Saturday, March 18, 2017

SERIKANDI BINA BANGUNAN BARU RM3 JUTA



KUALA NERUS, 18 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk membina bangunan baharu Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).

Beliau berkata ia bertujuan menghargai peranan penting yang telah dimainkan oleh Serikandi selama ini dalam menjayakan program melibatkan masyarakat dan kerja amal.

"Ketika ini Serikandi beroperasi di kuarters kerajaan yang terletak di Batu Buruk di Kuala Terengganu, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih reka bentuk yang sesuai.

"Projek tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan kuarters itu sebagai pembangunan perumahan awam yang moden dan strategik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Serikandi kali ke-30 di sini, semalam.


Turut hadir Yang Dipertua Serikandi Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk memudahkan Serikandi menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran tahunan mereka.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada 20 anak istimewa dan kurang berkemampuan dari kawasan Parlimen Kuala Nerus.

-- BERNAMA



No comments:

Post a Comment