Friday, March 24, 2017

TENGKU PUTERA RASMI KILANG PRE CAST IBS SANY GRUP DI KIJAL



KEMAMAN: Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Awang yakin pelaburan dan pembangunan yang dibawa oleh Sany Grup akan memberikan impak yang sangat positif ke atas pembangunan sosial ekonomi rakyat Terengganu.

Katanya, pelaburan yang dibawa oleh Sany Grup merupakan kemuncak kepada lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Razif Abdul Rahman ke Hunan, China pada 14 November 2015.



“Kunjungan tersebut telah membuka satu lembaran dan peluang baru kepada kerajaan negeri untuk mengembangkan peluang kerjasama yang ada di antara kedua-dua negara ini,” kata beliau di majlis pecah tanah kilang precast IBS Sany Grup di Kijal baru baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Wilayah Hunan, Xu Xian Ping dan Naib Presiden Sany Grup, Cik Li Jing Jing.





Beliau yang juga ADUN Kuala Berang menambah ekoran daripada lawatan tersebut, pihak Sany Grup telah mengadakan satu kunjungan balas ke pejabat Menteri Besar pada 27 Julai 2016.



Tengku Putera berkata pada 1 November 2017, pengasas dan presiden Sany Grup,Tang Xiuguo telah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyampaikan kesediaam Sany Grup untuk menyegerakan pelaburan di Terengganu.

Katanya, ia mencapai kemuncak apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengunjungi ibu pejabat Sany Grup di Beijing pada Januari 2017.

“Kita bersyukur kerana siri siri lawatan dan kunjung balas tersebut akhirnya menjadi kenyataan dengan pelancaran majlis pecah tanah kilang pre cast IBS yang pertama di Malaysia pada hari ini,” jelas beliau.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada M.Y.M.P Sdn Bhd sebuah syarikat Bumiputera tempatan yang telah diberikan mandat untuk membina 856 unit perumahan Prima bersebelahan dengan tapak kilang pre cast IBS Sany Grup.

“Saya difahamkan kos pembinaan kilang pre cast IBS ini melebihi RM20 juta dan kos keseluruhan pembinaan rumah Prima melebihi RM174 juta,” ujarnya lagi sambil berkata ia akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 300 pekerja tempatan.

No comments:

Post a Comment