KEMAMAN: Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) malam tadi meraikan 520 orang pelajar anak yatim dan miskin daripada 13 buah sekolah di sekitar daerah Kemaman dalam majlis iftar Ramadhan di Dewan Serbaguna KSB.
Exco Kerajaan Negeri, Hanafiah Mat turut hadiri majlis tersebut yang dihadiri 1,400 orang tetamu.
Dalam ucapannya, Hanafiah yang pertama kali menghadiri majlis EPIC selepas PAS membentuk kerajaan negeri pada 9 Mei lalu memuji langkah EPIC memberi sumbangan kepada para pelajar miskin berjumlah RM52,000.
Bagi Pengerusi EPIC pula, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut dalam ucapannya berkata majlis iftar tersebut dapat memberi penghayatan kepada kakitangan dan jemputan bahawa betapa pentingnya mempunyai perasaan kasih sayang dan kesedaran memberi pertolongan.
Sebelum berbuka puasa para jemputan disediakan dengan ceramah agama, bacaan yasin serta tahlil dan selawat. Kumpulan Sedrain turut menyerikan majlis dengan nasyid, qhasidah dan alunan zikrullah.
No comments:
Post a Comment