Saturday, September 16, 2017

TERENGGANU AKAN LAKSANAKAN SEMULA PROGRAM BULAN MADU KELUARGA

KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Bernama) -- Terengganu akan melaksanakan semula program Bulan Madu Keluarga bagi mengenalpasti dan mengatasi pelajar bermasalah di setiap sekolah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata program berkenaan sebelum ini pernah dilaksanakan dengan konsep kekeluargaan menerusi pelbagai program selama tiga hari dua malam.

"Ibu bapa juga menjadi faktor utama dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah anak-anak, oleh itu kita jemput mereka sekali dalam melaksanakan misi ini, kita akan panggil pakar-pakar motivasi seperti kaunselor-kaunselor daripada Jabatan Pendidikan Negeri bagi memberi kaedah dan cara mengatasi permasalahan.

"Alhamdulillah pada masa itu kita telah buktikan di mana indeks permasalahan pelajar turun kerana program ini dan keputusan peperiksaan juga naik mendadak? kita tidak minta pelajar ini menjadi cerdik tapi jika mereka tidak menimbulkan masalah kepada sekolah secara automatik gerak kerja sekolah akan meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Resepsi Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana 2017 di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment