Tanpa disedari KK sudah berusia satu tahun. Ramai yang takut dengan kemunculan KK seolah-olah KK adalah satu badan politik pula. Dalam masa setahun pelbagai program telah dianjurkan oleh KK.
Kemuncaknya satu program yang mahu dianjurkan oleh KK telah dibatalkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) empat bulan lepas yang menyebabkan program itu dipindahkan ke Gong Badak, Kuala Terengganu.
Betapa bisanya KK yang menyebabkan MPK pun takut. Semalam sebenarnya bukan majlis sambutan hari jadi KK di Mydin Bistro Corner di Chukai tetapi ia adalah majlis meraikan kemenangan tanpa bertanding anak penaung KK, Along atau Mohd Hazarul Ifdaz sebagai perwakilan G7 ke perhimpunan agung Umno Disember ini.
Dua orang calon (Faiz dan Fauzi Adam) tarik diri di saat saat akhir menyebabkan calon nombor 9, Along menang sedangkan ada penyelaras DUN berkempen supaya mengundi calon nombor 1 hingga nombor 7 sahaja.
KK berkempen habis habisan supaya Along menang kerana ia melibatkan maruah KK. Along kalah maka kalahlah KK. Along menang maka menanglah KK. Syukurlah dua calon menarik diri kerana gelombang KK amat kuat di kalangan perwakilan untuk memenangkan Along sebagai G7.
Along pernah mencatat sejarah sebagai perwakilan paling muda memenangi G7 pada tahun 2012. Oleh itu semalam ahli ahli KK berkumpul di restoran tersebut untuk meraikan kemenangan Along. Tahniah Along. Tahniah KK di atas ulangtahun kelahiran yang pertama. Semoga KK terus memberi idea untuk membangunkan Kemaman.
No comments:
Post a Comment