KUALA BERANG, 7 Okt (Bernama) -- Lebih 400 penduduk di Felcra In-Situ Betong, Ajil akan menikmati kemudahan alat pemancar telekomunikasi 'Very Small Aperture Terminal' (VSAT) menerusi Program Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) Menghubung Menyatu (CTU) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata program itu adalah satu program tanggungjawab sosial yang akan dikendalikan di kawasan Felcra bersama pembekal kemudahan supaya penduduk di kawasan berkenaan dapat menikmati kemudahan internet sama seperti kawasan lain.
"Ini adalah inisiatif baharu kerajaan bagi memberi liputan internet lebih meluas kerana kita tahu kawasan di Felcra ini memang kurang dari segi liputan rangkaian disebabkan faktor geografi.
"Apa yang telah saya bincangkan dengan Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Mokhtar di mana mereka akan menyediakan dewan dan kita akan sediakan kemudahan internet...konsep lebih kurang kampung wifi tapi perluasan rangkaiannya lebih terkawal,"katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di program Majlis Pemimpin Bersama Peserta dan Dialog TN50 Belia Felcra Wilayah Timur hari ini.
Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Zulkarnain Md Eusope, Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris dan Pengurus Besar Felcra Wilayah Timur Saifuddin Omar.....
No comments:
Post a Comment