Friday, October 27, 2017

BAJET 2018: PM SENTIASA CABAR KELAZIMAN

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah bajet yang sangat terperinci, realisitik dan bertanggungjawab.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui pembentangan bajet itu, sekali lagi perdana menteri membuktikan beliau seorang yang sangat berani dan sentiasa
mencabar kelaziman.

"Bagi pihak rakyat dan kerajaan negeri Terengganu, saya ucapkan terima kasih di atas perancangan projek fizikal dan peruntukan kerajaan pusat untuk Terengganu sebagaimana yang diumumkan oleh perdana menteri."

"Ini termasuk pelaksaan projek ECRL (Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur), rumah-rumah MyBN Homes (MyBeautiful New Home) serta pusat kardiologi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), terima kasih kita ucapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Razif berkata jelas sekali di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang jatuh di pasaran dunia, ekonomi negara kita diurus dengan sangat baik sehingga mendapat pengiktirafan Bank Dunia dan agensi-agensi penarafan antarabangsa.

"Mesej saya di sini ialah negara kita adalah negara yang hebat dan berjaya. Malaysia bukan negara gagal seperti mana tohmahan pembangkang."

"Malah kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan perdana menteri mempunyai perancangan, hala tuju dan wawasan yang jelas untuk masa depan negara dan rakyat melewati tahun 2050. Kita di landasan yang betul," katanya.

Sebagai rakyat Malaysia, Ahmad Razif turut melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, barisan kabinet dan semua penjawat awam khasnya yang telah membantu menguruskan

ekonomi negara dengan sangat baik

"Saya sangat gembira dan berterima kasih kerana dua kelompok utama iaitu usahawasan mikro termasuk usahawan wanita dan kelompok kedua iaitu golongan petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah mendapat perhatian besar dalam bajet ini."

"Setengah bilion (ringgit) melalui TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) Nasional dan tambahan RM200 juta lagi kepada AIM (Amanah Ikhtiar malaysia) serta RM6.5 bilion untuk para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah ini adalah luar biasa dan meningkatkan pembinaan daya kapasiti mereka untuk berdikari dan berjaya," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment