KEMAMAN, 13 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyaran agar kerajaan memperkenalkan insentif untuk pemberi maklumat mengenai penagih dan pengedar dadah.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata insentif atau imbuhan itu dapat membasmi masalah penyalahgunaan dadah yang semakin serius terutama dalam kalangan nelayan.
"Sebanyak 20 peratus dari 100,000 nelayan seluruh negara dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ia semakin membarah.
"Jika ada maklumat yang lengkap dan tepat, sudah pasti penangkapan penagih dan pengedar dadah ini dapat dilakukan segera oleh pihak berkuasa.
"Pada pendapat saya, untuk mendapatkan maklumat mengenai penagih dan pengedar dadah, kita banyak bergantung kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak polis, sedangkan mereka juga terlalu banyak perkara mahu dilakukan, tidak boleh tumpu. Sebab itu kita kena kreatif untuk galakkan masyarakat bantu beri maklumat ini, contohnya dengan insentif," katanya.
No comments:
Post a Comment