Saturday, July 1, 2017

RUMAH TERBUKA MB DAPAT SAMBUTAN RAMAI



KUALA NERUS, 1 Julai (Bernama) -- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan sahaja lebih meriah malah ia memupuk semangat kesepakatan.




Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tahun ini selain kerajaan negeri, 24 GLC terlibat dengan sasaran pengunjung kira-kira 30,000 orang.




Rumah terbuka tersebut diadakan di Dataran Permata Seberang Takir di sini, hari ini.




"Majlis bermula sejak 11 pagi tadi dan sepatutnya tamat 3 petang, namun kedatangan yang tidak putus-putus ini saya jangka pengunjung akan melebihi 30,000 orang," katanya.




Beliau berkata, program yang diadakan itu tidak melibatkan agensi jabatan persekutuan, bank-bank dan badan korporat tetapi hanya syarikat kerajaan negeri sahaja.




"Tahun hadapan kami merangka untuk melibatkan agensi kerajaan persekutuan, bank-bank dan juga syarikat korporat dengan majlis yang lebih besar," kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas selesai melayan tetamu yang hadir.




Pelbagai acara turut dianjurkan seperti gerai terbaik, pakaian kru terbaik dan makanan terbaik bagi menceriakan suasana majlis tersebut.




Selain itu beliau berkata majlis rumah terbuka hari raya yang diadakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sama ada di Terengganu atau di luar negeri mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat.




Ahmad Razif berkata keadaan tersebut bagaikan satu signal yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinan sedia ada.




"Kejayaan sudah mula kita lihat, tetapi kita jangan leka dan terus berusaha menjaga kebajikan. Memberi khidmat yang baik kepada rakyat hendaklah diteruskan," katanya .




-- BERNAMAKUALA NERUS, 1 Julai (Bernama) -- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan sahaja lebih meriah malah ia memupuk semangat kesepakatan.




Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tahun ini selain kerajaan negeri, 24 GLC terlibat dengan sasaran pengunjung kira-kira 30,000 orang.




Rumah terbuka tersebut diadakan di Dataran Permata Seberang Takir di sini, hari ini.




"Majlis bermula sejak 11 pagi tadi dan sepatutnya tamat 3 petang, namun kedatangan yang tidak putus-putus ini saya jangka pengunjung akan melebihi 30,000 orang," katanya.




Beliau berkata, program yang diadakan itu tidak melibatkan agensi jabatan persekutuan, bank-bank dan badan korporat tetapi hanya syarikat kerajaan negeri sahaja.




"Tahun hadapan kami merangka untuk melibatkan agensi kerajaan persekutuan, bank-bank dan juga syarikat korporat dengan majlis yang lebih besar," kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas selesai melayan tetamu yang hadir.




Pelbagai acara turut dianjurkan seperti gerai terbaik, pakaian kru terbaik dan makanan terbaik bagi menceriakan suasana majlis tersebut.




Selain itu beliau berkata majlis rumah terbuka hari raya yang diadakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sama ada di Terengganu atau di luar negeri mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat.




Ahmad Razif berkata keadaan tersebut bagaikan satu signal yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinan sedia ada.




"Kejayaan sudah mula kita lihat, tetapi kita jangan leka dan terus berusaha menjaga kebajikan. Memberi khidmat yang baik kepada rakyat hendaklah diteruskan," katanya .




-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment