JELEBU, 24 Okt (Bernama) -- Jabatan Perikanan Malaysia merancang untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai pusat penyelidikan terbesar udang galah jenis macrobrachium rosenbergi atau nama lainnya udang galah sepit Domestikasi Biru (DB), di Malaysia menjelang tahun 2020.
Ketua Pengarahnya Datuk Munir Mohd Nawi berkata buat masa ini terdapat 8,400 baka udang galah sepit DB di dalam peringkat penyelidikan di Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Air Tawar dan FRI Glami Lemi, dekat sini.
"Udang galah sepit DB ini mempunyai pasaran yang terbaik antara spesies ikan air tawar yang lain iaitu sekitar RM100 sekilogram dan ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran negara sekali gus memberikan keuntungan kepada penternak tempatan.
Kami telah melantik tiga Rakan BMC (Pusat Pengganda Baka) untuk menghasilkan benih kepada penternak daripada baka dari FRI Glami Lemi antaranya AM Aquatechnic Sdn Bhd di Terengganu, Koperasi Desa Muara Hujung Rintis Berhad, Perak dan GK Aqua Sdn Bhd yang beroperasi di Negeri Sembilan," katanya pada sidang media di majlis pelancaran Rakan BMC di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Kanan Penyelidikan Perikanan Abu Talib Ahmad dan Pengarah FRI Glami Lemi Dr Mohd Fariduddin Othman...
No comments:
Post a Comment