Posting "Setiap DUN akan dibina gelanggang silat" yang disiarkan dalam blog ini pada 25 mac lalu mendapat rating tertinggi sebanayk 555 hits. 10 posting tertinggi ialah:-
1. Setiap DUN akan dibina gelanggang silat (25 mac)
2.Ahmad Said mahu tanding parlimen? (14 mac)
3.Kejuaraan gendang silat Melayu sempena Pesta Pantai (13 mac)
4. Mat Dan nikah orang Terengganu (12 mac)
5.Umno Terengganu adakan simulasi PRU bulan depan (17 mac)
6. Terengganu's silat princess scores 8As for SPM exam (10 mac)
7.Jangan keruhkan hubungan Malaysia dengan Korea Utara (10 mac)
8. Polis kesan berita palsu kes rogol di Pulau Perhentian (26 mac)
9. Ampicoach tiba pertengahan tahun ini (2 mac)
10.Awas 'bom jangka' di rumah (23 mac)
Friday, March 31, 2017
Thursday, March 30, 2017
SELEPAS 12 TAHUN KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU BAYAR RM10 JUTA PAMPASAN KUSZA
KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Bernama) -- Jumlah tuntutan pampasan dari kerajaan Persekutuan susulan penyerahan Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ialah sebanyak RM183,102,298.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur & Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata setakat ini, kerajaan negeri sudah menerima bayaran sebanyak RM10 juta.
"Memang ada jadual pembayaran itu di mana kerajaan negeri dijangka menerima RM61 juta pada tahun ini manakala bakinya sebanyak RM112, 02,298 lagi akan diterima pada 2018," katanya.
Ir Rosli (BN-Kemasik) berkata demikian ketika menjawab soalan Ridzuan Hashim (PAS-Teluk Pasu) dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri DUN) Terengganu semalam.
Terdahulu, menjawab soalan Hanafiah Mat (PAS-Chukai) berkenaan status terkini projek pembinaan pasar dan Terminal Bas Chukai, Rosli berkata Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah membuat permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 melalui Rolling Plan Kedua.
Beliau berkata pelan asal projek pembinaan pasar dan terminal bas itu pada tahun 2004 ialah sebanyak RM50 juta dan pengambilan balik tanah juga telah selesai dilakukan pada waktu itu.
"Namun berlaku sedikit pertukaran di antara Kementerian Pengangkutan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas itu... disebabkan permohonan terlalu besar (RM50 juta), reka bentuk saiz projek itu terpaksa diminimumkan.
"Saya tegaskan di sini projek itu tetap menjadi keutamaan kerajaan selaras dengan status Chukai sebagai pusat bandar di Kemaman yang berkembang pesat, menjadi tumpuan pelabur dalam banyak industri," katanya.
Menjawab soalan tambahan Hanafiah sama ada kerajaan negeri tahu terdapat pembangunan perumahan berhampiran tapak projek seluas 5.2 hektar itu, Rosli berkata ia dalam pengetahuan MPK.
"Jadi sekarang kita menunggu peruntukan KPKT dan pemaju yang mahu membangunkan projek perniagaan komersial kelas A berhampiran tapak pasar dan terminal bas Chukai itu," katanya.
-- BERNAMA

Wednesday, March 29, 2017
CEIBA CHODATII BUKAN IKON BANDAR BARU KUALA NERUS
KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) -- Terengganu tidak berhasrat menjadikan pokok gergasi 'Ceiba chodatii' atau benang sutera sebagai ikon Bandar Baru Kuala Nerus sebaliknya pokok itu hanya sumbangan kontraktor utama bagi mengindahkan landskap.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri Ir Rosli Othman berkata dakwaan pokok itu akan menjadi ikon Kuala Nerus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan rakyat.
"Saya juga nafikan terdapat dua pokok gergasi itu di Kuala Nerus, sebaliknya yang ada hanya sepokok sahaja," katanya soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) mengenai dakwaan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.

Tuesday, March 28, 2017
KELEWATAN BAS AMFIBIA TIDAK MELIBATKAN PENAMBAHAN KOS
KUALA TERENGGANU, 28 Mac (Bernama) -- Kelewatan penghantaran bas amfibia ke Terengganu tidak melibatkan impak kewangan dan kosnya kekal sekitar RM3 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata kelewatan penghantaran itu berpunca daripada tiga faktor termasuk cuaca sejuk yang melengahkan pengujian dan pensijilan oleh pihak ketiga di Malta.
Turut menyumbang kepada kelewatan ialah terhadnya kapal pengangkut, katanya menjawab soalah Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

WAN HAKIM MAHU SPNB DAN PRIMA BINA RUMAH DALAM DUN AIR PUTIH
KUALA TERENGGANU, 28 Mac (Bernama) -- Isu pemilikan rumah rakyat dibangkitkan oleh beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa membahaskan titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN Terengganu hari ini.
Antara lainnya, mereka meminta kerajaan negeri Terengganu supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.
Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) berkata masih belum ada projek perumahan yang dilaksanakan di kawasannya termasuk yang melibatkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

PENOLONG PENGARAH KEBUDAYAAN MALAYSIA SAMBUT BAIK PENGUMUMAN MB
KUALA TERENGGANU : Penolong Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Malaysia, Encik Zahari Mat merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri kerana memperuntukkan RM1.6 juta bagi membina gelanggang silat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.
Katanya, pembinaan Gelanggang Silat ini dapat menyemarakkan budaya seni mempertahankan diri di kalangan masyarakat terutama dalam bidang silat.
"Semestinya, orang-orang seni budaya terutama dalam bidang seni budaya ilmu persilatan menyambut baik pengumuman yang bermakna ini dari Menteri Besar Terengganu" katanya kepada Today Terengganu.

Monday, March 27, 2017
MASYARAKAT MASIH PANDANG MUDAH SOAL KESELAMATAN
KEMAMAN, 27 Mac (Bernama) -- Tahap kesedaran masyarakat dalam menjaga harta peribadi terutama kenderaan masih di tahap rendah.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata sikap ambil mudah dan merasakan sesuatu lokasi itu selamat terutama di kawasan rumah menjadi faktor penyumbang jenayah curi berlaku.
"Apabila berada di kawasan rumah mereka mengambil mudah dengan tidak mengunci kenderaan dan tidak menggunakan kunci tambahan.
"Sikap sambil lewa seperti ini memberi peluang dan ruang kepada penjenayah...orang ramai perlu ingat jenayah tidak mengira tempat, waktu dan mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurutnya dalam tempoh Januari hingga 24 Mac lalu sebanyak 69 kes kecurian harta benda direkodkan di daerah itu dan 44 kes melibatkan curi motosikal.
Mohd Said berkata walaupun jumlah itu tidak membimbangkan dan terkawal, langkah pencegahan perlu dilaksanakan serta memberi kesedaran kepada orang ramai.
"Walaupun telah banyak program dilaksanakan, kesedaran mereka masih kurang dan polis juga mengharapkan kerjasama orang ramai bagi membasmi dan melaporkan kejadian jenayah di kawasan setempat.
"Orang ramai juga tidak boleh mengharapkan polis semata-mata bagi menangani kesemua kes jenayah," katanya.
Menurut Mohd Said, bagi mengatasi masalah tersebut, pihaknya sering bekerjasama dan menganjurkan program kepolisan masyarakat dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran orang ramai.

Sunday, March 26, 2017
POLIS KESAN BERITA PALSU KES ROGOL DI PULAU PERHENTIAN
KUALA TERENGGANU, 25 Mac (Bernama) -- Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan individu yang menyebarkan berita palsu kes rogol dan cabul di Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Menyifatkan berita palsu itu sebagai tuduhan liar, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Idris Abdullah berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara tersebut dilakukan oleh mereka yang mahu mensabotaj Tahun Melawat Terengganu 2017.
"Ia mula tersebar apabila pulau-pulau peranginan di Terengganu dibuka semula kepada pelancong setelah lama ditutup sejak akhir tahun lalu berikutan musim tengkujuh.
"Perbuatan ini dikhuatiri boleh menjejaskan sektor pelancongan di Terengganu kerana butiran dalam laporan itu agak menakutkan bagi sesiapa yang membacanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Polis ke-210 di sini Sabtu.
Idris mengulangi bahawa siasatan polis mendapati berita yang disebarkan itu tidak berlaku.
Beliau mengulas perkongsian sebuah portal berita yang memetik 'pendedahan' individu menggunakan nama 'Cheryl Wong' kononnya berlaku kes rogol dan cabul yang berleluasa di pulau peranginan tersebut selain penggunaan ilmu hitam oleh pemandu pelancong.
Mengulas lanjut, Idris berkata dalam tempoh tiga tahun lalu, polis hanya menerima satu laporan kes cabul di Pulau Kapas serta satu kes rogol di Pulau Perhentian yang berlaku tahun lepas.
"Namun, modus operandinya tidak sama kerana mangsa tidak dicalit dengan minyak dagu atau losyen seperti yang tersebar dalam laporan itu, sebaliknya kes rogol berlaku apabila mangsa yang mabuk dirogol pekerja pusat hiburan manakala kes cabul pula berlaku ketika aktiviti snorkeling di perairan Pulau Kapas," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta pelancong wanita agar tidak bimbangkan keselamatan mereka jika mahu ke pulau-pulau peranginan di Terengganu.

Saturday, March 25, 2017
SETIAP DUN AKAN DIBINA GELANGGANG SILAT
KUALA TERENGGANU, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.6 juta bagi membina gelanggang silat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ia sebagai usaha merancakkan aktiviti golongan muda dan memastikan seni mempertahankan diri itu tidak luput dek zaman.
"Gelanggang silat ini kita akan namakan Gelanggang Silat TTB (Transformasi Terengganu Baharu) dan ia akan dibina di 32 DUN dengan peruntukan RM50,000 bagi setiap DUN," katanya.

Friday, March 24, 2017
TENGKU PUTERA RASMI KILANG PRE CAST IBS SANY GRUP DI KIJAL
KEMAMAN: Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Awang yakin pelaburan dan pembangunan yang dibawa oleh Sany Grup akan memberikan impak yang sangat positif ke atas pembangunan sosial ekonomi rakyat Terengganu.
Katanya, pelaburan yang dibawa oleh Sany Grup merupakan kemuncak kepada lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Razif Abdul Rahman ke Hunan, China pada 14 November 2015.
“Kunjungan tersebut telah membuka satu lembaran dan peluang baru kepada kerajaan negeri untuk mengembangkan peluang kerjasama yang ada di antara kedua-dua negara ini,” kata beliau di majlis pecah tanah kilang precast IBS Sany Grup di Kijal baru baru ini. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Wilayah Hunan, Xu Xian Ping dan Naib Presiden Sany Grup, Cik Li Jing Jing.
Beliau yang juga ADUN Kuala Berang menambah ekoran daripada lawatan tersebut, pihak Sany Grup telah mengadakan satu kunjungan balas ke pejabat Menteri Besar pada 27 Julai 2016.
Tengku Putera berkata pada 1 November 2017, pengasas dan presiden Sany Grup,Tang Xiuguo telah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyampaikan kesediaam Sany Grup untuk menyegerakan pelaburan di Terengganu.
Katanya, ia mencapai kemuncak apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengunjungi ibu pejabat Sany Grup di Beijing pada Januari 2017.
“Kita bersyukur kerana siri siri lawatan dan kunjung balas tersebut akhirnya menjadi kenyataan dengan pelancaran majlis pecah tanah kilang pre cast IBS yang pertama di Malaysia pada hari ini,” jelas beliau.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada M.Y.M.P Sdn Bhd sebuah syarikat Bumiputera tempatan yang telah diberikan mandat untuk membina 856 unit perumahan Prima bersebelahan dengan tapak kilang pre cast IBS Sany Grup.
“Saya difahamkan kos pembinaan kilang pre cast IBS ini melebihi RM20 juta dan kos keseluruhan pembinaan rumah Prima melebihi RM174 juta,” ujarnya lagi sambil berkata ia akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 300 pekerja tempatan.
Thursday, March 23, 2017
AWAS 'BOM JANGKA' DI RUMAH
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Berapa banyak peralatan elektrik di rumah anda?.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), penggunaan peralatan elektrik berlebihan yang berfungsi hampir 24 jam sehari ibarat seperti 'bom jangka' yang boleh mengundang risiko berlakunya kebakaran.
Penolong Ketua Pengarah bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Zulkarnain Md Kassim berkata ramai dalam kalangan masyarakat tidak sedar bahawa gaya hidup masa kini dan peningkatan taraf hidup menyebabkan mereka terlupa akan 'bom jangka' berkenaan.
"Apabila kita meletakkan peralatan elektrik yang baharu, jadi berlaku arus ulang-alik yang lebih dan ia sebenarnya boleh mengundang risiko berlakunya kebakaran," katanya kepada Bernama di sini.
Peningkatan taraf hidup dan gaya hidup masa kini, ramai kalangan rakyat Malaysia kini rata-ratanya memiliki lebih daripada satu unit peralatan elektrik seperti sistem penghawa dingin, peti sejuk, sistem dapur elektrik, mesin basuh, televisyen, komputer dan sebagainya.
"Ini tidak termasuk lagi jumlah pengecas telefon bimbit untuk setiap anggota keluarga kerana terdapat kes kebakaran berlaku daripada percikan api daripada telefon bimbing yang sedang dicaj," katanya.
Beliau berkata sebuah rumah standard di Malaysia dibekalkan dengan voltan 240V dan ia jauh lebih tinggi berbanding rumah di Jepun yang dibekalkan hanya 110V.
Zulkarnain berkata penggunaan elektrik berlebihan juga akan menyebabkan berlakunya litar pintas akibat sistem pendawaian tidak diselenggara dengan baik.
Berdasarkan kajian JPBM, faktor pengunaan elektrik berlebihan dan sistem pendawaian yang tidak diselenggara dengan baik, menjadikan ruang dapur dan ruang tamu rumah sebagai kawasan tercetusnya kebakaran.
"Cuaca di Malaysia, berlakunya musim hujan dan panas, menyebabkan pendawaian elektrik mudah reput atau rosak, masyarakat perlu sedar bahawa sistem pendawaian dan wayar elektrik perlu diperiksa atau ditukar setiap 10 tahun," katanya.
Selain itu, Zulkarnain berkata, setiap rumah juga perlu memiliki alat pengesan asap atau alat pemadam api.
"Pemadam api boleh beli dan harga dalam RM200, manakala untuk pemasangan pengesan asap ia adalah jauh lebih murah dan hanya memerlukan bateri dan boleh didapati dengan harga sekitar RM80," katanya.
Beliau berkata mengikut statistik tahun 2016, sebanyak 28 kes kematian dilaporkan berlaku melibatkan rumah kediaman dan masyarakat perlu melihatnya sebagai sesuatu yang serius.
Antara kes kematian akibat kebakaran ialah empat sekeluarga dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Jaya pada 6 Feb lepas dan tiga di sebuah rumah teres di Taman Wangsa Permai, Kepong, di sini pada 14 Feb lepas.
Kes terbaru melibatkan seorang kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres setingkat di Dengkil, Selangor pada 15 Mac lepas.
Kebakaran itu dipercayai berlaku akibat litar pintas.

Monday, March 20, 2017
TERENGGANU TANGGUNG KOS PEMBEDAHAN NUR SOFEATUL AIESHA
HULU TERENGGANU, 20 Mac (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan menanggung kos pembedahan adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani, 2, kanak-kanak yang mengalami penyakit lebihan cecair dalam kepala.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau akan merujuk perkara ini kepada doktor pakar di Kuala Terengganu Specialist Centre (KTS) untuk tindakan lanjut.
"Alhamdulillah dalam lawatan hari ini saya telah melihat dua keluarga dan kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah kedua-dua keluarga.
"Bagi kes Nur Sofeatul, kami akan terus rujuk perkara ini kepada pakar kanak-kanak kami di KTS untuk menyelesaikan masalah air dalam kepala dan sumbing di mulutnya.
"Bagi Erynn Erlina Mohd Hashim Liew Abdullah, 18, dan Danish Darwish Mohd Hashim Liew Abdullah, 14, saya akan serah kepada Anggota Dewan Undangan (ADUN) Ajil, Ghazali Taib untuk memberi bantuan terutama dari segi fisioterapi," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada program Menteri Besar Turun Padang, Ajil yang turut dihadiri ADUN Ajil, Ghazali Taib di sini semalam.
Sementara itu bapa kepada Nur Sofeatul, Zamani Salleh, 42 dan ibu, Nur Faiz Mohd Rani, 33, bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan bantuan kerajaan negeri untuk anak mereka.
"Saya rasa bersyukur dengan pemberian ini dan saya selalu berdoa agar usia anak saya panjang supaya saya dapat melihat ia membesar dengan sihat," katanya.
Nur Sofeatul menghidap penyakit 'alobar horoprosencephaly' ketika dalam kandungan dan mengalami masalah lelangit sumbing manakala pasangan adik-beradik Erynn dan Danish menghidap penyakit 'cerebral palsy ' dan tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Sunday, March 19, 2017
YPK TERUSKAN PROGRAM PERKAHWINAN PERDANA
KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Bernama) -- Kejayaan Program Perkahwinan Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang melibatkan 217 pasangan pengantin tahun lepas diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta.
Pengarah YPKT Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata pihaknya menyasarkan 480 pasangan untuk tahun ini.
"Maklum balas yang diterima sangat positif kerana program ini dapat mempercepatkan proses pernikahan bakal pengantin yang berpendapatan bawah RM3,000 dan mengurangkan beban kewangan keluarga untuk mengadakan kenduri kerana pengantin akan diraikan dalam majlis khas untuk hari bersejarah itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya syarat untuk program tahun ini juga sama seperti tahun lepas antaranya pasangan atau seorang daripada mereka adalah anak Terengganu dan perkahwinan itu adalah kali pertama.
"Pasangan juga tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan," katanya.
Kesemua pasangan perlu lulus kursus praperkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam kendalian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan.
Borang permohonan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan bakal pengantin perlu ke pejabat YPKT di setiap daerah untuk memohon, katanya.
Katanya program cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman itu bertujuan antara lain menangani budaya kahwin lewat, kos pengurusan perkahwinan yang tinggi selain mengurangkan gejala sosial dalam kalangan generasi muda.

Saturday, March 18, 2017
SERIKANDI BINA BANGUNAN BARU RM3 JUTA
KUALA NERUS, 18 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk membina bangunan baharu Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).
Beliau berkata ia bertujuan menghargai peranan penting yang telah dimainkan oleh Serikandi selama ini dalam menjayakan program melibatkan masyarakat dan kerja amal.
"Ketika ini Serikandi beroperasi di kuarters kerajaan yang terletak di Batu Buruk di Kuala Terengganu, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih reka bentuk yang sesuai.
"Projek tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan kuarters itu sebagai pembangunan perumahan awam yang moden dan strategik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Serikandi kali ke-30 di sini, semalam.
Turut hadir Yang Dipertua Serikandi Toh Puan Seri Halina Zakaria.
Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk memudahkan Serikandi menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran tahunan mereka.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada 20 anak istimewa dan kurang berkemampuan dari kawasan Parlimen Kuala Nerus.

Friday, March 17, 2017
UMNO TERENGGANU ADAKAN SIMULASI PILIHAN RAYA BULAN DEPAN
KUALA TERENGGANU 17 Mac - UMNO Terengganu akan melaksanakan simulasi pilihan raya akhir bulan depan sebagai persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, simulasi itu disasar untuk dibuat secara berkala ke arah memantapkan gerak kerja jentera parti.
"Jadi bersiap-siaga semua kerana pada akhir bulan April nanti kita akan membuat percubaan itu bagi memastikan semua jentera dalam keadaan bersedia sepenuhnya apabila pilihan raya umum sebenar," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Negeri di sini semalam.
Thursday, March 16, 2017
TERENGGANU'S SILAT PRINCESS SCORES 8A's FOR SPM 2016 EXAM
KEMAMAN: National Putri Silat champion Izlina Ameera Izlirahman is an inspiration for many girls in her school for her exemplary martial arts skills.
However, she’s now a role model for another achievement - the 8As and 1B she scored in the SPM examination.
The 2015 silat champion from SMK Chukai proved yet again that being active in co-curricular activities does not necessarily mean that they would neglect their studies.
She said apart from silat, she is also actively involved in softball and athletics.
“Dividing my time carefully is the key to my achievement.
" When preparing for exams, I did not abandon my interest in sports. During intensive training for silat tournaments, I also studied as per usual.
"The high level of discipline in my school played a big role in moulding me into what I am today. I would like to thank my principal and teachers," she said, adding that she aspires to become a physiologist.
Izlina said she had only expected to score 6As at the most, as she had bagged 5As during the trial exam.
School principal Roeaidah Yusuff said the school has maintained its number of straight-A scorers at 22, the same as in 2015.
MB UCAP TAHNIAH KEPADA PENDIDIK YANG BANYAK BERKORBAN
KUALA TERENGGANU, 16 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah dan terima kasih warga pendidik serta ibu bapa yang banyak berkorban demi merealisasikan keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.
Beliau berkata Terengganu mencatatkan peningkatan dari segi Gred Purata Nasional (GPN) pada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015 serta berjaya mengatasi GPN peringkat kebangsaan iaitu 5.10.
"Seluruh kepimpinan negeri mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang dua calon yang memperolehi A+ dan 306 calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan tahniah juga kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus yang muncul sebagai sekolah terbaik SPM 2016 Terengganu kali ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Wednesday, March 15, 2017
26 NEGARA SERTAI SWIMATHON ANTARABANGSA KAPAS - MARANG
MARANG, 15 Mac (Bernama) -- Seramai 400 peserta dari dalam dan luar negara mengesahkan penyertaan dalam Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang yang diadakan pada 19 Mac ini.
Timbalan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata acara itu berjaya menarik penyertaan 26 negara, antaranya Algeria, Australia dan Jerman, berbanding 20 negara sebelum ini.
"Seramai 330 peserta dari Malaysia manakala 70 peserta lagi dari negara luar telah mengesahkan penyertaan dan sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya selepas meninjau persediaan pertandingan di Pulau Kapas, di sini semalam.

Tuesday, March 14, 2017
AHMAD SAID MAHU TANDING PARLIMEN?
KEMAMAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek yang sudah tiga penggal menjadi ahli parlimen Kemaman dijangka bersara dari politik kerana difahamkan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mahu bertanding kerusi parlimen Kemaman pula.
Beliau dikatakan telah memberitahu PMO bahawa beliau yang sudah menjadi lima penggal ADUN Kijal sejak tahun 1990 (kecuali 1999-2004) mahu bertanding kerusi parlimen pula.
Sehingga ini tak dapat dipastikan sama ada Ahmad Shabery bersara dari politik atau bertanding di DUN Kemasik. Jika beliau bertanding di DUN Kemasik beliau dijangka jadi MB baharu jika Datuk Seri Ahmad Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus. Jika Razif kekal di DUN Seberang Takir beliau kekal sebagai MB dan Ahmad Shabery menjadi Exco Kanan seperti Tan Sri Dr Yusof Noor.
Tetapi menurut sumber, Ahmad Said yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mahu kerusi DUN Kijal ditandingi oleh Cikgu Roshaili yang juga bekas Pengarah APMT. Sehingga ini tiga nama disebut bertanding di DUN Kijal termasuk Cikgu Roshaili, Kamarudin Ali dan Haji Yahya Mohamad.
Di DUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar dikatakan lebih berminat bertanding di kerusi parlimen juga. Tempat beliau dijangka diganti oleh Tuan Kecil Tuan Tengah, Ustaz Zulkifli Sulong, Norzilam dan Dr Zaki.
Di DUN Kemasik, nama Ir Rosli Othman dikatakan akan digugurkan. Tempat beliau dijangka digantikan oleh orang kanannya atau Ahmad Shabery atau Haji Mustafa Abdul Rahman.
Di DUN Chukai, empat nama disebut sebagai bakal calon BN iaitu Datuk Mohamad Awang Tera, Datuk Rahim Husin, Mat Dalam Awang dan Fikri Ibrahim.

Monday, March 13, 2017
KEJUARAAN GENDANG SILAT MELAYU SEMPENA PESTA PANTAI
Pada tahun 70an Pesta Main Pantai begitu popular di Batu Buruk selepas musim menuai padi. Di pantai tersebut melayan berkumpul di pantai membina bangsal masing masing. Biasanya main pantai berlangsung selama 7 hari 7 malam.
Namun demikian kerajaan mengubaisuai pesta tersebut dengan mengadakan pelbagai acara kebudayaan seperti pertunjukan rodat, mak yong, main puteri, dikir barat dan wayang kulit.
Pesta Pantai Terengganu 2017 diadakan sekali lagi di Batu Buruk dari 22 hingga 25 Mac ini anjuran Pesaka Terengganu dan Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Sempena pesta tersebut, Pesaka gabungan 12 pasukan silat di negeri Terengganu akan mengadakan demonstrasi silat Melayu pada 22 dan 23 Mac ini.
menurut Setiausaha Pesaka terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar, selain mengadakan demonstrasi silat Melayu, kejuaraan gendang silat Terengganu turut diadakan pada 24 dan 25 Mac nanti.
"Ia bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam main gendang. Generasi tua yang mahir main gendang semakin pupus maka kejuaraan ini bertujuan mencari bakat muda untuk bermain gendang," katanya.
Sehubungan dengan itu beliau mengajak golongan muda menyertai kejuaraan gendang silat ini supaya tradisi main gendang tidak pupus ditelan zaman.

