KUALA TERENGGANU, 27 Sept (Bernama) -- Pelajar lepasan universiti awam atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang masih menganggur dipelawa menyertai latihan di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP).
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui program itu, tujuh bidang latihan ditawarkan kepada mereka yang berminat iaitu pengurusan, pertanian, pembinaan/pembuatan, usahawan, pelancongan, perikanan dan penternakan.
"Mereka yang terpilih mengikuti program ini nanti akan ditempatkan di bawah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri (GLC) dalam tempoh enam bulan dengan pemberian elaun sebanyak RM1,000 sebulan.
"Jadi, kita pelawa graduan agar membuat permohonan berdasarkan minat mereka untuk memilih mana-mana tujuh bidang yang ditawarkan itu dan permohonan terbuka kepada semua anak negeri berusia 20 tahun ke atas mulai 1 Okt," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembayaran dividen dan perkongsian keuntungan oleh Kumpulan TDM Berhad kepada agensi-agensi kerajaan negeri di sini Rabu.
Ahmad Razif berkata program TGTP itu akan diuruskan oleh Kolej Pusat Pembangunan dan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) dengan kerjasama GLC negeri.
"Objektif program ini ialah untuk memberi latihan kemahiran kepada siswazah menganggur agar mereka dapat menimba pengalaman bekerja di mana-mana syarikat milik kerajaan negeri mahupun swasta.
"Sekiranya mereka menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, sudah pasti mereka akan diserap sebagai petugas tetap di syarikat itu nanti, dan inilah matlamat kita dalam aspek menyediakan peluang pekerjaan kepada anak Terengganu," katanya.
Selain pekerjaan, dua fokus utama kerajaan negeri ketika ini ialah meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat, dan menyediakan pemilikan rumah yang selesa untuk rakyat Terengganu.
Sehubungan itu, mana-mana graduan yang berminat menyertai TGTP boleh melayari portal http://tgtp.terengganu.gov.my/ untuk maklumat lanjut, katanya.
-- BERNAMA
Saturday, September 30, 2017
Wednesday, September 27, 2017
PENDAPATAN TDM MENINGKAT RM428.5 JUTA
KUALA TERENGGANU: Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatat rekod bayaran dividen dan perkongsian keuntungan berjumlah RM4,724,270.80 juta kepada agensi kerajaan negeri iaitu Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAW), Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi keuntungan yang diperoleh dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pembayaran itu dibuat berdasarkan peningkatan hasil pendapatan Kumpulan TDM Berhad sebanyak RM428.5 juta berbanding sebanyak RM380.8 juta pada tahun 2015 iaitu meningkat sebanyak 13 peratus.
‘Peningkatan dalam prestasi kewangan didorong terutamanya dari bahagian perladangan yang mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM245.9 juta berbanding jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM215.6 juta. Ini kerana, harga jualan minyak sawit mentah ( “MSM”) dan isirong sawit ( “PK”) yang lebih tinggi di mana harga jualan MSM meningkat sebanyak 23%, manakala harga jualan PK meningkat sebanyak 43%’.
‘Bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM182.7 juta bagi FY2016, 11% peningkatan berbanding jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM165.2 juta’.
‘Seiring dengan prestasi kewangan bagi FY2016, pemegang saham telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham. Dasar Dividen TDM Berhad adalah membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan bersih tahunan yang disatukan selepas cukai serta setelah mengambil kira kepentingan pihak minoriti’, katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Keuntungan Kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan MAIDAM serta penyampaian dividen kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri oleh TDM di Wisma Darul Iman hari ini.
Hadir sama Pengerusi TDM Berhad Datuk Wan Nawawi Haji Wan Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan TDM Datuk Mohamat Muda.
Menurut beliau sebanyak RM 4,724,270.8 juta dividen dibayar kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAW) dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd.
‘Sebanyak RM2,040,027.00 juta telah dibayar kepada LTAW dan RM249,277.00 kepada Maidam sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usahasama’.
‘Kedua-dua agensi ini masing-masing mempunyai tanah ladang kelapa sawit seluas 1,336 dan 756 hektar yang dibangunkan TDM Berhad. Perjanjian usahasama ini telah terjalin semenjak tahun 1996 dan 1997’ tambahnya.
Tuesday, September 26, 2017
PENGELUARAN BERAS CAPAI 72 PERATUS TAHAP SARA DIRI
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Pengeluaran beras negara kini mencapai 72 peratus tahap sara diri bagi menampung keperluan rakyat, kurang lapan peratus daripada sasaran 80 peratus, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata sasaran 80 peratus itu sememangnya sudah memadai kerana baki tidak memilih beras tempatan.
"Anggaran kira-kira 80 peratus sudah memadai. Sudah tentu dalam mana-mana negara pasti ada 10 hingga 15 peratus daripada rakyatnya tidak memilih beras tempatan, bergantung kepada cita rasa mereka seperti beras Siam, beras wangi dan sebagainya.
"Jika tahap sara diri adalah 100 peratus, ke manakah kita boleh hantar lebihan keluaran yang tidak digunakan itu? Jika kita hendak eksport ke negara lain, adakah beras kita ini kompetitif untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Padi Kebangsaan 2017, dekat s
Sehubungan itu, katanya, pengeluaran beras tempatan perlu ditingkatkan untuk mencapai sasaran 80 peratus itu dan menambah kata pengeluaran padi negara meningkat daripada 1.9 juta tan pada 1990 kepada 3.5 juta tan tahun lepas.

Monday, September 25, 2017
WARGA TM YANG HAMIL BOLEH BALIK SATU JAM LEBIH AWAL
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk warga kerja Telekom Malaysia Berhad (TM) termasuk berkaitan cuti,
pendidikan dan kesihatan dalam usaha memenuhi indeks kebahagiaan mereka.
Perdana menteri berkata insentif berkenaan diberikan pengurusan syarikat telekomunikasi itu supaya kakitangannya sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas.
"Jika ada warga TM yang mengandung (misalnya), mereka boleh balik satu jam lebih awal daripada biasa. Pelepasan itu adalah sesuatu yang inovatif," katanya ketika berucap pada Sesi Jom Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Selain itu, Najib berkata warga TM turut diberi cuti ihsan untuk menguruskan hal keluarga seperti kelahiran cucu dan untuk membawa ibu bapa dan anak menjalani rawatan kesihatan.
"Bagi warga 'senior' yang baru mendapat cucu, kita khaskan tujuh hari untuk mereka melawat cucu. Ini agak menarik," katanya.
Najib turut mengumumkan insentif rawatan pergigian dan perubatan kepada kakitangan eksekutif bernilai antara RM500 ke RM700 manakala bukan eksekutif antara RM250 dan RM500.
Untuk manfaat pendidikan pula, warga TM berhak mendapat biasiswa daripada syarikat berkaitan kerajaan itu.
"Bagi mereka yang ada anak menuntut di MMU (Universiti Multimedia Malaysia), mereka layak mendapat diskaun pinjaman pendidikan sebanyak 35 peratus.
"Bagi pelajar yang mendapat keputusan dengan kepujian kelas pertama pula, bayaran pinjaman akan dikecualikan," katanya.
Dalam ucapannya, Najib turut melahirkan penghargaan kepada TM terhadap kejayaan melaksanakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan sumbangan terhadap pembangunan industri telekomunikasi negara.

Sunday, September 24, 2017
20 PENDAKI BAKAL TAWAN GUNUNG LATIMOJONG DI SULAWESI SELATAN
KUALA TERENGGANU, 23 Sept (Bernama) -- Seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 Sept hingga 6 Okt ini.
Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) itu turut disertai wakil Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi, di Sulawesi Selatan, setinggi 3,487 meter itu pada 3 Okt ini.
Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua kerajaan ini.
Katanya secara tidak lansung ia juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya wilayah Sulawesi Selatan.
Ahmad Razif berkata ini adalah satu lagi transformasi, iaitu misi yang akan membawa nama Terengganu ini, julung kali dianjurkan dan menariknya aktiviti ini melibatkan peserta dalam kalangan media.
"Kerajaan negeri menyokong dan menyambut baik langkah yang dilaksanakan khususnya pengamal media Terengganu dalam sama-sama membantu kerajaan menaikkan imej Terengganu menerusi pelbagai inisiatif.
"Semoga kembara Terengganu De Latimojong ini dapat menjadi wadah dan memberi impak yang positif dalam jalinan dua hala ini dan mengingatkan pendaki supaya sentiasa mementingkan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Larian Jambatan Sultan Mahmud 2017 di Dataran Batu Buruk, di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman, Rozainah Zakaria berkata ekspedisi ini bertujuaan mewujudkan integrasi silang budaya antara wilayah Sulawesi Selatan dan Terengganu.
"Menerusi ekspedisi pendakian gunung luar negara ini sekali gus mendukung satu daripada lapan prinsip TTB yang berteraskan komitmen tinggi dalam misi dan visi," katanya.
Beliau berkata selain itu menerusi aktiviti seperti ini, ia dapat membantu meningkatkan prestasi, mental dan fizikal sejajar dengan keperluan profesion sebagai wartawan.

Saturday, September 23, 2017
MOA MAHU LAHIRKAN RAMAI JUTAWAN AGRO MAKANAN
KUALA TERENGGANU, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan sektor agro makanan akan menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ketika ini sumbangan sektor agro makanan kepada KDNK negara adalah 3.3 peratus atau RM36 bilion pada tahun 2016.
"Bagi saya ia adalah angka yang kecil kerana kita masih lagi bergantung kepada import dan kita tidak mengeluarkan untuk eksport dalam bentuk yang lebih besar lagi.
"Sebab itu saya bercakap dengan rakan-rakan peladang dan rakan-rakan di kementerian untuk merangka satu rancangan yang lebih besar supaya kita dapat meningkatkan sumbangan ini kepada lima peratus menjelang tahun 2025," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Negeri kali ke-43 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan memberi fokus kepada beberapa bidang baharu yang boleh merealisasikan matlamat lima peratus KDNK itu di samping melahirkan ramai jutawan dalam bidang agro makanan.

Friday, September 22, 2017
100 RIBU RAKYAT TERENGGANU SERTAI GERAH
KUALA NERUS, 22 Sept (Bernama) -- Semua barisan kepimpinan negeri, kakitangan kerajaan negeri, kakitangan syarikat milik kerajaan negeri dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diwajibkan menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras gejala rasuah di peringkat negeri bermula hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penyertaan itu selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu mempertahankan nilai integriti dalam setiap urusan yang dijalankan.
"Saya sendiri bersama barisan kepimpinan negeri, kakitangan kerajaan negeri, syarikat dan badan berkanun serta pengerusi J3K akan menjadi ahli Gerah.
"Kita mahu ia dilakukan segera agar dapat mempercepatkan lagi pembasmian gejala rasuah di negeri ini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Kemah Keming Tolok Rasuah sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar 2017) di Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.
Ahmad Razif berkata beliau juga mahu isteri serta anggota keluarga juga terlibat sebagai ahli Gerah dalam usaha menyokong langkah SPRM membanteras gejala rasuah di kalangan rakyat.
"Jika semua terlibat sebagai anggota Gerah, tidak kurang 100,000 orang rakyat Terengganu yang akan bersama-sama dengan SPRM bagi membanteras gejala rasuah dan ini dapat membantu menangani isu ini dalam waktu yang terdekat,"katanya.

Thursday, September 21, 2017
TRAGEDI KEBAKARAN YANG PALING MENYAYAT HATI SEPANJANG 31 TAHUN BERTUGAS
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Hari ini genap seminggu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalam Keramat hujung di sini. Tragedi yang meragut 23 nyawa Khamis lepas masih menghantui fikiran anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat dan penduduk setempat yang berusaha membantu.
Laungan meminta tolong mangsa serta saat-saat cemas awal pagi itu sukar dilupakan mereka yang melihat tragedi ngeri, yang disifatkan paling buruk selepas kejadian kebakaran Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Kampung Padang Lumat, Yan, Kedah, 28 tahun lalu.
Pegawai bomba Osman Aziz, 25, berkata pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat adalah yang pertama tiba di lokasi kejadian ketika api sedang marak pada kira-kira 5.40 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami terdengar suara meminta tolong di tepi bangunan dan alangkah terkejutnya apabila kami mendapati terdapat lelaki dewasa sedang mendukung kanak-kanak tersangkut pada dinding ketika cuba turun dari bangunan.
"Saya diarahkan memanjat tangga bomba untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Pada masa sama, kami diberitahu ada seorang wanita bersama dua lagi kanak-kanak terperangkap di dalam bangunan, yang berjaya kami selamatkan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Osman berkata operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran itu sungguh mencabar pasukannya berikutan keadaan yang gelap dan berasap tebal.
Berbekalkan alat pernafasan serta lampu suluh, Osman berkata beliau tidak berhenti berzikir dan melaungkan 'Allahu Akbar' apabila menemui mayat pelajar yang terkorban dalam keadaan bertindih dan berkumpul di kiri dan kanan bilik itu.
"Saya tidak dapat menahan sedih kerana terbayangkan adik saya yang belajar di sekolah tahfiz di Marang, Terengganu," katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Suhaimi Abd Shukor yang mengetuai operasi itu memberitahu Bernama, kejadian itu adalah tragedi kebakaran paling menyayat hati yang pernah beliau hadapi sepanjang 31 tahun perkhidmatannya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Saya perlu tetap menguatkan semangat dan berharap semua anggota bomba juga kuat semangat apabila berhadapan kecemasan walaupun terdapat halangan ketika operasi," katanya yang sebak mengenangkan kejadian itu.
Suhaimi juga pernah terlibat dalam beberapa operasi menyelamat yang sukar seperti tragedi runtuhan kondominium Highland Towers pada 1993 dan kejadian enam anggota keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar terbunuh dalam tragedi menyayat hati apabila banglonya dihempap tanah runtuh di Taman Hillview, Ampang pada 2002.
Sementara itu, seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Syazwani, 25, berkata ketika kejadian, beliau sedang bersiap untuk ke tempat kerja sebelum terus bergegas ke pusat tahfiz untuk membantu selepas dimaklumkan oleh jiran.
"Rumah saya dekat dengan pusat tahfiz, apabila tiba saya tergamam dan memang api sangat marak, saya dengar mereka meminta tolong. Ada penduduk setempat cuba membantu tetapi tidak dapat kerana api marak dan sangat bahaya," katanya.
Syazwani berkata tragedi itu memberi kesan mendalam terhadap dirinya kerana setiap pagi beliau akan teringat-ingat kejadian berkenaan.
"Saya yang bukan ahli keluarga mangsa juga terkesan, saya harap mereka (ahli keluarga) semua tabah menghadapi dugaan ini," katanya.
Seorang lagi penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata kini tiada lagi keriuhan pelajar-pelajar tahfiz itu bermain di sekitar Taman Rekreasi Datuk Keramat.
"Kadang-kadang mereka (pelajar tahfiz) akan keluar 'outing' bersama warden. Memang meriah dan riuh-rendah apabila mereka bermain sekitar taman rekreasi," katanya yang tinggal berdekatan taman rekreasi itu.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati orang awam masih berkunjung ke lokasi itu bagi menzahirkan rasa simpati serta menghulurkan sumbangan.
Peristiwa tragis itu menyentuh hati banyak pihak bahkan ramai tampil memberi sumbangan, termasuk orang bukan Islam yang dilihat menziarahi pusat tahfiz itu untuk melihat sendiri lokasi kejadian.
Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama tersebut dalam tragedi kebakaran 5.15 pagi.
Susulan tragedi itu, tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kesemua remaja berkenaan masih ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
-- BERNAMA
Wednesday, September 20, 2017
DR MASHITAH MENAWARKAN DIRI SEBAGAI CALON DUN KUALA KETIL
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bekas Anggota Parlimen Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sedia bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Kedah pada
Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Mashitah yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) berkata sudah tiba masanya kawasan DUN itu diwakili pemimpin wanita yang mempunyai latar belakang agama kerana kawasan itu banyak menempatkan pusat tahfiz dan pondok di Kedah.
"Insya-Allah, sekiranya diberi peluang saya bersedia untuk bertanding di peringkat DUN untuk mencukupkan kuota calon wanita.
"Saya rasa kita perlu ada wanita-wanita profesional...lebih-lebih lagi Kedah mempunyai institusi-institusi agama jadi memerlukan orang yang mempunyai latar belakang agama yang menerajui, supaya rakyat yakin apabila kita bercakap tentang agama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio di sini hari ini.
Mashitah yang pernah menang kerusi Parlimen Baling pada 2004 berkata usaha untuk memartabatkan peranan wanita iaitu menambah kuota calon sebanyak 30 peratus pada PRU14 telah pun disuarakan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan sudah tiba masanya ia direalisasikan pada PRU14 nanti.
Sejak 2008, DUN Kuala Ketil dikuasai PAS.

INDUSTRI PELANCONGAN BAKAL GANTI MINYAK DAN GAS
BANGKOK, 19 Sept (Bernama) -- Industri pelancongan bakal mengambil alih sektor minyak dan gas sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Terengganu dalam tempoh terdekat menerusi usaha transformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negeri ketika ini pada tahap 10 dan 15 peratus dan akan ditingkatkan ke tahap 30 peratus dan seterusnya 50 peratus.
Ini selaras dengan usaha mengurangkan kebergantungan ekonomi negeri terhadap sektor minyak dan gas daripada 65 peratus pada tahun lepas kepada 40 peratus pada masa depan, berikutan harga minyak dunia yang merudum ke tahap antara US$40 hingga US$50 satu tong ketika ini daripada US$140 satu tong tidak lama dahulu.
Terengganu merupakan antara negeri pengeluar terbesar minyak dan gas negara dengan sumbangan sektor hidrokarbon itu kepada ekonomi negeri pantai timur itu mencecah 85 peratus beberapa tahun lepas.
"Alhamdulillah, tahun lepas kami berjaya kurangkan (sumbangan sektor minyak dan gas kepada ekonomi negeri) kepada 65 peratus dengan 35 peratus daripada hasil-hasil lain. Sekarang ini sasaran saya (mengurangkan sumbangan hasil minyak dan gas) kepada 40 peratus,"katanya.

Tuesday, September 19, 2017
KERAJAAN CADANG WUJUDKAN BANDAR PERIKANAN
KUANTAN, 18 Sept (Bernama) -- Kerajaan bercadang untuk mewujudkan bandar perikanan di dua atau tiga buah jeti pendaratan ikan termasuk di jeti pendaratan ikan di sini menerusi Rancangan
Melaysia Ke-12 (RMK12).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bandar perikanan mampu memberikan nilai tambah kepada jeti pendaratan ikan khusus dalam aspek pelancongan seperti di San Francisco, Amerika Syarikat.
Mengambil contoh jeti pendaratan ikan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan, beliau berkata lokasinya sesuai untuk dibangunkan kerana ia berdekatan bandar dan merupakan jeti kelima paling tinggi dalam jumlah pendaratan ikan.
"Saya akan minta supaya LKIM mengemukakan konsep bandar perikanan supaya boleh dimasukkan dalam RMK12 dan mencari lokasi yang sesuai kerana ia tidak boleh terlalu jauh dari bandar supaya apabila pengunjung datang, mereka tahu ada tempat yang boleh mereka lawat.
"Mereka boleh menikmati makanan laut yang segar, ada tempat untuk membeli makanan ikan yang bagus dan ada pilihan untuk mendapatkan peralatan memancing atau yang berkaitan bot dan industri perikanan di bandar tersebut," katanya.
Ahmad Shabery berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan di Kompleks LKIM di sini Isnin yang turut dihadiri Ketua Pengarah LKIM M Saedon Ab Majid, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif.
Pada majlis itu, Ahmad Shabery mengumumkan peruntukan RM1.73 juta untuk penambahbaikan infrastruktur perikanan di Kompleks LKIM, projek menaik taraf Pasar Nelayan Balok, pembinaan pasar nelayan baharu di Tanjung Agas, Pekan serta pembinaan tukun tiruan di perairan Pahang.
Ahmad Shabery seterusnya memaklumkan Pahang menyumbang sebanyak 120,417.58 tan metrik daripada 381,260 pendaratan ikan laut dalam Malaysia, dengan trend pendaratan ikan meningkat sebanyak 7.4 peratus pada tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya.
"Saya berharap trend peningkatan ini berteruskan sekurang-kurangnya 10 peratus menjelang 2020 dan kerajaan telah memperuntukkan RM300,000 untuk pembinaan tukun di perairan Pahang bagi tujuan itu yang akan memanfaatkan 1,300 nelayan," katanya.
Ahmad Shabery menambah kerajaan juga sentiasa prihatin dan peka dengan permasalahan nelayan kerana menyedari mereka adalah orang penting di sebalik industri perikanan yang bernilai RM13 bilion setahun.
Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan LKIM kepada 740 penerima dari sekitar Kuantan, Bantuan Touch Point LKIM (300 penerima) dan Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan LKIM (67 penerima) yang keseluruhannya berjumlah RM2.752 juta.

Sunday, September 17, 2017
BOMBA BELUM PERIKSA 35 BUAH TAHFIZ LAGI
TERENGGANU, 17 Sept (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sudah memeriksa 12 daripada 47 sekolah pondok dan pusat tahfiz yang berdaftar sepanjang tahun ini.
Pengarah JBPM Terengganu Azlimin Mat Nor menjangka kesemua 47 madrasah itu akan selesai diperiksa sebelum penghujung tahun ini.
"Hasil pemeriksaan di 12 sekolah pondok dan pusat tahfiz itu, kami berpuas hati dengan aspek keselamatan yang menepati piawaian ditetapkan JBPM.
"Cuma ada satu atau dua sahaja yang perlu melakukan penambahbaikan seperti lampu kecemasan di laluan keluar, tanda arah laluan kecemasan dan memastikan semua alat pemadam kebakaran berfungsi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas memeriksa Madrasah Al Rahmah di Kampung Paloh Sungai Kiat di sini, hari ini.
Beliau yang berpuas hati dengan tahap keselamatan kebakaran di madrasah itu turut mengadakan taklimat khas kepada pelajar, warden dan tenaga pengajarnya mengenai langkah pencegahan kebakaran dan pelan kecemasan yang perlu diambil sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.
Ditanya mengenai kesediaan JBPM Terengganu membantu mana-mana sekolah pondok dan pusat tahfiz membuat pemeriksaan tahap keselamatan pula, Azlimin berkata pihaknya sangat mengalu-alukan permohonan seumpama itu.
"Kita sedia memberi khidmat nasihat kepada mereka tanpa mengira sama ada ia telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atau belum.
"Memberi khidmat nasihat dan bimbingan itu memang keutamaan kami, namun ia bukanlah pemeriksaan yang bertujuan memberi sokongan untuk mendapatkan sijil layak menduduki (CF) daripada mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Itu adalah perkara berbeza kerana untuk mendapatkan CF, sekolah pondok dan pusat tahfiz itu mestilah mematuhi kesemua peraturan yang ditetapkan," katanya.
JBPM Terengganu menganggarkan terdapat lebih 200 sekolah pondok dan pusat tahfiz yang beroperasi di seluruh negeri ini dan berharap pengurusan yang masih belum berdaftar dengan pihaknya segera berbuat demikian demi keselamatan pelajar.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Madrasah Tahfiz Al Rahmah, Mustaffa Said, berkata pihaknya lega setelah mendapat kelulusan JBPM Terengganu selain mendaftar dengan Maidam yang akan melancarkan lagi operasi madrasah berkenaan.
"Kami mempunyai 48 pelajar termasuk tujuh pelajar dari Kemboja dan lima dari Vietnam yang dibantu oleh empat tenaga pengajar dan dua warden.
"Kerjasama dengan pihak bomba akan meningkatkan lagi keyakinan pelajar terutama keluarga mereka mengenai tahap keselamatan anak-anak mereka di sini. Kami juga menubuhkan Skuad Bomba seperti yang disarankan kerajaan," katanya.
Di SETIU, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Terengganu Zon 1 Wan Azmi Ahmad berkata sebanyak 47 sekolah tahfiz dan madrasah di negeri Terengganu akan menyertai latihan keselamatan kebakaran di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Wakaf Tapai dalam masa terdekat.
"Kursus sehari ini akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu kelas mengenai aspek keselamatan dan latihan simulasi termasuk cara penggunaan alat pemadam api dengan betul," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di beberapa sekolah tahfiz di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Saturday, September 16, 2017
TERENGGANU AKAN LAKSANAKAN SEMULA PROGRAM BULAN MADU KELUARGA
KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Bernama) -- Terengganu akan melaksanakan semula program Bulan Madu Keluarga bagi mengenalpasti dan mengatasi pelajar bermasalah di setiap sekolah.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata program berkenaan sebelum ini pernah dilaksanakan dengan konsep kekeluargaan menerusi pelbagai program selama tiga hari dua malam.
"Ibu bapa juga menjadi faktor utama dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah anak-anak, oleh itu kita jemput mereka sekali dalam melaksanakan misi ini, kita akan panggil pakar-pakar motivasi seperti kaunselor-kaunselor daripada Jabatan Pendidikan Negeri bagi memberi kaedah dan cara mengatasi permasalahan.
"Alhamdulillah pada masa itu kita telah buktikan di mana indeks permasalahan pelajar turun kerana program ini dan keputusan peperiksaan juga naik mendadak? kita tidak minta pelajar ini menjadi cerdik tapi jika mereka tidak menimbulkan masalah kepada sekolah secara automatik gerak kerja sekolah akan meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Resepsi Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana 2017 di sini hari ini.

MALAYSIA HEBAT. REMAJA 11 TAHUN DAH PANDAI MEMBUNUH
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Tujuh remaja berusia di antara 11 hingga 18 tahun ditahan semalam dan hari ini bagi membantu siasatan kes kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini pada Khamis.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata motif kebakaran pusat tahfiz itu , yang meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar, berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek di antara pelajar tahfiz itu dan pihak luar.
Dalam sidang media tergempar di sini, malam ini, beliau berkata pihak luar itu adalah tujuh suspek berkenaan yang ditahan mulai 6 petang 15 Sept hingga 2.30 pagi 16 Sept.
"(Ada di antara) mereka adalah lepasan sekolah dan tidak bersekolah di sekitar kawasan Datuk Keramat," katanya sambil memberitahu siasatan dilakukan mengikut Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 iaitu melakukan khianat dengan api.
Amar Singh berkata kesemua suspek itu mendakwa membakar pusat tahfiz berkenaan dengan niat tetapi bukan untuk membunuh.
Amar Singh berkata kesemua remaja lelaki itu direman selama tujuh hari mulai hari ini.
Beliau berkata laporan ujian air kencing menunjukkan enam daripada mereka positif dadah dan dua orang mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 148 iaitu merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 379A iaitu mencuri kenderaan.
"Polis telah merampas lima helai baju, lima helai seluar, empat topi keledar dan tiga motosikal. Baju dan seluar akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk menjalani analisis hidro karbon.
"Individu lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang tular merupakan seorang daripada tujuh suspek yang ditahan," jelasnya.
Menjawab soalan berhubung dua tong gas yang ditemui di luar pintu asrama tingkat dua premis itu, beliau berkata: "Semua suspek mengambil dua tong gas itu dari tingkat bawah premis tahfiz dan membawa naik ke tingkat berkenaan (tingkat tiga bangunan tahfiz).
"Siasatan polis turut mendapati adanya bahan yang digunakan untuk mempercepatkan kebakaran."
Amar Singh berkata polis juga sedang menyiasat sumber petrol yang digunakan bagi tujuan mempercepatkan kebakaran pusat tahfiz itu.
Mengenai seorang pelajar tahfiz yang dipanggil membantu siasatan semalam, beliau berkata pelajar itu telah selesai disoal siasat dan didapati tidak terlibat.
Sementara itu, Amar Singh memberi amaran kepada orang awam supaya menghentikan penyebaran maklumat berkaitan fakta kes kebakaran pusat tahfiz itu, yang terburuk dalam dekad ini, kerana ia akan mengganggu siasatan polis dan prosiding, jika kes itu dibawa ke mahkamah.
"Sekiranya masih ada individu yang menyebarkan maklumat tersebut, mereka boleh ditahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan," tegasnya.
Tragedi kebakaran pada 5.15 pagi Khamis lepas, yang mengejutkan banyak pihak, mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan semua pihak mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak peristiwa sama berulang.

Friday, September 15, 2017
MAHDZIR CADANG SELARASKAN SEKOLAH TAHFIZ DI SELURUH NEGARA
KUALA NERANG, 15 Sept (Bernama) -- Kementerian Pendidikan mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau sekolah tahfiz di seluruh negara, melibatkan kerajaan pusat dan negeri.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata buat masa ini, sekolah tahfiz berada di bawah bidang kuasa majlis agama negeri yang diterajui oleh sultan atau yang dipertua negeri selaku ketua agama negeri masing-masing.
Justeru, cadangan perlu mendapat persetujuan sultan atau yang dipertua negeri yang berkenaan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Taklimat Pengurusan Jalinan Rakyat, di sini Jumaat.
Beliau berkata jika jawatankuasa itu dapat ditubuhkan, ia akan berperanan menyeragamkan pendaftaran pelajar serta memantau operasi dan keselamatan pusat tahfiz di setiap negeri.
Mahdzir berkata demikian ketika ditanya tentang kemungkinan meletakkan sekolah tahfiz di bawah kementerianya susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, semalam.
Beliau berkata institusi tahfiz di Malaysia ketika ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah tahfiz yang berdaftar dengan majlis agama Islam negeri dan yang tidak berdaftar dengan mana-mana institusi.
"Pengurusan sekolah ini perlu ada satu kurikulum khusus iaitu pendidikan formal dan pembelajaran tahfiz untuk mendalami al-Quran.
"Misalnya, pelajar sekolah menengah perlu mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia dan dalam masa sama masih meneruskan pengajian tahfiz mereka," katanya.
Dalam pada itu, Mahdzir turut menyelar tindakan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang memuat naik status biadab di laman sosial berhubung insiden tragis semalam dengan mengatakan ia sebagai balasan kepada dosa menteri pelajaran yang tak prihatin'.
"Bila berlaku kejadian macam ini jangan cepat menuding jari salahkan orang itu, orang ini. Sebaiknya zahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dan bukannya memuat naik status merepek di laman sosial," katanya.
--BERNAMA

Thursday, September 14, 2017
90 RIBU ORANG LAWAT TASIK KENYIR SEJAK PELANCARAN ZON BEBAS CUKAI TASIK KENYIR
KUALA BERANG, 14 Sept (Bernama) -- Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir mencatatkan jualan sebanyak RM1,743,495 selepas sebulan dilancarkan bulan lepas, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bagi tempoh dari 10 Ogos hingga 10 Sept itu, beliau berkata seramai 90,050 orang telah mengunjungi Tasik Kenyir.
"Ia satu permulaan yang cukup baik kerana Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir masih belum beroperasi sepenuhnya..apabila kompleks tersebut siap, perniagaan akan berkembang lebih pesat dengan ruang niaga dan produk yang lebih banyak daripada sekarang.
"Suntikan baharu ini juga meningkatkan kunjunga pelancong ke Tasik Kenyir iaitu seramai 269,512 orang bermula Januari hingga Jun tahun ini. Terdapat peningkatan sebanyak 8.32 peratus berbanding 247,089 pengunjung pada tempoh sama tahun lepas," katanya ketika berucap merasmikan Festival Kenyir 2017 di sini, Khamis.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Omar Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Komunilasi Multimedia dan Tugas-tugas Khas merangkap ADUN Ajil, Ghazali Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perindustrian merangkap ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang

Wednesday, September 13, 2017
TERENGGANU BELANJA RM3 JUTA HANTAR PELAJAR KE LONDON
KUALA TERENGGANU, 13 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri membelanjakan lebih RM3 juta bagi menghantar enam anak kelahiran negeri ini mengikuti Program Berkembar Nottingham University di United Kingdom tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata enam pelajar tersebut akan mengikuti bidang farmasi, kejuruteraan elektronik dan elektrikal, nutrisi, pengurusan akaun dan kewangan.
"Kesemua mereka menerima tajaan purata RM500,000 sepanjang pengajian A Level dan doktor falsafah (PHD). Diharap kesemua mereka dapat menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang dan menyumbang pula ke arah pembangunan negeri.
"Mana-mana pelajar anak Terengganu yang memperolehi keputusan cemerlang, hafaz 30 juzuk dan menerima tawaran kemasukan ke universiti yang tersohor juga akan diberi keutamaan menerima tajaan seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar ke United Kingdom (UK) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri, A Latiff Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.
Setakat ini terdapat 308 pelajar sedang menyambung pengajian di luar negara melibatkan tajaan sebanyak RM22,358,691.
Daripada jumlah itu, 92 pelajar menyambung pengajian ke Rusia, Jordan (72), Indonesia (53), United Kingdom (41), Mesir (26), Jerman (17), Australia (dua) dan masing-masing satu di Amerika Syarikat dan Maghribi.
Sementara itu, penerima biasiswa Al wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Muhammad Nur Irfan Mohd Zameri, 20, yang akan mengikuti Program Saintis Islam Terengganu Kohort 1 2017 dengan biasiswa RM854,000 berazam akan melakukan yang terbaik sebagai saintis Islam pertama negeri itu.
"Saya cuba sedaya upaya untuk menyeimbangkan semua aktiviti luar dan dalam kelas agar kekal cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, saya juga akan membaca sehelai-helainya satu muka surat al-Quran setiap hari.

Tuesday, September 12, 2017
FESTIVAL KENYIR PEMANGKIN PELANCONGAN TASIK KENYIR
KUALA TERENGGANU, 12 Sept (Bernama) -- Festival Kenyir 2017 yang akan berlangsung dari 14 hingga 17 Sept bakal menjadi pemangkin pelancongan bagi Tasik Kenyir.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat terutama setelah ia beroperasi sebagai Pusat Bebas Cukai 1 Ogos lepas.
Katanya, antara acara menarik yang disediakan pada festival itu ialah Kenyir Hoping Island menggunakan Kenyir Cruise, aktiviti sukan air, pertandingan house boat berhias, break dance dan sebagainya.
"Pada malam terakhir akan disajikan konsert fiesta D'Kenyir yang akan disertai artis-artis terkenal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka merasmikan festival tersebut pada 14 Sept di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.
"Festival ini adalah usaha terancang kerajaan negeri dan Ketengah dalam mempopularkan lagi Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi perlancongan akua eko yang menggabungkan pelbagai unsur alam semula jadi yang masih terpelihara," kata Omar.

Monday, September 11, 2017
OTHMAN TAK SANGKA ANAK MURIDNYA JADI MB
CHUKAI: Seorang guru, Othman Husin, 84 tahun, tidak sangka anak muridnya menjadi Menteri Besar Terengganu.
Ketika ditemui di Pejabat Daerah Kemaman di sini semalam, beliau tidak sangka Datuk Seri Razif Abdul Rahman masih mengingati wajahnya ketika beliau melawat Kemaman tahun lepas.
Menurut Othman, Razif terus peluk beliau dan berkata, " Cikgu Man!" dan Razif pelawanya minum bersama rombongannya di sebuah kedai makan.
Razif bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail pada tahun 1973 hingga 1974 dalam darjah dua dan tiga ketika ayahnya Ustaz Abdul Rahman menjadi guru pelawat agama Islam. beliau sempat bersekolah di Kemaman selama dua tahun sahaja kerana selepas itu ayahnya ditukarkan ke Kuala Terengganu.
Othman yang mengajar semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris dan Agama Islam masih ingat perwatakan Razif yang aktif di sekolah dan cemerlang dalam pelajaran.
Beliau yang bersara pada tahun 1988 telah menerima anugerah Tokoh Guru peringkat daerah pada tahun lepas. Ketika ditanya apa rahsia beliau panjang umur, Othman berkata kena cukup tidur dan kena jaga makanan.
"Alhamdulilah saya tiada penyakit cuma mata kurang terang tetapi telinga masih mendengar," katanya lagi.
Beliau yang tinggal di rumah murah Kg Besut di sini mempunyai empat anak dan 10 orang cucu.
Dalam pertemuan singkat ini beliau sempat memberi petua supaya kekal muda ketika makan nasi jangan minum air. Selepas habis nasi baru minum air yang mana petua ini boleh menegangkan kulit kita.
"Begitu juga masa mandi jangan terus jirus air di kepala sebaliknya jirus dari bawah ke atas seperti mana amalan Nabi Muhammad s.a.w yang mana kita tidak akan sakit kepala," katanya.
Othman sempat melahirkan hasrat untuk menunaikan umrah jika ada orang yang sanggup menaja umrahnya itu.
"Sebagai guru saya bangga anak anak murid saya ramai yang berjaya seperti Datuk Razif dan seorang doktor yang kini duduk di Binjai," katanya lagi.

Sunday, September 10, 2017
TIADA KOMPROMI TERHADAP PENYEBAR FITNAH
SANDAKAN, 10 Sept (Bernama) -- Tiada kompromi terhadap penyebar fitnah yang memburukkan pemimpin UMNO menerusi laman sosial, tegas Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata pemimpin parti yang difitnah akan diminta membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis sebaik sahaja biro mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Pemain media sosial UMNO tidak akan berdiam diri hanya menyaksikan pihak kerajaan dicaci dan difitnah sebaliknya akan bertindak menyebarkan fakta, katanya pada perasmian Bengkel Teknikal Maya (BTM) peringkat negeri Sabah dan Labuan anjuran Biro IT UMNO Zon Lima di sini, hari ini.
Mengenai penganjuran bengkel itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata bengkel tersebut mengkhususkan ilmu infografik dan video pendek yang bakal diaplikasikan di laman sosial dari sudut positif.
Katanya peserta bengkel diberi panduan agar hanya memuat naik kenyataan atau komen berunsur positif dan mengelak sama sekali menyebar fitnah di laman sosial

Saturday, September 9, 2017
KAMI YAKIN KEKALKAN KUASA KATA RAZIF
KUALA NERUS, 9 Sept (Bernama) -- Situasi politik di Terengganu ketika ini berada pada tahap terbaik kerana semua permasalahan telah berjaya diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu berkata tiada lagi sebarang isu berbangkit dan fokus kini terhadap persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kami sudah selesaikannya secara kekeluargaan... kami mahu bergerak ke hadapan... kami penuh yakin akan dapat mengekalkan kuasa dan menambah bilangan kerusi (pada PRU14)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman semalam yang mahu semua pihak melupakan pergeseran lampau dan terus mengutamakan parti untuk kemenangan PRU14.
Mengenai senarai calon yang bakal bertanding pula, Ahmad Razif berkata ia akan dimuktamadkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan akur dengan pilihan pucuk pimpinan parti.
"Kami tidak kisah siapa pun yang bakal menjadi calon, kami jentera parti bekerja untuk kepentingan parti. Siapa sahaja yang dicalonkan, kami kerja untuk memastikan kemenangan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Razif menyampaikan hadiah bersempena Minggu Sukan Seberang Takir Cikgu Razif Bersama Komuniti di Seberang Takir.
-- BERNAMA
Friday, September 8, 2017
SELAMAT HARI JADI KEMAMANG KITE
Kemamang Kite (KK) adalah grup whatsapp yang diasaskan oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, Dato Mohamed Rahim Husin. Grup whatsapp itu yang mana adminnya ditabdir oleh Mat Dalam Awang genap satu tahun usianya semalam.
Tanpa disedari KK sudah berusia satu tahun. Ramai yang takut dengan kemunculan KK seolah-olah KK adalah satu badan politik pula. Dalam masa setahun pelbagai program telah dianjurkan oleh KK.
Kemuncaknya satu program yang mahu dianjurkan oleh KK telah dibatalkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) empat bulan lepas yang menyebabkan program itu dipindahkan ke Gong Badak, Kuala Terengganu.
Betapa bisanya KK yang menyebabkan MPK pun takut. Semalam sebenarnya bukan majlis sambutan hari jadi KK di Mydin Bistro Corner di Chukai tetapi ia adalah majlis meraikan kemenangan tanpa bertanding anak penaung KK, Along atau Mohd Hazarul Ifdaz sebagai perwakilan G7 ke perhimpunan agung Umno Disember ini.
Dua orang calon (Faiz dan Fauzi Adam) tarik diri di saat saat akhir menyebabkan calon nombor 9, Along menang sedangkan ada penyelaras DUN berkempen supaya mengundi calon nombor 1 hingga nombor 7 sahaja.
KK berkempen habis habisan supaya Along menang kerana ia melibatkan maruah KK. Along kalah maka kalahlah KK. Along menang maka menanglah KK. Syukurlah dua calon menarik diri kerana gelombang KK amat kuat di kalangan perwakilan untuk memenangkan Along sebagai G7.
Along pernah mencatat sejarah sebagai perwakilan paling muda memenangi G7 pada tahun 2012. Oleh itu semalam ahli ahli KK berkumpul di restoran tersebut untuk meraikan kemenangan Along. Tahniah Along. Tahniah KK di atas ulangtahun kelahiran yang pertama. Semoga KK terus memberi idea untuk membangunkan Kemaman.

Thursday, September 7, 2017
PEMBANGUNAN MAMPAN PENTING UNTUK GENERASI AKAN DATANG
PUTRAJAYA: Ramai yang masih keliru dengan pembangunan mampan bukan sahaja agenda alam sekitar malah ia juga untuk kepentingan kesejahteraan komuniti dan juga untuk pertumbuhan ekonomi yang komprehensif.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Borhan Dollah, dalam RMK 11 2016-2020, pertumbuhan hijau adalah anjakan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara dan ia bertujuan untuk melindungi hasil pembangunan dan biodiversiti.
"Sudah menjadi hasrat Transformasi Negara 2050 (TN50) untuk membentuk pembangunan Malaysia yang lebih mampan, " katanya ketika menyampaikan ucaptama di persidangan antarabangsa mengenai pembangunan mampan di sebuah hotel di sini semalam.
Persidangan selama satu hari itu dianjurkan oleh Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) anak syarikat RISDA dihadiri oleh 200 orang peserta dari pelbagai agensi dalam dan luar negara.
Katanya, KKLW akan sentiasa mempastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan sesuai dengan kehendak pembangunan mampan terutamanya dari segi pembangunan komuniti, ekonomi berimpak tinggi dan pendidikan yang berkualiti.
"Justru itu KKLW pada tahun ini akan teruskan inisiatif Transformasi Luar Bandar dengan memberi fokus kepada pelaksanaan projek projek yang "rakyat centric". Ia akan mempastikan komuniti luarbandar dapat faedah daru segi infrastruktur, ekonomi, perumahan dan pendidikan," katanya.
katanya lagi, Malaysia komited untuk mengekalkan biodiversiti negara untuk mempastikan generasi akan datang mendapat akses yang sama terhadap sumber asli seperti generasi sekarang.
"Alam sekitar yang menyokong pertumbuhan hijau akan diperkukuhkan lagi dalam bentuk dasar, pembangunan modal insan dan pelaburan teknologi hijau," tegasnya.
Tambahnya, pertukaran iklim dunia adalah ancaman utama kerana ia akan mmeberi kesan kepada ekonomi dan pembangunan sosial dan meningkatkan jurang perbezaan ekonomi.
Sebaliknya Datuk Borhan menjelaskan bahawa pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna dari pelbagai aspek seperti perancangan bandar, keselamatan makanan dan pertumbuhan ekomi tanpa memberi kesan alam sekitar.
"Semua pihak patut melihat pembangunan mampan sebagai pembangunan yang memberi faedah kepada semua pihak dan tanggungjawab sosial pihak korporat yang berkaitan dengan pembangunan mampan adalah diharapkan dapat menimbulkan kesedaran terhadap betapa pentingnya pembangunan mampan," jelas beliau.
Beliau sempat melontarkan pertanyaan adakah kita sudah mencapai keseimbangan dalam bidang ekonomi, alam sekitar, sosial dan budaya komuniti seperti mana konsep asal pembangunan mampan yang diperkenalkan pada tahun 1987 dalam Laporan Brundtland.
Katanya, dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, ia juga perlu memberi manfaat kepada generasi akan datang.
"Oleh itu pembangunan perlu ada keseimbangan di antara tiga komponen pembangunan mampan," ujarnya lagi.
Persidangan antarabangsa itu membahaskan 20 buah kertas kerja dari pensyarah tempatan dan luar negara yang mana Datuk Borhan berharap dunia yang kita diami ini terus mengekalkan hijau untuk generasi akan datang.

Wednesday, September 6, 2017
AKTA 588 UNTUK KAWAL BERITA FITNAH SUDAH LAMA WUJUD
KUALA BERANG, 5 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata akta khusus telah lama diperkenalkan bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online.
Beliau berkata Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di internet seperti Seksyen 211, (larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (bagi penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian).
"Apa sahaja kesalahan di alam maya adalah kesalahan di alam nyata jadi pengamal media dalam talian atau netizen harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuat naik di portal mereka.
"Bezakan kandungan yang mengkritik dan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu supaya tidak dikenakan tindakan kelak,"katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah GPMS Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera.

Tuesday, September 5, 2017
TAMAN ILMU DI BESUT MULAKAN OPERASI
BESUT, 5 Sept (Bernama) -- Taman Ilmu di sini memulakan operasinya hari ini susulan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) mengambil langkah menyewa dua blok bangunan yang dijadikan
kolej kediaman bagi 1,500 penuntutnya.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata hasil kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bangunan itu telah dibaik pulih untuk digunakan sebagai kolej kediaman pelajar baharu yang melapor diri bulan ini.
"Ini termasuk proses mengubah suai dan mengecat semula dua blok bangunan dengan setiap blok menelan belanja sebanyak RM10 juta.
"Saya berasa bersyukur dan gembira kerana Taman Ilmu yang mempunyai keluasan 750 ekar (kira-kira 300 hektar) itu kini mula beroperasi dan dapat dimanfaatkan oleh penduduk Terengganu seperti objektif utama pembinaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kolej kediaman berkenaan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Naib Canselor UniSZa Datuk Profesor Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latiff.
Ahmad Razif berkata setakat ini kerajaan negeri memberi kelulusan penyewaan kepada UniSZa dan menurutnya beberapa buah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) turut memohon untuk menyewa bangunan bagi menjalankan operasi mereka di situ.
Katanya, bagi menyelaraskan permintaan IPTA dan IPTS yang berhasrat beroperasi di Taman Ilmu berkenaan, satu badan khas yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri diwujudkan bagi membuat penilaian terhadap permohonan mereka.
"Konsep penggunaan Taman Ilmu dibuat secara perkongsian di mana Dewan Canselori, masjid, perpustakaan, pusat sukan, asrama dan kafeteria disediakan oleh kerajaan negeri manakala pusat pembelajaran, pejabat, kelas adalah tanggungjawab mana-mana IPTA atau IPTS untuk membinanya sendiri di tapak yang ditetapkan di Taman Ilmu oleh kerajaan negeri," katanya.
Berhubung tindakan segelintir pihak yang mendakwa pembinaan taman ilmu adalah satu pembaziran, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri memang tidak dapat lari daripada dikritik terutamanya oleh pembangkang kerana setiap projek yang dilaksanakan sebenarnya mempunyai tujuan tertentu yang manfaat atau faedahnya terserlah kemudian.
"Lihat sahaja semasa kerajaan negeri hendak membina jambatan Sultan Mahmud, pembangkang dengan tanpa usul periksa mengatakan ia satu pembaziran dan akhirnya kini mereka sendiri yang menikmati faedah daripadanya melalui usaha kerajaan", katanya.

