Thursday, March 16, 2017

MB UCAP TAHNIAH KEPADA PENDIDIK YANG BANYAK BERKORBAN

KUALA TERENGGANU, 16 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah dan terima kasih warga pendidik serta ibu bapa yang banyak berkorban demi merealisasikan keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Beliau berkata Terengganu mencatatkan peningkatan dari segi Gred Purata Nasional (GPN) pada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015 serta berjaya mengatasi GPN peringkat kebangsaan iaitu 5.10.

"Seluruh kepimpinan negeri mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang dua calon yang memperolehi A+ dan 306 calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan tahniah juga kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus yang muncul sebagai sekolah terbaik SPM 2016 Terengganu kali ini," katanya dalam kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment