan Parlimen Kota Melaka.
"Sekiranya ini berlaku Parlimen Bukit Katil yang kini mempunyai kira-kira 105,000 pengundi akan kehilangan lebih 10,000 pemilih berdaftar di kedua-dua PDM itu," katanya dalam sidang akhbar di Bandar Hilir di sini hari ini.
Mohd Ali yang juga anggota Dewan Negara berkata UMNO juga akan mencadangkan kepada SPR untuk menambah dua atau tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu dalam kajian persempadanan semula kawasan tersebut.
Pada masa ini, Parlimen Bukit Katil mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bachang, Ayer Keroh, Bukit Baru dan Ayer Molek.
Pada pilihan raya umum 2013, kerusi Parlimen Bukit Katil dimenangi Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR menewaskan Mohd Ali dengan majoriti 5,447 undi.
Telah dilaporkan sebelum ini Parlimen Bukit Katil merupakan kawasan parlimen yang bakal menjadi tumpuan utama dan 'kawasan panas' di Melaka pada pilihan raya akan datang.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap pembangkang yang mendakwa SPR melaksanakan persempadanan semula itu demi kepentingan pihak tertentu.
"Dari dahulu lagi pembangkang akan sentiasa menuduh bahawa ada konspirasi namun apa yang dilaksanakan SPR adalah mengikut peraturan dan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Monday, September 19, 2016
SPR NAFI KAJIAN SEMULA SEMPADAN PILIHANRAYA UNTUNGKAN PIHAK TERTENTU
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan kuasa untuk melulus syor-syor tersebut terletak di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan setiap Anggota Parlimen boleh membahaskannya di Dewan Rakyat kelak.
"SPR ingin menarik perhatian semua pihak mengenai isu ini berikutan pelbagai reaksi daripada banyak pihak yang ingin mendapatkan penjelasan berkaitannya.
"SPR ingin memaklumkan adalah terlalu awal bagi SPR untuk memberi sebarang ulasan kepada umum mengenai tuduhan kepada badan ini (SPR) kerana proses pameran sedang dijalankan dan prosiding Siasatan Tempatan akan dijalankan selepas ini bagi menilai bantahan dan representasi daripada pihak pembantah," katanya dalam kenyataan media di sini, semal am
Beliau berkata mana-mana pihak yang berkelayakan di bawah perundangan dalam membuat apa-apa bantahan atau representasi harus mengambil peluang dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk turut serta dalam perundangan dan bukannya membuat tuduhan melulu terhadap SPR.
"SPR amat mengalu-alukan setiap bantahan dan representasi, namun begitu ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran dan perundangan yang ditetapkan," katanya.
Menurutnya SPR tidak akan membuat kenyataan berkaitan dakwaan yang menyentuh isu kandungan syor tersebut kerana ia masih di peringkat syor.
Mohd Hashim berkata syor-syor yang dipamerkan itu adalah cadangan awal dan bukan muktamad kerana ia perlu melalui proses Siasatan Tempatan dan perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum ia dikuatkuasakan.
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept lalu.
Kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Sunday, September 18, 2016
PM LANCAR KEMPEN MULAKAN HARI ANDA DENGAN MADU
PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan kempen 'Mulakan Hari Anda Dengan Madu' bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia.
Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai 'super food' Malaysia yang pertama.
"Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) kini dalam proses menggariskan satu standard bagi madu kelulut Malaysia supaya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa sebagaimana madu manuka dari New Zealand.
"Standard yang digariskan Mardi juga akan membantu pengguna membezakan madu yang asli dan tidak asli," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen itu.
Najib melihat produk madu kelulut diiringi Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata bagi mempromosikan khasiat dan kebaikan madu kelulut di seluruh negara, program Kelulut Walk akan bermula pada Hari Sukan Negara iaitu 8 Okt depan.
Dalam program Kelulut Walk, seorang pengguna madu kelulut Sabri Ali, 55 akan menjadi duta kelulut dengan berjalan sejauh 2,000 km merentasi 14 negeri selama 50 hari sebagai testimoni kepada khasiat kelulut untuk kesihatan dan kecergasan.
Jelas Ahmad Shabery, Sabri bukan sahaja menggunakan madu kelulut sebagai makanan tetapi merawat kakinya yang melecet atau sebarang luka dengan menyapu madu kelulut.
Sepanjang program Kelulut Walk berlangsung, orang ramai boleh turut sama berjalan dengan Sabri sama ada untuk jarak 10km, 5km atau 1 km, katanya lagi.
Sabri ketika ditemui pemberita berkata sejak mengamalkan madu kelulut sebagai makanan kesihatan tambahan, tahap kesihatan dan kecergasannya meningkat dan beliau tidak perlu terlalu menjaga atau berpantang makan.
Kelulut Walk 2016 dianjurkan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa 2016 yang akan berlangsung dari 1 hingga 11 Dis di Serdang.
