Pada tahun 70an Pesta Main Pantai begitu popular di Batu Buruk selepas musim menuai padi. Di pantai tersebut melayan berkumpul di pantai membina bangsal masing masing. Biasanya main pantai berlangsung selama 7 hari 7 malam.
Namun demikian kerajaan mengubaisuai pesta tersebut dengan mengadakan pelbagai acara kebudayaan seperti pertunjukan rodat, mak yong, main puteri, dikir barat dan wayang kulit.
Pesta Pantai Terengganu 2017 diadakan sekali lagi di Batu Buruk dari 22 hingga 25 Mac ini anjuran Pesaka Terengganu dan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Sempena pesta tersebut, Pesaka gabungan 12 pasukan silat di negeri Terengganu akan mengadakan demonstrasi silat Melayu pada 22 dan 23 Mac ini.
menurut Setiausaha Pesaka terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar, selain mengadakan demonstrasi silat Melayu, kejuaraan gendang silat Terengganu turut diadakan pada 24 dan 25 Mac nanti.
"Ia bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam main gendang. Generasi tua yang mahir main gendang semakin pupus maka kejuaraan ini bertujuan mencari bakat muda untuk bermain gendang," katanya.
Sehubungan dengan itu beliau mengajak golongan muda menyertai kejuaraan gendang silat ini supaya tradisi main gendang tidak pupus ditelan zaman.
No comments:
Post a Comment