Sunday, July 16, 2017
PRU SEPATUTNYA DIADAKAN DI BULAN SYAWAL
KUALA TERENGGANU: Hari ini genap 23 Syawal. Tinggal 7 hari lagi Syawal akan berlabuh tetapi musim rumah terbuka belum selesai lagi. Malah minggu depan dijangka masih ada sambutan hari raya diadakan oleh pelbagai agensi.
Bukan sahaja ibu pejabat Umno mengadakan rumah terbuka aidil fitri malah peringkat perhubungan Umno negeri, parlimen, DUN, peti daerah mengundi (PDM) dan JKKK pun tidak ketinggalan.
Berdasarkan sambutan orang ramai menghadiri majlis rumah terbuka, sepatutnya PRU diadakan di bulan Syawal. Saya yakin jika ia diadakan sekarang BN akan menang besar kerana rakyat yang hadiri majlis tersebut terhutang budi dengan penganjur rumah terbuka.
Oleh itu seperti kata orang putih, this is the right time untuk bubar parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Di Kuala Terengganu malam tadi di majlis sambutan aidilfitri PERMATA, Razif kekal sebagai selebriti politik yang diminta orang ramai untuk selfie dengan beliau (gambar atas).
Malah jika gambar di bawah dapat bercakap sudah tentu ia berkata kesepakatan yang ditunjukkan oleh pemimpin di atas mampu memenangkan BN Terengganu dengan lebih cemerlang lagi pada PRU akan datang. Semoga mereka yang digugurkan sebagai calon nanti dapat membantu calon baharu menang bergaya. Janganlah merajuk jika tidak terpilih sebagai calon. Sebaliknya mereka wajinb bekerja keras membantu kemenangan calon baharu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment