Tuesday, October 17, 2017

MAKAN FREE SETIAP HARI DI JALAN PAHANG KL



KUALA LUMPUR 17 Okt. - Dihidangkan dengan pelbagai menu makanan tengah hari seperti nasi putih dan nasi minyak, ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng dan sayur, orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang untuk ke Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang.


Tinjauan mendapati, warga kota mula mengeremuni ke kedai itu sejak pukul 11 pagi lagi bagi menikmati makan percuma yang diberikan usaha Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamad Md Yunos bersama beberapa ahli korporat.


Orang ramai yang hadir juga dilihat tidak berasa kekok apabila lepas makan ‘diwajibkan’ membasuh pinggan,sudu, garpu dan cawan sendiri mereka sendiri menuju ke sinki membasuh.

Lebih menarik, suasana di restoran itu ibarat satu majlis kenduri kendara dengan alunan muzik turut berkumandang dalam suana hiruk pikuk kenderaan lalu lintas di sepanjang Jalan Pahang sementara menunggu beratur mengambil nasi, lauk pauk dan minuman.

Sehingga jam 1 tengahari restoran yang memuatkan 250 buah kerusi sudah dipenuhi orang ramai kerana waktu makan tengahari bagi warga kota yang bekerja di kawasan sekitar sudah mula datang untuk menikmati makan tengahari percuma.

Malah, restoran yang mempunyai 15 pekerja sukarela itu didatangi masyarakat setempat tanpa mengira bangsa, agama serta umur bagi menikmati makanan secara percuma yang dianggap kali pertama dilakukan seumpama itu.

Menurut Jamal, menu makanan percuma ini akan disediakan untuk 1,000 rakyat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

“Pada hari ini, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada sebahagian makanan sudah habis pada jam 1 petang dan kita terpaksa sekat sikit makanan bagi memberi peluang kepada mereka yang datang lambat dapat menikmati makanan itu secara percuma,” katanya
di sini hari ini.

Tambahnya, pemberian itu dianggarkan mengunakan peruntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma selama 3 tahun dan cawangan seterusnya dijangka akan dibuka di Sekinchan pada 25 Oktober ini.


No comments:

Post a Comment