KUALA TERENGGANU 17 Mac - UMNO Terengganu akan melaksanakan simulasi pilihan raya akhir bulan depan sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, simulasi itu disasar untuk dibuat secara berkala ke arah memantapkan gerak kerja jentera parti.
"Jadi bersiap-siaga semua kerana pada akhir bulan April nanti kita akan membuat percubaan itu bagi memastikan semua jentera dalam keadaan bersedia sepenuhnya apabila pilihan raya umum sebenar," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Negeri di sini semalam.
No comments:
Post a Comment