Tuesday, December 5, 2017

JAKIRAN SERAH KEPADA QADA DAN QADAR

KUALA LUMPUR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Melawati Selangor menyerahkan kepada qada dan qadar persoalan sama ada beliau dikekalkan sebagai Wakil Rakyat kawasan berkenaan.

Jakiran Jacomah berkata beliau tidak pernah memikirkan nasibnya pada pilihan raya umum akan datang sebaliknya tawakal dengan ketentuan Ilahi.

"Pada pilihanraya lepas qada dan qadar mengatakan saya akan dipilih jadi calon maka jadilah saya seorang wakil rakyat.

"Pada hal pada masa itu ramai lagi tokoh-tokoh berbibawa boleh diketengahlan Umno Bahagian (Kuala Selangor) untuk diletakkan di Bukit Melawati," katanya.

Begitu juga pada pilihan raya ke 14 (Pru 14) beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan negeri dan pusat untuk menentukan nasibnya sebagai pembela rakyat.

"Sebagai seorang wakil rakyat saya telah menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

"Saya sanggup tidak menghadiri majlis anjuran mana-mana pemimpin pusat sekiranya ada program penting melibatkan pengundi," jelasnya.

Pada pilihan raya lepas, beliau memperolehi 7,296 undi. Manakala lawannya dari PKR memperolehi 6,490. Beliau menang dengan majoriti 806.

Jakiran berkata sebagai seorang wakil rakyat adalah tidak manis sekiranya beliau berkata telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Seelok-eloknya turunlah ke kawasan dan tanyalah para pengundi di sana bagaimana cara beliau bekerja dan menyelesaikan masalah berbangkit.

"Kalau minya saya selesaikan masalah tanah saya minta maaf. Sebab soal tanah ini dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Inilah masalahnya kalau kita jadi pembangkang,"katanya.

Beliau percaya Selangor bakal diterajui semula oleh Umno pada Pru 14 ini sekiranya semua pihak termasuklah komponen Barisan Nasional saling bantu membantu antara satu sama lain.

"Saya tak boleh nak komen lebih-lebih sebab saya tak pegang jawatan dalan parti. Tak kenalah saya cakap panjang lebar memasailah saya kata BN akan kembali menerajui Selangor," katanya.

No comments:

Post a Comment