Usaha kerajaan negeri mendapat maklum balas dari NGO NGO anak anak Terengganu yang berada di Kuala Lumpur merupakan satu usaha yang wajar diberi pujian. Kalau dahulu hanya PESAT mewakili persatuan anak Terengganu di Lembah Klang tetapi malam tadi banyak NGO anak perantauan dijemput oleh Menteri Besar untuk beri idea kepada kerajaan negeri seperti KITER, KOSMET, KADIM, SETARA, SETIU DI PERANTAUAN, PAKAR, KELAB SUKAN, BERKAT, PERANTAU 11, PERMATA, KAPB, BESUT MAJU, T-MESA, PERANTAU TELUK PASU dan PTD.
Dalam ucapannya Datuk Seri Razif Abdul Rahman meminta semua NGO anak Terengganu yang ada di Lembah Klang bersatu menggembeling idea demi kebaikan rakyat Terengganu, Sayangilah negeri Terengganu, tegas beliau.
Menteri Besar memberi peluang kepadasemua wakil NGO "sumbang saran" semua idea untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pemangku Presiden PESAT, Sham Aziz mencadangkan kerajaan mengadakan pre dailog belanjawan dengan semua NGO di Lembah Klang sebelum pembentangan bajet 2018.
No comments:
Post a Comment