Wednesday, December 13, 2017

KAWALAN KESELAMATAN DI WISMA DARUL IMAN TIDAK KETAT?



KUALA TERENGGANU: Pas menggunakan rakyat untuk membuat kecoh di Sidang Dewan Undangan (DUN) Negeri Terengganu hari ini dengan isu pengambilan tanah KT Bypass di Kampung Seberang Baruh dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam.


Isu berkenaan menjadi besar apabila masuk campur politik dalam menyeselaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik tanah dan juga penyewa premis perniagaan yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

90 peratus proses pengambilan telah selesai dan hanya beberapa tanah di Kampung Seberang Baruh sahaja dan penyewa di premis berkenaan menuntut hak bayaran yang melebihi kadar yang sepatutnya.

Dikesempatan sidang dun hari ini, mereka mengambil peluang untuk membuat provokasi dengan membuat kecoh semasa sidang dewan sedang berlangsung.

Seramai 30 orang yang memakai baju t shirt putih telah melaungkan kata-kata kasar terhadap wakil Yab Menteri Besar dan beserta ugutan dalam percakapan itu.

Dimaklumkan bahawa pengambilan tanah yang menjadi permasalahan hari ini kerana pertikian antara status tanah pertanian dan tanah kampung yang mana pembayaran mengikut harga pasaran ditetap oleh kadar semasa.

Ulasan saya, kekecohan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri tidak berlaku jika kawalan keselamatan di Wisma Darul Iman ketat. Takkan pengawal keselamatan tidak tahu persidangan DUN sedang berlansung? Kenapa benarkan orang yang tidak memakai kot dan tai masuk ke situ kerana biasanya orang yang hendak ke persidangan DUN mesti pakai kot dan tie.

Kenapa benarkan orang yang berpakaian baju biasa masuk ke perkarangan DUN. Mereka sempat pula memakai t shirt TTB yang bermaksud Terusir Tanpa Bayaran. Oleh itu pengurusan Wisma Darul Iman perlu mengambil tindakan tegas kepada syarikat kawalan keselamatan tersebut yang cuai.

Kalau hendak hantar memorandum kepada Menteri Besar cukup seorang wakil masuk ke dalam tak perlu semua masuk untuk membuat kekecohan. 

1 comment:

  1. Nak masuk dewan teater sebagai permerhati kena pakai kot dan bertali leher ke? Bukan masuk dlm dewan sidang DUN. Difahamkan mereka masuk secara sah dgn meninggalkan kad pengenalan sebagai pemerhati didewan teater dan ketika mereka berurusan dgn pihak kawalan keselamatan, mereka tidak memakai baju T Shirt yg tertulis TTB. Penulis kena siasat dulu, jgn main hentam kromo je. Seingat sya, kawalan di Wisma Darul Iman sgt ketat tambahan lagi ketika sidang DUN.

    ReplyDelete