Monday, September 4, 2017
RISDA TIDAK KETINGGALAN LAKSANAKAN IBADAH QURBAN
BANDAR BARU BANGI: Di hari raya Aidil Adha yang keempat, RISDA tidak ketinggalan melaksanakan ibadah qurban dengan mengorbankan 13 ekor lembu.
Untuk menjayakan ibadah tersebut, RISDA memperuntukkan sebanyak RM 78,000.00 untuk diagihkan kepada 13 buah negeri termasuk ibu pejabat RISDA bagi ibadah qurban yang mana setiap negeri menerima sebanyak RM 6,000.00.
Dalam memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam melaksanakan ibadah qurban dan menerapkan nilai-nilai kerohanian di kalangan warga RISDA, Ibu Pejabat RISDA hari ini bertempat di Puri Buana Wedding Garden Bandar Baru Bangi telah mengorbankan sebanyak 13 ekor lembu yang disumbangkan oleh pengurusan RISDA, Espek Plantations Sdn Bhd, Espek Livestock Sdn Bhd, RISDA Fleet Sdn Bhd RISDA Holding Sdn Bhd dan Permodalan RISDA Berhad.
Dalam majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah RISDA itu seramai 27 orang kakitangan Ibu Pejabat RISDA, Syarikat milikan RISDA, Sinergi Perdana Sdn Bhd dan Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA) serta seorang pesara telah mengambil bahagian sebagai peserta qurban.
Syarikat milikan RISDA pula telah mengagihkan kepada 56 orang penerima bahagian qurban.
Seramai 86 orang kakitangan RISDA dari kumpulan sokongan ( Gred 11-16) turut menerima sumbangan daging qurban pada hari ini.
Selain itu juga, Pihak RISDA turut menjemput empat buah rumah anak yatim sebagai tetamu jemputan dan turut menerima sumbangan iaitu Rumah Raudhatul Al- Faeez, Pusat Pengurusan Alfirdaus, Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul Izzah, dan Pertubuhan Kebajikan Al Kausar Bangi serta Akademi Tahfiz Fuqaha.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah RISDA Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Bin Wan Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Korporat En Abdullah Bin Zainal, dan pengarah- pengarah bahagian serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milikan RISDA, serta lebih 500 orang tetamu jemputan.

Sunday, September 3, 2017
HOTEL TIGA BINTANG DI TASIK KENYIR SIAP HUJUNG 2018
KUALA BERANG, 3 Sept (Bernama) -- Hotel bertaraf tiga bintang yang dibina di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bakal siap sepenuhnya menjelang hujung 2018.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembinaan hotel lapan tingkat yang mempunyai 150 bilik itu mengikut jadual yang ditetapkan.
"Hotel yang giat dibina ini dikelolakan di bawah konsortium Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) Sdn Bhd...semua hotel (milik kerajaan negeri) di Terengganu juga berada di bawah konsortium tersebut.
"Terengganu Inc mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan hotel di negeri ini,"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hotel itu, yang kosnya dianggarkan RM100 juta, dibina berikutan permintaan tinggi pengunjung ke Tasik Kenyir.
Beliau berkata infrastruktur juga akan ditambah dari semasa ke semasa untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara di kawasan Tasik Kenyir.
"Ramai pemaju ingin mendirikan resort di Tasik Kenyir atau luar dari kawasan ini contohnya di Bandar Kuala Berang memandangkan sambutan pelancong yang sangat menggalakkan,"katanya.
Ahmad Razif turut melawat Pulau Tropika, Taman Orkid dan kawasan sekitar di tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.

Saturday, September 2, 2017
HILANGNYA SATU LAGI KETURUNAN DAENG MENAMPUK
KUALA TERENGGANU: Bekas Setiausaha Umno Bahagian Kuala Terengganu, Abd Latif Mohamad yang meninggal dunia dua hari lepas adalah calon BN bagi DUN Wakaf Mempelam pada PRU 1986.
Pada tahun tersebut beliau tewas dengan majoriti 105 undi kepada calon PAS, Mustafa Ali. Mustafa mendapat 4,702 undi manakala Abd Latif mendapat 4,597 undi.
Pada PRU 1990 sekali lagi beliau terpilih sebagai calon BN di Wakaf Mempelam. Kali ini beliau kalah dengan majoriti 1,163 undi kepada muka baru calon PAS, Abdul Wahid Endut. Abdul Wahid mendapat 6,383 undi manakala Abd Latif mendapat 5,220 undi. Manakala calon Bebas, Wan Deraman Wan Nik mendapat 104 undi.
Setelah tiga kali PRU, 1995, 1995 dan 2004, anak saudara Cikgu Abd Latif, Othman Awang terpilih sebagai calon BN di Wakaf Mempelam pada PRU 2008. Beliau kalah kepada Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,193 undi. Abdul Wahid mendapat 9,645 undi manakala Othman mendapat 7,452 undi.
Dengan meninggalnya Cikgu Abd Latif, maka hilang satu orang lagi keturunan Daeng Menampuk yang memahkotakan Sultan Terengganu yang berasal dari kerabat Sultan Johor. Daeng Menampuk berasal dari Makasar, Sulawesi adalah orang Bugis yang mana keturunannya yang membuka Kampung Paloh (sila baca http://todayterengganu.blogspot.my/2016/12/mencari-keturunan-daeng-menampuk.html bertarikh 19 Disember 2016)
Saudara mara Cikgu Abd Latif majoritinya berada di Kampung Paloh dan beliau bersama arwah Othman berasal dari Kampung Paloh Padang. Salah seorang dua pupu Cikgu Abd Latif ialah calon PAS, Md Azmi Lop Yusof yang menang dalam PRU 1999.
Cikgu Abd Latif yang meninggal dunia pada hari kebangsaan, 31 Ogos lalu dikebumikan pada pagi hari raya Aidil Adha 1 September semalam yang mana Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut mengiringi jenazahnya ke kubur di Masjid Hiliran, Kuala Terengganu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Cikgu Abd Latif. Al Fatihah.

Friday, September 1, 2017
JANGAN WAS WAS MAKAN DAGING KORBAN
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di negeri Terengganu tidak perlu was-was untuk memakan daging lembu dan kerbau korban kerana kini ia dijamin selamat.
Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Mohd Pehimi Yusof berkata negeri ini bebas sepenuhnya dari penyakit hawar berdarah yang menyerang binatang ternakan tersebut sejak empat bulan lalu.
"Hasil usaha berterusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu yang melakukan pencegahan dengan menvaksin hampir 10,000 ekor haiwan ternakan telah berjaya membendung penyakit tersebut dari terus merebak.
"Sebanyak 4,000 lembu akan dijadikan korban tahun ini termasuk 2,000 ekor yang dibawa dibawa masuk luar Terengganu telah divaksinkan oleh JPV," katanya yang ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Negeri Terengganu, hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga bakal menempatkan seramai 120 anggota JPV di tempat penyembelihan bagi memastikan lembu yang dijadikan korban bebas dari penyakit tersebut.
Penyakit hawar berdarah dikesan sejak 26 Mei lepas dan sebanyak 500 kes kematian haiwan ternakan telah dilaporkan oleh 38 penternak di lima daerah di negeri itu melibatkan kerugian hampir RM 2.5 juta.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)