Thursday, September 14, 2017

90 RIBU ORANG LAWAT TASIK KENYIR SEJAK PELANCARAN ZON BEBAS CUKAI TASIK KENYIR

KUALA BERANG, 14 Sept (Bernama) -- Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir mencatatkan jualan sebanyak RM1,743,495 selepas sebulan dilancarkan bulan lepas, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Bagi tempoh dari 10 Ogos hingga 10 Sept itu, beliau berkata seramai 90,050 orang telah mengunjungi Tasik Kenyir.

"Ia satu permulaan yang cukup baik kerana Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir masih belum beroperasi sepenuhnya..apabila kompleks tersebut siap, perniagaan akan berkembang lebih pesat dengan ruang niaga dan produk yang lebih banyak daripada sekarang.

"Suntikan baharu ini juga meningkatkan kunjunga pelancong ke Tasik Kenyir iaitu seramai 269,512 orang bermula Januari hingga Jun tahun ini. Terdapat peningkatan sebanyak 8.32 peratus berbanding 247,089 pengunjung pada tempoh sama tahun lepas," katanya ketika berucap merasmikan Festival Kenyir 2017 di sini, Khamis.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Omar Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Komunilasi Multimedia dan Tugas-tugas Khas merangkap ADUN Ajil, Ghazali Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perindustrian merangkap ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang

No comments:

Post a Comment