-- BERNAMA
Saturday, September 17, 2016
KPT AKAN LANCAR TABUNG PELAJAR MESIR
KUALA LUMPUR 15 Sept. – Kementerian Pendidikan Tinggi akan melancarkan Tabung Pelajar Mesir bagi menangani masalah hutang yuran pengajian yang dihadapi 150 pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi di negara berkenaan.
IDRIS JUSOH
Justeru Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh menyeru rakyat seluruh negara untuk menyumbang kepada tabung tersebut bagi membolehkan pelajar terbabit dapat menamatkan pengajian.
Beliau berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib yang dihadapi para pelajar tersebut yang menanggung hutang kira-kira RM4.5 juta dan berdepan penyingkiran daripada meneruskan pengajian sekiranya gagal menjelaskan tunggakan tersebut.
“Keadaan ekonomi yang mencabar sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi kewangan pelajar dan ibu bapa.
“Sehubungan itu, saya mengambil inisiatif untuk melancarkan Tabung Pelajar Mesir,” katanya dalam kenyataan hari ini yang akan memaklumkan maklumat terperinci dalam masa terdekat.
Sekumpulan pelajar Malaysia persendirian di Mesir sejak Ogos lalu terpaksa melancarkan Projek Hope selepas mereka dibebani dengan masalah hutang pengajian dan kini berdepan risiko disingkirkan daripada universiti, walaupun sudah berada di tahun tiga.
Tanpa sebarang tajaan serta biasiswa, 150 pelajar yang menuntut di lapan buah universiti di Mesir itu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk membayar yuran pengajian berjumlah AS$8,000 (RM33,000) setahun, tetapi malangnya disebabkan masalah kewangan, kos tersebut tidak mampu disediakan
Friday, September 16, 2016
DR HARUN DIN: SATU KEHILANGAN YANG BESAR KEPADA NEGARA
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Setelah sekian lama menghidapi penyakit jantung, Musyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco.
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di sisi anggota keluarganya.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Salleh serta dua orang anak lelaki dan tiga perempuan.
Allahyarham dilahirkan pada 18 Ogos 1940, di Bohor Mali, Kangar, Perlis kepada pasangan guru Al-Quran dan merupakan anak ketiga daripada 10 beradik yang mendalami ajaran Islam.
Selain dikenali sebagai pemimpin PAS, Haron juga terkenal sebagai tokoh pendidik kekeluargaan Islam dan pengamal perubatan Islam.
Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari akibat kanser prostat.
Haron bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 ketika berusia 34 tahun sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).
Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Al-Kuliah al-Islamiah sebelum menyambung pelajaran di Kolej al-Islamiah Klang, Selangor dan Kolej Islam Malaya.
Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan di Universiti Kaherah sebelum menyambungnya di peringkat doktor falsafah dalam jurusan Syariah di Universiti Darul Ulum, Kaherah.
Selepas kembali ke tanah air, beliau kemudian bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam perubatan Islam.
Allahyarham Haron merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') iaitu sebuah klinik rawatan Islam alternatif yang terkenal dalam kalangan umat Islam.
Darussyifa', yang ditubuhkan pada 17 April 1988 di Bangi, kini memiliki lebih daripada lima cawangan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Haron juga pernah dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Syariah di beberapa institusi perbankan termasuk Bank Negara Malaysia, CIMB dan Muamalah Financial Consulting.
Pada 2010, Allahyarham dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 Selangor.
Mempunyai bakat dalam bidang penulisan, Allahyarham telah menulis beberapa buku ilmiah termasuk Manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam dan Hudud dalam Perundangan Islam.

Thursday, September 15, 2016
DR MAHATHIR TAK MINAT BEBASKAN ANWAR
KUALA LUMPUR 15 Sept - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata, agenda yang dinyatakan Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
"Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
"Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr. Mahathir di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55
Ulasan saya, nampaknya Dr mahathir sudah bercanggah pendapat dengan Muhyiddin yasin berhubung dengan pembebasan Anwar Ibrahim. Belum menang sudah bercanggah pendapat, bila menang nanti entahlah apa akan jadi pada parti pembangkang.
Wednesday, September 14, 2016
SUNYI DORONG TERLIBAT DALAM LOVE SCAM
KUALA LUMPUR - Golongan wanita yang mempunyai krisis rumah tangga dan ibu tunggal berusia pertengahan dilaporkan cenderung menjadi mangsa sindiket penipuan 'Love Scam' atau cinta dalam talian yang didalangi lelaki warga asing.
Mendedahkan perkara itu, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata, wanita berusia antara 31 dan 40 tahun direkodkan antara paling ramai terpedaya dengan
Katanya, faktor kesunyian dan masalah rumah tangga tidak harmoni yang sering didepani golongan wanita berkenaan mendedahkan diri mereka menjadi mangsa sindiket tersebut.
Selain itu, beliau berkata individu yang tidak mempunyai masa untuk bersosial dan mencari teman hidup juga berpotensi menjadi mangsa sindiket berkenaan.
"Mereka (anggota sindiket) ini mempunyai 'skrip' atau kata-kata manis untuk memikat dan menjalinkan hubungan cinta sebelum memperdayakan mangsa wanita mereka melalui laman sosial seperti Facebook," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Syafiq Jinuin berkata, berdasarkan profil mangsa, anggota sindiket dilihat tidak mempunyai spesifikasi tertentu, sebaliknya memilih individu secara rambang di alam maya untuk dijadikan mangsa.
Beliau berkata, antara mangsa sindiket ialah golongan profesional seperti doktor, peguam, guru, pensyarah, pegawai bank dan ahli perniagaan.
Katanya sebanyak 5,456 kes penipuan cinta dalam talian melibatkan kerugian lebih RM215 juta telah direkodkan sejak tahun 2013 hingga Ogos tahun ini.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat akaun bank kepada orang yang baru dikenali melalui alam maya serta jangan memberi atau menghantar wang kepada kenalan yang tidak pernah ditemui secara fizikal.
"Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana individu terutama di internet kerana penglibatan dengan sindiket ini dapat memberi kesan ke atas emosi selain mengakibatkan mangsa menanggung beban hutang yang tinggi," katanya. - Bernama
sindiket ini.
Tuesday, September 13, 2016
1,000 ORANG SAKSI SEMBELIH LEMBU SADO
KUALA TERENGGANU, 13 Sept (Bernama) -- Lembu 'sado' seberat satu tan yang disembelih dalam ibadah korban di sini menghasilkan daging yang lebih banyak daripada biasa hingga mampu memberi manfaat kepada 2,000 keluarga.
Proses penyembelihan lembu Charolais berusia tiga tahun itu yang tiga kali lebih besar daripada lembu biasa disaksikan lebih 1,000 orang di tapak penyembelihan berhampiran Masjid Datuk Amar dekat Losong seawal pukul 8 pagi tadi.
Pakej korban lembu itu dijual pada kadar RM2,000 untuk setiap bahagian yang diuruskan oleh Badan Ukhwah Darul Iman (BUDI Losong).
Pengerusinya Zulfadzli Hasan berkata pihaknya memang berhasrat mahu menyediakan lembu yang beratnya 350 kilogram dan ke atas.
"Kawan beritahu saya kalau hendak yang berat lebih 350 kilogram memang ada, tetapi harganya ialah RM16,000 kerana beratnya satu tan.
"Apabila kami pergi berjumpa peladang itu di Telemong, Hulu Terengganu, rupanya peladang itu adalah kawan saya. Dia bermurah hati beri diskaun dan menjualnya pada harga RM13,000 sahaja," katanya kepada pemberita.
Video lembu yang dimuat naik dalam Facebook menerima view sebanyak 7,400 dan ia turut digelar sebagai lembu gergasi dan lembu sado oleh netizen.
Beliau berkata pihaknya menjangka dapat mengagihkan daging korban kepada 1,500 hingga 2,000 keluarga di sekitar Losong dengan agihan seberat setengah atau sekilo bagi setiap bungkusan.
Seorang kakitangan swasta dari Dungun, Wan Muhd Rihdwan Wan Zaki, 37, berkata beliau singgah di Losong untuk memberi peluang kepada dua anaknya melihat sendiri proses penyembelihan lembu korban itu sebelum pulang ke kampung isterinya di Besut.
"Meriah betul rasanya sebab semua orang berpusu-pusu datang hingga menyebabkan kesesakan berlaku di jalan utama. Kami turut merakam video dan gambar sebagai kenangan ibadah korban itu untuk ditunjukkan kepada keluarga kami di kampung kerana peristiwa seperti ini jarang berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Monday, September 12, 2016
SAH HISTERIA BERLAKU DI SEKOLAH DI MARANG
KUALA TERENGGANU - Sesi pembelajaran di sebuah sekolah menengah di daerah Marang pada Khamis, 8 September (kelmarin) terganggu apabila 19 pelajar perempuan dan seorang guru wanita diserang histeria.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, ia dikatakan berpunca daripada seorang pelajar yang tiba-tiba menjerit semasa sesi pembelajaran di dalam kelas sebelum ditenangkan seorang guru yang kemudiannya turut diserang histeria.
Kejadian berlarutan apabila seorang demi seorang pelajar turut menunjukkan perlakuan sama sebagaimana pelajar yang terkena histeria sehingga melibatkan 19 orang pelajar kesemuanya.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin ketika dihubungi
mengakui dan mengesahkan kejadian yang diviralkan di dalam laman Facebook dan juga aplikasi talian WhatsApp itu.
Bagaimanapun, pihaknya belum mengenal pasti punca kejadian yang menyebabkan berlakunya histeria terbabit.
“Ia pada awalnya melibatkan seorang pelajar perempuan tingkatan lima sahaja yang dikatakan mula menjerit, dan seorang guru pula bertindak untuk menenangkan keadaan. Namun guru tersebut juga turut terkena (histeria) dan berjangkit kepada pelajar-pelajar lain pula.
“Walau bagaimanapun, keadaan terkawal (histeria) apabila ustaz dan para guru di sekolah tersebut segera membaca ayat-ayat Al-Quran sebagai ikhtiar menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, pelajar-pelajar dibenarkan pulang kira-kira jam 12 tengahari dan dijemput ibu bapa masing-masing.
Katanya, bagi mengelak kejadian makin parah, pihak sekolah turut mengadakan solat hajat pada hari kejadian.
SENIWATI HASHIMAH YON BUAT KORBAN DI KUALA NERUS
KUALA NERUS 12 Sept. - Seniwati Hashimah Yon, 77, dari Singapura menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban di sini, hari ini.
Beliau tiba di sini Jumaat lalu bersama 59 pelancong lain Singapura bagi menyertai program ibadah korban anjuran anak syarikat Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Sdn. Bhd., beserta sebuah syarikat pelancongan daripada Singapura.
Beliau yang membahasakan dirinya sebagai nenek berkata, beliau bersyukur kerana dapat melaksanakan ibadah korban di sini selain dapat melepaskan rindu untuk melawat Terengganu.
"Kali terakhir nenek datang ke sini ialah 50 tahun lalu. Banyak perkara yang nenek rindukan tentang Terengganu terutama penyunya.
"Kebetulan kawan nenek kata ada pakej pelancongan ibadah korban di Terengganu, jadi kami semua setuju menyertai program ini," katanya yang menjadi pelakon semasa puncak kegemilangan filem Melayu di Singapura seperti filem Nujum Pak Belalang, Anakku Sazali, Singapura Dilanggar Todak dan Megat Terawis.- BERNAMA
Saturday, September 10, 2016
JANGAN SENTIMENTAL DENGAN BEKAS PEMIMPIN
DUNGUN, 10 Sept (Bernama) -- Anggota UMNO diminta tidak terlalu 'sentimental' dan berasa terhutang budi dengan beberapa pemimpin UMNO terdahulu yang kini berpaling tadah.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin tersebut kini bukan sahaja tidak lagi bersama UMNO malah turut bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan UMNO.
"Kita tidak nafikan pemimpin berkenaan satu ketika dahulu banyak berjasa terhadap parti dan kepimpinan negara, namun mereka juga antara pihak yang bersama-sama dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan UMNO.
"Jadi saya harap agar anggota UMNO tidak lagi bernostalgia dengan apa yang mereka lakukan dahulu kerana kini perjuangan sudah berbeza," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Dungun, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Din Adam.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sehubungan dengan itu mahu semua anggota UMNO bangkit mempertahankan UMNO dan menyokong kepimpinan semua ada bagi memastikan parti tersebut dapat meneruskan agenda memajukan negara, agama dan kepentingan bangsa Melayu.
Katanya, tindakan menubuhkan parti baharu yang diterajui bekas pemimpin UMNO tersebut iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan manisfestasi perpecahan kaum Melayu dalam politik di negara ini.
Ini sebahagian daripada agenda pihak pembangkang yang tidak mahu UMNO kuat, kerana mereka sedar kaum Melayu akan terus maju dan kuat jika UMNO terus menjadi parti yang kuat di negara ini.
"Kita percaya hanya UMNO yang mampu membawa bangsa Melayu ke arah mercu kegemilangan. Jadi kuasa yang ada pada kita sekarang ini perlu kita teruskan dan pertahankan," katanya.

Friday, September 9, 2016
DULU TIBAI, SEKARANG CIBAI
23 April 2012,Ibrahim Ali,Presiden Perkasa melancarkan kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI). Kelab itu ditubuhkan oleh bekas bekas PKR demi sedarkan rakyat tentang bahayanya Anwar bin Ibrahim.Murysidul Am Tibai adalah Zahid Mat Arip.
Dalam gimik majlis itu,Ibrahim Ali mengambil rotan dan menibai gambar Anwar Ibrahim sebagai simbolik pelancaran kelab Tibai.Dalam majlis itu juga,Ibrahim Ali mengajak semua orang berterima kasih pada Mahathir kerana memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998
.5 September 2016,hanya empat tahun selepas itu,apa yang ditibai oleh Ibrahim Ali dan Mahathir telah bertukar menjadi indah belaka.Benda yang dulu dianggap najis,keji dan jijik oleh mereka kini harum mewangi.
6 September 2016,sehari selepas Mahathir datang bersalam salam dengan Anwar di mahkamah,Ibrahim Ali terus memberikan sokongan kepada tindakan Mahathir berjumpa dengan Anwar Ibrahim.Sokongan Ibrahim Ali telah didedahkan oleh satu blog.
10 Ogos 2012,Mahathir pernah tibai Anwar dalam satu ceramah di Masjid Tok Bandar,Baling. Mahathir kata : "Kalau nak bersatu,takkan badan besar masuk serpihan.Yang serpihan yang kena kembali pada asal.Ada orang (Anwar Ibrahim) nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan UMNO untuk dapatkan sokongan bagi diri dia.Dia (Anwar) fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat".
Ayat yang diungkap Mahathir ini telah makan dirinya sendiri sekarang.Mahathir sendiri mewakili parti serpihan baru iaitu Pribumi datang mengadap berjumpa Anwar Ibrahim,Ketua Umum PKR di mahkamah.

Kalau hendak nyatakan sokongan denga apa yang dibawa oleh Anwar di mahkamah,tidak perlu pun hadir ke mahkamah.Ini bermakna,Mahathir sudah mahu "cium mulut"balik dengan Anwar Ibrahim demi untuk jatuhkan Datuk Seri Najib,UMNO dan Barisan Nasional.Sebagaimana Mahathir "cium mulut" balik dengan Kit Siang setelah bertahun tahun memanggil bapa Guan Eng itu sebagai orang rasis nombor satu.Demi untuk memuaskan hati kroni,demi kuasa dan kepentingan,Mahathir sudah sanggup Mempercayai Apa Sahaja Cakap Anwar Ibrahim (MACAI).
Mungkin hayat Mahathir disimpan panjang oleh Tuhan untuk menunjukkan kebenaran sebenar kepada rakyat.Yang bermatian dan separuh mati berguling atas jalan menuntut reformasi bersama Anwar Ibrahim,kini marah dan memaki Anwar Ibrahim.Yang bersungguh pertahankan Mahathir selama 18 tahun ini juga rasa diperdaya dan "dikencing" oleh bapa Mukhriz itu.Dulunya individu itu mereka TIBAI,kini orang yang sama mereka Cium Individu Bernama Anwar Ibrahim (CIBAI).
"Political animal" itulah ayat sesuai untuk Mahathir dan Anwar sebagaimana yang disebut oleh Zainuddin Maidin.Mereka berdua,dua kali lima sahaja.Dua dua tidak boleh pakai.
(dipetik dari Badutrakyat.blogspot.my)

Thursday, September 8, 2016
RAJA BAHRIN JENIS MUKA TAK MALU
Nampaknya ada usaha untuk mendesak ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin untuk meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen. Apatah lagi beliau menangi kerusi tersebut pada tahun 2013 atas tiket PAS. Kini beliau telah menyertai Amanah maka sewajarlah beliau meletakkan jawatan kerana kerusi itu dimenangi atas tiket PAS.
Tetapi oleh kerana beliau muka tak malu, maka beliau buat muka sardin menjadi ahli parlimen Amanah. Amanah belum tentu dapat sambutan di Terengganu maka kemungkinan beliau tidak akan menang pada PRU yang akan datang dalam pertandingan tiga penjuru antara BN dengan PAS dengan Amanah.
Raja Bahrin telah mengkhianati undi yang diberi oleh penyokong PAS. Maka sewajarlah pengundi PAS menghukum Raja Bahrin pada PRU akan datang. Walaupun kempen ini berjaya mengumpul banyak sokongan, tetapi Raja Bahrin tidak mungkin meletakkan jawatan. Dia akan kekal di situ sehingga PRU akan datang. Maka bersabarlah penyokong PAS menunggu tarikh hari pengundian tiba. Selaku Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Bahrin mungkin tidak bertanding kerusi parlimen sebaliknya bertanding kerusi DUN Batu Buruk. Jika Pakatan Harapan menang, beliaulah bakal MB Terengganu. Mampukah beliau menang di Batu Buruk dan dinobatkan sebagai MB baharu? Sama samalah kita tunggu.
Wednesday, September 7, 2016
INI JANJI BN, WALAU DI MANA BERADA, KEBAJIKAN RAKYAT TETAP DIUTAMAKAN
Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Halina Zakaria semalam 7 September mendapat peluang khas awal pagi (Subuh) bagi mengucup Hajarul Aswad dengan kawalan khas oleh pihak tentera Arab Saudi untuk pemimpin utama Terengganu.
Ahmad Razif melahirkan rasa syukur kepada Allah (Alhamdulillah) di atas peluang khas yang diberikan kepada beliau.
Sebelum itu, Haji Ahmad Razif juga diberi peluang khusus oleh pihak tentera Arab Saudi bagi mengadakan solat di Hijir Ismail.
Ia adalah suatu penghormatan yang tinggi kepada pemimpin utama negeri Terengganu itu.
Ia adalah suatu penghormatan yang tinggi kepada pemimpin utama negeri Terengganu itu.
Terima kasih kepada Pengerusi Tabung Haji dan krew serta pihak tentera Arab Saudi yang mempermudahkan urusan kami (Ahmad Razif dan isteri Puan Halina) dengan kemudahan itu,’ kata Ahmad Razif.
Keadaan batu mulia ini di hari kiamat sebagaimana dikisahkan dalam hadis,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى الْحَجَرِ « وَاللَّهِ لَيَبْعَثَنَّهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَهُ عَيْنَانِ يُبْصِرُ بِهِمَا وَلِسَانٌ يَنْطِقُ بِهِ يَشْهَدُ عَلَى مَنِ اسْتَلَمَهُ بِحَقٍّ »

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda mengenai hajar Aswad, “Demi Allah, Allah akan mengutus batu tersebut pada hari kiamat dan ia memiliki dua mata yang bisa melihat, memiliki lisan yang bisa berbicara dan akan menjadi saksi bagi siapa yang benar-benar menyentuhnya”
(HR. Tirmidzi no. 961, Ibnu Majah no. 2944 dan Ahmad 1: 247. Abu Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadis ini hasan dan Syaikh Al Albani menshahihkan hadits ini).
Sementara itu Ahmad Razif Abd Rahman yang kini berada di Mekah menunaikan fardhu haji berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu, khususnya di maktab-maktab penempatan jemaah haji.
Ahmad Razif bersama isteri Halina Zakaria semalam telah melawat Maktab 90, salah satu penempatan jemaah haji dari Malaysia, termasuk Terengganu.
Beliau membuat lawatan itu bersama sama dengan Pengerusi Tabung Haji,Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahim.
'Alhamdulillah, sebelah pagi tadi saya bersama Datuk Seri Azeez Rahim telah melawat Maktab 90 dan Hospital Tabung Haji. Saya sempat berjumpa dengan jemaah dari Terengganu," beritahu Ahmad Razif.
Ahmad Razif dan isteri, Puan Halina melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu dan bertanya khabar tentang keadaan jemaah berkenaan.
Semalam juga Ahmad Razif dan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron turut menyertai Pengerusi Tabung Haji melawat jemaah haji yang sakit di Pusat Rawatan TH Shisha.
Ahmad Razif bersama isteri berlepas ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan fardhu haji melalui pihak Tabung Haji pada 4 September baru baru ini.
Menteri Besar memberitahu, pada hari ini beliau bercadang hendak melawat guru Sekolah Kompleks Gong Badak, Cikgu Nara bin Sidek yang dimasukkan ke Hospital King Faisal Mekah kerana sakit.
Beliau berkata, pada hari ini juga beliau akan melawat keluarga jemaah haji dari Kuala Terengganu yang baru kehilangan suami yang meninggal dunia di Mekah di hotel Abraj Janadriyah.
Tuesday, September 6, 2016
JANGAN MELATAH KHAIRUDDIN
Saya hairan kenapa bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan melatah apabila Idris Harun, Zainudin Maidin, Nazri Aziz, Salleh Said mengulas pertemuan romantik di antara Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim kelmarin.
Katanya, jangan jaga tepi kain orang. Yang peliknya dia jaga tepi kain pemimpin Umno boleh pulak. Apabila pemimpin Umno kritik pemimpin mereka, tak boleh pula. Di manakah keadilan yang kamu perjuangkan?
Para pemimpin Umno berhak mengulas bekas pemimpin mereka yang sudah berada di luar Umno kerana mereka lihat pertemuan semula Dr Mahathir dengan Anwar itu nampak janggal. Dahulu Mahathir yang atur konspirasi menjatuhkan Anwar kerana bimbang Anwar menentang Dr Mahathir bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan 1999.Kini anwar menyambut pula salam Dr Mahathir. Nampak sangat mereka berdua terlalu terdesak sehingga terpaksa bergabung untuk menentang Najib Razak.
Malah Khairuddinlah yang menaja buku "50 Dalil Kenapa Anwar Tak Dapat Jadi PM" yang menjadi punca kejatuhan Anwar Ibrahim. Apabila Anwar membuat laporan polis terhadap buku itu, orang yang disebut dalam buku itu pula yang ditahan polis iaitu Datuk Nala.Sepatutnya penulis buku yang ditahan polis. Dah terbalik kerana ia adalah arahan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Anwar.
Khairuddin ingat Anwar dapat maafkannya kerana Khairuddinlah punca Anwar terpelanting dari jawatan TPM. Kakinya sudah melangkah untuk naiki tangga PM, tiba tiba Khairuddin membantutkan langkah Anwar. Adakah Anwar sudah lupa walaupun Khairuddin adalah sepupu Anwar?
Kita bukannya tak suka Dr Mahathir berbaik semula dengan Anwar. Baguslah mereka berbaik semula. Tetapi kita lihat Dr Mahathir tak ikhlas bersalam dengan Anwar. Jangan harap Dr Mahathir akan menyokong Anwar untuk jadi PM apabila keluar dari penjara kelak. Anwar akan tertipu lagi oleh Dr Mahathir. Sehubungan dengan itu pemimpin Umno merasakan ketidakikhlasan Dr Mahathir yang menjadi punca mereka mempersenda pertemuan semula Dr Mahathir dengan Anwar.
Mereka sudah kenal siapa Dr Mahathir. Oleh itu jangan hairan Anwar akan terkena lagi dengan Dr Mahathir jika Anwar menjalin semula persahabatan dengan orang yang tidak ikhlas ini. Para pemimpin Umno bukannya membuat komen secara membuta tuli sebalaiknya mereka sudah kaji siapa manusia yang bernama Dr Mahathir ini.
Sehubungan dengan itu Khairuddin tak perlu bimbang dengan komen para pemimpin Umno kerana jika BERSATU kuat, BERSATU yang patutnya mengetuai Pakatan Harapan dan bukannya PKR.

Monday, September 5, 2016
DR MAHATHIR TERHEGEH HEGEH PERLUKAN SOKONGAN ANWAR
KUALA LUMPUR 5 Sept. - “I’m not making peace with him (Saya bukan mahu berdamai dengan beliau).”
Itu kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya pertemuannya dengan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi hari ini.
Dr. Mahathir memberitahu, kehadirannya ke mahkamah hari ini semata-mata untuk mengikuti kes saman Anwar yang memohon pengisytiharan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang berkuat kuasa semalam sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.
“Saya berminat dengan kes ini kerana membabitkan keselamatan negara. Perkara ini ada ditulis dalam blog saya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.
Ketika ditanya sama ada pertemuan kira-kira 20 minit di bilik saksi mahkamah turut membabitkan ‘kisah-kisah lama’, Dr. Mahathir hanya menjawab: “Tiada.”
Itu merupakan pertemuan empat mata kedua-dua individu terbabit selepas 18 tahun pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ketika ditanya sama ada beliau menyokong Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya pembangkang mentadbir negara, Dr. Mahathir menjawab: “Itu terlalu awal.”
Ulasan saya, demi mendapatkan sokongan PKR, Dr Mahathir sanggup mengenepikan dendam peribadi apabila menyokong Anwar dengan menghadiri kes mahkamah Anwar. AdakahAnwar sudah memafkan Dr Mahathir yang memecatnya dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden Umno? Adakah Anwar sudah memaafkan Dr Mahathir yang menangkapnya di bawah ISA?
Nampak sangat Dr Mahathir yang terdesak yang memerlukan sokongan Anwar sehingga terhegeh-hegeh mengikuti majlis bicara Anwar yang menyaman kerajaan mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara.
Semua orang tahu Dr Mahathir memecat Anwar bukan kerana kes liwat tetapi kerana marahi Anwar yang tidak bail out syarikat anaknya, Mokhzani. Sebab itu Dr Mahathir sanggup membuat konspirasi untuk menyingkirkan Anwar dari jawatannya kerana kononnya Anwar tidak bermoral.
Sunday, September 4, 2016
TUJUH PEROMPAK LARIKAN RM1.4 JUTA
KUALA NERUS, 4 Sept (Bernama) -- Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang merompak sebuah pasar raya di Gong Badak, di sini awal pagi tadi menyebabkan kerugian kira-kira RM1.14 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam tempoh empat jam bermula pukul 2.15 pagi itu, suspek telah memecahkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti besi yang terdapat dalam pasar raya terbabit.
Katanya penjenayah berkenaan juga bertindak mengikat keempat-empat pengawal keselamatan sebelum dikurung di dalam sebuah stor berhampiran.

Saturday, September 3, 2016
MB MENUNAIKAN FARDHU HAJI DI MEKAH
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka berangkat ke Mekah pada jam 4.00 pagi Ahad untuk menunaikan fardhu haji. Beliau dijangka pulang ke Malaysia pada 21 September ini.
Di lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud pada jam 3.30 petang tadi, para penyokong beliau telah menghantar beliau dan sempat bersalam dan berpelukan dengan beliau sebelum beliau menaiki penerbangan jam 4.10 petang ke KLIA.
Beliau yang tidak sempat merasmikan Pusat Khidmat Perantau Terengganu T-Cakna di Kampung Baru, Kuala Lumpur petang ini telah mewakilkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong untuk merasmikannya.
TODAY TERENGGANU mengucapkan selamat menunaikan haji kepada beliau dan semoga beliau mendapat haji mabrur.

Friday, September 2, 2016
KEMPEN 1011 UNTUK MENANGI EMPAT PARLIMEN
MARANG, 2 Sept (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) menyasarkan untuk menang di kawasan Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusinya Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar berkata satu modul khas sedang disiapkan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dapat menang di kawasan itu selain mengekalkan kemenangan di empat Parlimen sedia ada.
"Tumpuan kepada empat Parlimen itu dikenali sebagai Kempen '1011' yang mewakili bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi pada pilihan raya lepas iaitu satu di Kuala Nerus, tiada kerusi di Kuala Terengganu dan masing-masing satu kerusi DUN di Marang dan Dungun," katanya menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis persidangan perwakilan Umno Bahagian Marang.
