Tuesday, September 26, 2017

PENGELUARAN BERAS CAPAI 72 PERATUS TAHAP SARA DIRI

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pengeluaran beras negara kini mencapai 72 peratus tahap sara diri bagi menampung keperluan rakyat, kurang lapan peratus daripada sasaran 80 peratus, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sasaran 80 peratus itu sememangnya sudah memadai kerana baki tidak memilih beras tempatan.

"Anggaran kira-kira 80 peratus sudah memadai. Sudah tentu dalam mana-mana negara pasti ada 10 hingga 15 peratus daripada rakyatnya tidak memilih beras tempatan, bergantung kepada cita rasa mereka seperti beras Siam, beras wangi dan sebagainya.

"Jika tahap sara diri adalah 100 peratus, ke manakah kita boleh hantar lebihan keluaran yang tidak digunakan itu? Jika kita hendak eksport ke negara lain, adakah beras kita ini kompetitif untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Padi Kebangsaan 2017, dekat s

Sehubungan itu, katanya, pengeluaran beras tempatan perlu ditingkatkan untuk mencapai sasaran 80 peratus itu dan menambah kata pengeluaran padi negara meningkat daripada 1.9 juta tan pada 1990 kepada 3.5 juta tan tahun lepas.

No comments:

Post a Comment