Sunday, March 12, 2017
MAT DAN NIKAH GADIS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 12 Mac (Bernama) -- Selebriti tv keturunan British yang fasih dengan loghat Terengganu, Mat Dan selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis Melayu dalam satu majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, hari Ahad.
Difahamkan majlis serba sederhana itu berlangsung di sebelah malam tanpa kehadiran pihak media atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.
Namun beberapa gambar majlis pernikahan itu tersebar di laman sosial Facebook sejurus kemudian

Saturday, March 11, 2017
PENDUDUK LUAR BANDAR KENA ADA MINDA KELAS PERTAMA
BESUT, 11 Mac (Bernama) -- Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh meminta penduduk di luar bandar supaya memiliki minda kelas pertama dengan tidak terus berada di belakang dan mengharapkan sokongan orang lain untuk maju ke hadapan.
Katanya, sikap merendah diri dan anggapan tidak mampu untuk maju ke hadapan perlu diubah kerana dunia tanpa sempadan kini menuntut setiap orang perlu berusaha untuk maju manakala yang malas akan terus ketinggalan.
"Ramai penduduk kampung (luar bandar) yang hidup miskin tetapi telah terbukti mampu mengubah hidup mereka dengan menukar cara hidup dengan lebih banyak berusaha seperti yang dibuktikan oleh anak-anak penduduk kampung yang berjaya dalam pend idikan.....

Friday, March 10, 2017
JANGAN KERUHKAN HUBUNGAN MALAYSIA DAN KOREA UTARA
HULU TERENGGANU, 10 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mengingatkan pengguna media sosial agar tidak menjadi 'nasi tambah' dalam mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara.
Beliau memberikan peringatan itu berikutan penyebaran berita kononnya berlaku pembunuhan beramai-ramai rakyat Malaysia di Korea Utara yang disebar di laman sosial.
"Ini adalah berita palsu...saya bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mendoakan rakyat kita yang masih ditahan di Korea Utara agar keselamatan mereka sentiasa terjamin.
"Mana-mana pihak yang masih melakukan perkara berkenaan (menyebarkan berita palsu itu)...kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Buloh, di sini hari ini.
Katanya beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat siapa dalang di sebalik penyebaran berita palsu tersebut.
"Semalam kita mendapat tiga aduan mengenai perkara yang melibatkan viral tentang peluru berpandu Korea Utara mampu sampai ke Malaysia...termasuk kes ini empat dalam siasatan.
"Cuma nasihat saya kepada masyarakat di luar sana, jangan mudah terpengaruh benda-benda sebegini kerana tidak tahu kesahihannya. Kita haruslah dapatkan dari sumber yang tepat dan mempunyai autoriti," katanya.
Sementara itu, Jailani turut menasihati pengguna agar berhati-hati dengan panggilan 'spam' yang diterima pengguna dari pihak tertentu yang meminta mereka mengemas kini akaun bank mereka.
"Dalam kes sekarang, mereka ini menggunakan nama-nama bank tempatan. Kita kena 'double check' sama ada orang tersebut merupakan staf bank tersebut atau mereka hanya menyamar, harus dipastikan kesahihannya," katanya.

Thursday, March 9, 2017
CABARAN SPR TANGANI PERSEPSI NEGATIF
KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) -- Persepsi negatif sesetengah pihak terhadap ketelusan dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang menjadikan badan itu lebih berhati-hati.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pada dasarnya, setiap pilihan raya umum itu mempunyai cabaran yang hampir sama cuma ia bergantung kepada faktor luaran seperti isu politik yang sangat sensitif di negara ini.
"Tugas kami di SPR adalah untuk mengemas kini daftar pemilih dan hal lain yang berkaitan pilihan raya di mana kemuncaknya adalah selepas SPR menerima notis pengisytiharan pembubaran dewan rakyat atau dewan negeri.
"Setelah notis diterima, barulah kami akan bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon, tarikh mengundi awal dan sehingga keputusan diketahui tanpa cenderung kepada mana-mana parti politik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama usahawan muda Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan, Dr Tengku Khairi A Rahman.
Mengulas lanjut, Mohd Hashim berkata kekerapan SPR turun padang sejak akhir-akhir ini juga bukanlah petunjuk kononnya PRU14 akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebenarnya SPR sentiasa menjalankan daftar pemilih sebelum ini, namun ia diperhebatkan dengan menjalin kerjasama strategik bersama banyak pihak agar suruhanjaya itu dapat turun padang untuk memberi penerangan kepada orang ramai kepentingan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dengan mengundi pada PRU14 nanti, katanya.
"Ada tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab kononnya gerak kerja sebegini membuktikan SPR sudah bersedia untuk menguruskan PRU14...itu tidak benar, kami sendiri tidak tahu bila tarikh pilihan raya, hanya bersedia sepenuhnya kerana ia boleh berlaku bila-bila masa," katanya.
Sekiranya SPR tidak telus dan cenderung kepada parti tertentu (Barisan Nasional) bagaimana negeri-negeri tertentu boleh diperintah orang tertentu, oleh parti-parti tentu yang kebanyakannya adalah negeri kaya," soalnya.

Wednesday, March 8, 2017
BERNAMA RANGKUL DUA ANUGERAH MALAM MEDIA UMT
KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) -- Bernama berjaya merangkul dua anugerah pada Majlis Malam Apresiasi Media 2016 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) malam tadi.
Majlis meraikan lebih 150 pengamal media yang bertugas di Terengganu itu mempertandingkan pelbagai Anugerah Gerbang Pena yang memfokuskan kepada penyelidikan dan aktiviti berkaitan universiti tersebut.
Wartawan Nur Firdaus Abdul Rahim memenangi Anugerah Berita Atas Talian (Online) Bahasa Melayu bagi kategori penyelidikan bertajuk 'UMT Hasilkan Produk Kesan Bahan Endotoksin Dalam Produk Farmaseutikal.'
Beliau turut memenangi Anugerah Berita Atas Talian (Online) Bahasa Inggeris menerusi laporan bertajuk 'UMT Creates High Calcium Pizza From Tamban Fish Bone Extract.'
Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah berjumlah RM1,000 bagi kedua-dua kategori itu yang disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aeini Mokhtar.
Sementara itu, Anugerah Berita Akhbar Bahasa Melayu Terbaik bagi kategori pendidikan dimenangi wartawan Utusan Malaysia, Rosalinda Md Said manakala kategori penyelidikan dimenangi wartawan Berita Harian Aslina Abu Bakar.
Turut dipertandingkan ialah anugerah melibatkan peranan radio dan televisyen yang diungguli Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Anugerah Berita Televisyen Terbaik (Pendidikan), Berita Radio Terbaik bagi kategori pendidikan dan penyelidikan serta kategori am.
Terdahulu, dalam ucapannya, Nor Aeini berkata sokongan padu daripada pengamal media Terengganu selama ini telah menempatkan UMT sebagai universiti peneraju dalam bidang sains marin dan sumber akuatik.
"Ledakan teknologi komunikasi maklumat ketika ini menjadikan cabaran mempertahankan agenda nasional sangat besar dan mencabar menyebabkan aliran berita menjadi terlalu pantas, terlalu banyak informasi samaada sahih atau tidak disebarkan.
"Namun saya percaya secanggih mana pun teknologi itu, etika dan tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat tepat dalam aspek pendidikan," katanya.

Tuesday, March 7, 2017
TUJUH PELAJAR UMT CEDERA SELEPAS VAN REMPUH LEMBU
DUNGUN, 7 Mac (Bernama) -- Tujuh pelajar dan seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) cedera selepas van mereka merempuh seekor lembu di kilometer 336.9, LPT2 Paka-Kuala Dungun di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu pemandu van Nissan Urvan terbabit, Jaafar Mamat, 55, cedera di kaki dan dada manakala dua pelajar iaitu Nuraini Omar Radzi, 22, patah kaki kanan dan Zulizah Ochi, 22, cedera di kepala dan dada.
Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Lima lagi pelajar terbabit ialah Muhammad Bahri Abd Talib, 23, Nur Hamiza Mohd Alias, 22, Nur Hidayah Azis, 21, Nasorriah Nasir, 29, dan Wan Nur Hanani Wan Md Yusof, 21, yang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.
Akibat rempuhan ke atas lembu itu, dilaporkan van yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu.

