Wednesday, October 11, 2017

MAT DAN BERJINAK JINAK DENGAN DUNIA LAKONAN PULA

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pengacara televisyen Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 27, kini berjinak-jinak dengan dunia lakonan bermula dengan satu filem pendek yang kini dalam penggambaran.

Anak kelahiran Bristol, England yang nama asalnya Daniel Tyler sebelum memeluk agama Islam berkata penggambaran filem tersebut baru bermula minggu lepas.

"Saya baru terlibat dalam lakonan sebuah filem pendek sebab saya hendak ceburkan diri dalam bidang lakonan pula," katanya kepada Bernama, di sini.

Anak muda itu mula terkenal di negara ini selepas video kefasihan beliau bercakap dalam bahasa Melayu loghat Terengganu tular.

Beliau yang tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu ketika berusia 19 tahun dan bertemu jodoh dengan gadis Terengganu tahun ini, turut aktif sebagai hos program stesen televisyen berbayar Astro.

No comments:

Post a Comment