Tuesday, March 28, 2017

PENOLONG PENGARAH KEBUDAYAAN MALAYSIA SAMBUT BAIK PENGUMUMAN MB

KUALA TERENGGANU : Penolong Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Malaysia, Encik  Zahari Mat merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri kerana memperuntukkan RM1.6 juta bagi membina gelanggang silat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

Katanya, pembinaan Gelanggang Silat ini dapat menyemarakkan budaya seni mempertahankan diri di kalangan masyarakat terutama dalam bidang silat.


"Semestinya, orang-orang seni budaya terutama dalam bidang seni budaya ilmu persilatan menyambut baik pengumuman yang bermakna ini dari Menteri Besar Terengganu" katanya kepada Today Terengganu.

No comments:

Post a Comment