Sementara itu, pemimpin UMNO perlu menonjolkan kesepaduan dalam perjuangan dan bukannya persengketaan supaya ia dicontohi generasi muda, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika merasmikan persidangan perwakilan tersebut.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata dalam keadaan negara yang berdepan dengan pelbagai ancaman keganasan dan kemelut ekonomi, pemimpin juga harus menjadi model yang terbaik dan sentiasa setia dalam satu pasukan.
Katanya, dengan kesepaduan itu, rakyat akan terus menaruh harapan dan kepercayaan bagi membolehkan negara ini diterajui kepimpinan Barisan Nasional.

Thursday, September 1, 2016
MAHKAMAH BEBASKAN DATO ISMAIL YAHYA
Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam melepas dan membebaskan bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu yang didakwa menghina dan mempertikaikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta arahan Sultan Terengganu berhubung penstrukturan semula MAIDAM.
Hakim Syarie Mohd Nazri Yusof membuat keputusan ke atas Datuk Ismail Yahya, 60, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Kes itu merupakan kes pertama seumpamanya di negeri ini dan dalam penghakimannya, Mohd Nazri berkata keterangan beberapa saksi pendakwaan adalah lemah dan dokumen yang diserahkan juga tidak lengkap malah ada saksi penting yang tidak dipanggil.
Mengenai dakwaan bahawa Ismail bertindak menghina MAIDAM melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu Datuk Mazlan Ngah, Mohd Nazri berkata perkataan 'maksiat' yang dinyatakan dalam surat itu hanyalah suatu contoh pandangan daripada ahli fiqh bagi merujuk kepada perbuatan melanggar perintah Allah dan bukannya pendapat peribadi tertuduh untuk menghina MAIDAM.
Tambahnya, surat itu juga jelas ditujukan kepada SUK ketika itu agar menjawab persoalan yang ditimbulkan Ismail dan bukannya mempertikaikan sesuatu.
Beliau juga berpendapat SUK sepatutnya merujuk perkara itu kepada penasihat undang-undang kerana persoalan yang ditimbulkan ialah mengenai penstrukturan semula yang turut membabitkan Mahkamah Syariah.
Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula Mei lalu, pihak pendakwaan memanggil lapan orang saksi termasuk Mazlan dan beberapa pegawai kanan MAIDAM.
Ismail didakwa pada 27 Okt 2013 atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan pada 29 Okt 2012 di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.
Bagi pertuduhan pertama, Ismail didakwa bertindak secara bertulis menghina MAIDAM melalui suatu surat yang dihantar kepada setiausaha kerajaan (SUK) Terengganu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.
Dalam surat itu, kata-kata yang ditulis seperti; "Oleh yang demikian jelas kelihatan bahawa usaha MAIDAM untuk mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya adalah merupakan satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang bertanggungjawab supaya tidak memberi sokongan ke atas usaha sedemikian itu".
Bagi pertuduhan kedua di lokasi dan tarikh yang sama, tertuduh juga didapati bertindak secara bertulis melalui suatu surat yang ditujukan kepada SUK mempertikaikan arahan Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama Islam yang telah mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baharu Institusi Pentadbiran pejabat MAIDAM sebagaimana yang dinyatakan dalam minit mesyuarat MAIDAM kali ke-5 pada 21 Okt lalu.
Antara kata persoalannya; "Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan MAIDAM itu bermaksud mahu mencampuradukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? Seterusnya timbul pula persoalan apakah hukumnya mengikut Hukum Syarak mencampuradukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran?".
Selain itu, tertuduh turut menyoal; "Adakah tindakan MAIDAM yang sedang berusaha dan bersungguh-sungguh mahu meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya itu, bererti tidak mahu mengikuti Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara kita baik pada peringkat negara mahupun peringkat negeri?".
Ismail dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syarie Mustafar Hamzah manakala Ismail diwakili peguam syarie Saadiah Din dan Datin Rubiah Jaafar.
RATING TERTINGGI BAGI BULAN OGOS 2016
Walaupun blog ini masih baru, tetapi seramai 929 orang baca blog ini pada hari pertama amat mengkagumkan. Oleh itu blog TODAY TERENGGANU kian dikenali ramai sejak ia dilancarkan pada awal bulan Ogos lalu.
10 rating tertinggi adalah seperti berikut:-
1. Hormatilah ketua baru dapat bersatu (9 Ogos)
2.Dr Yusri tak kenang budi orang politik (21 Ogos)
3. Siapa dalang di sebalik posting Azizul Hasni? (18 Ogos)
4. BN Terengganu sudah bersiap sedia (27 Ogos)
5. Berdamailah tanpa syarat (10 Ogos)
6. Wahid cadang Uber turunkan yuran perkhidmatan (17 Ogos)
7.Lupakan sengketa dan fokus PRU14 (26 Ogos)
8. Razif ikrar tawan kerusi yang kalah (13 Ogos)
9.Beranikah Ahmad Said bersumpah tak kenal wania dalam video? (13 Ogos)
10. Samiun Salleh ambilalih PMINT (24 Ogos)

Subscribe to:
Posts (Atom)