Tuesday, March 14, 2017

AHMAD SAID MAHU TANDING PARLIMEN?

KEMAMAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek yang sudah tiga penggal menjadi ahli parlimen Kemaman dijangka bersara dari politik kerana difahamkan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mahu bertanding kerusi parlimen Kemaman pula.

Beliau dikatakan telah memberitahu PMO bahawa beliau yang sudah menjadi lima penggal ADUN Kijal sejak tahun 1990 (kecuali 1999-2004) mahu bertanding kerusi parlimen pula.

Sehingga ini tak dapat dipastikan sama ada Ahmad Shabery bersara dari politik atau bertanding di DUN Kemasik. Jika beliau bertanding di DUN Kemasik beliau dijangka jadi MB baharu jika Datuk Seri Ahmad Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus. Jika Razif kekal di DUN Seberang Takir beliau kekal sebagai MB dan Ahmad Shabery menjadi Exco Kanan seperti Tan Sri Dr Yusof Noor.

Tetapi menurut sumber, Ahmad Said yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mahu kerusi DUN Kijal ditandingi oleh Cikgu Roshaili yang juga bekas Pengarah APMT. Sehingga ini tiga nama disebut bertanding di DUN Kijal termasuk Cikgu Roshaili, Kamarudin Ali dan Haji Yahya Mohamad.

Di DUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar dikatakan lebih berminat bertanding di kerusi parlimen juga. Tempat beliau dijangka diganti oleh Tuan Kecil Tuan Tengah, Ustaz Zulkifli Sulong, Norzilam dan Dr Zaki.

Di DUN Kemasik, nama Ir Rosli Othman dikatakan akan digugurkan. Tempat beliau dijangka digantikan oleh orang kanannya atau Ahmad Shabery atau Haji Mustafa Abdul Rahman.

Di DUN Chukai, empat nama disebut sebagai bakal calon BN iaitu Datuk Mohamad Awang Tera, Datuk Rahim Husin, Mat Dalam Awang dan Fikri Ibrahim.

No comments:

Post a Comment