Monday, March 6, 2017
PROJEK PEMULIHARAAN UMT BERJAYA TINGKATKAN JUMLAH PENDARATAN PENYU
DUNGUN, 5 Mac (Bernama) -- Pantai peranginan di Terengganu termasuk Rantau Abang di sini pernah mencatat pendaratan penyu belimbing sebanyak 10,000 sarang pada tahun 1950-an.
Ketika itu, Rantau Abang begitu meriah dan padat dengan kunjungan ribuan pengunjung namun ia semakin mencatat penurunan ekoran pendaratan penyu kadang-kala kurang daripada 50 sarang.
Penurunan drastik pada awal tahun 1990-an itu telah mendorong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk memulakan usaha penyelidikan dan pemuliharaan penyu yang menjadi ikon negeri.
Projek yang dijalankan sejak 24 tahun lalu itu diterajui Unit Penyelidikan Penyu UMT (SEATRU) dengan stesen penyelidikan yang terletak di Chagar Hutang, Pulau Redang.
Ketua Penyelidik SEATRU, Profesor Madya Dr Juanita Joseph berkata ketika projek itu dimulakan pada tahun 1993, Pulau Redang merekodkan kurang daripada 500 sarang dengan anggaran 100 ibu penyu sahaja mendarat di pulau itu.
"Ketika itu, telur penyu perlu dibeli daripada pemajak telur penyu berlesen dengan harga RM120 untuk setiap sarang sama ada penyu agar atau penyu karah.
"Jumlah sarang yang dapat dibeli untuk projek pemuliharaan penyu UMT ini agak terhad menggunakan dana yang ada, namun ia tidak menjadi penghalang untuk penyelidik meneruskan usaha mereka dalam misi memastikan projek pemuliharaan ini berjaya," katanya ketika ditemui Bernama.
Pada tahun 2005, kerajaan negeri Terengganu telah mengisytiharkan tiga pantai utama di Pulau Redang sebagai santuari penyu iaitu pantai Chagar Hutang, pantai Mak Simpan dan pantai Mak Kepit.
Serentak dengan pengisytiharan itu, pengutipan telur penyu untuk dijual telah dimansuhkan dan pengeraman 100 peratus telur penyu yang ada di Pulau Redang dapat dilakukan.
Dr Juanita berkata pengeraman dibuat secara semula jadi yang mana ancaman telur dan anak penyu yang baru menetas dikawal sepenuhnya melalui penyelidikan rapi oleh UMT dan teknik pemuliharaan yang mengikut prosedur saintifik.
"Hasil kerja keras dan usaha penyelidik SEATRU terbukti berjaya dengan cemerlang apabila data persarangan penyu menunjukkan populasi haiwan itu di Pulau Redang mula meningkat pada tahun 2010 iaitu 18 tahun selepas kerja menyelidik dijalankan.
"Paling menggembirakan apabila buat kali pertama, persarangan penyu di Chagar Hutang, Pulau Redang mencapai jumlah 1,000 sarang. Ia terus meningkat hampir tiga kali ganda iaitu 1,500 sarang pada tahun lepas berbanding hanya 500 sarang ketika projek ini dimulakan," katanya.
Dalam tempoh 24 tahun penyelidikan itu berjalan, UMT telah melindungi lebih 13,000 sarang penyu dan telah berjaya melepaskan sejuta anak penyu ke laut.
Ditanya sama ada kejayaan projek pemuliharaan dan penyelidikan penyu UMT itu mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan Rantau Abang sebagai lokasi pendaratan terkenal penyu belimbing di Terengganu, Dr Juanita berkata perkara itu agar sukar dan mustahil berlaku.
"Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penyu belimbing di Rantau Abang hampir pupus sepenuhnya kerana sarang terakhir direkodkan ialah pada tahun 2010 dan semua telur tidak menetas sejak tahun 2000, mungkin disebabkan tiada atau kurang penyu jantan.
"Ketika ini, penyu belimbing banyak terdapat di bahagian Lautan Atlantik di sekitar perairan Amerika Syarikat, Mexico dan French Guiana manakala di bahagian Lautan Pasifik pula, jumlahnya juga semakin menurun," ujarnya.
Tambah Dr Juanita setakat ini, hanya 10 peratus telur berjaya dieram namun jumlah itu sangat kecil dan tidak mencukupi untuk masa depan dan pihaknya akan berusaha untuk memastikan 100 peratus telur berjaya dieram kerana kadar kematian anak penyu sangat tinggi.
Malah hanya satu daripada 1,000 anak penyu yang dilepaskan ke laut berjaya hidup dan kembali semula ke pantai asalnya untuk menetas.
"Tahap matang penyu ialah antara 20 hingga 50 tahun dan kerana lambat matang, kebanyakan penyu akan mati. Sebab itu kita perlu melepaskan lebih banyak anak penyu ke laut hasil projek pemuliharaan yang dilakukan.
"Peluang untuk penyu belimbing kembali ke Rantau Abang sangat tipis namun untuk penyu agar, harapan itu masih ada. Apa yang boleh kita lakukan ialah meneruskan pemuliharaan ini semaksimum mungkin agar kenangan sejarah penyu di Terengganu mampu ditatap generasi akan datang," katanya.

Sunday, March 5, 2017
AIR TERJUN LASIR DIBUKA SEMULA KEPADA ORANG RAMAI
HULU TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) -- Kemeriahan 'Visit Beautiful Terengganu 2017' di sekitar Tasik Kenyir mula terasa dengan pembukaan semula air terjun Lasir kepada orang ramai bermula awal minggu ini.
Tinjauan Bernama di Tasik Kenyir hari ini mendapati beberapa rumah bot mula dipenuhi pelancong yang ingin bercuti ke air terjun terkenal itu setelah lama ditutup sejak musim tengkujuh akhir Disember tahun lalu.
Seorang kakitangan swasta, Alias Shah Embong, 43, berkata beliau mengambil peluang datang ke air terjun itu sempena cuti am ulang tahun pertabalan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.
"Kebetulan, sepupu datang dari Kedah untuk bercuti ke Terengganu bermula Jumaat lalu, jadi saya pelawa mereka sekeluarga datang ke sini untuk melihat keindahan Tasik Kenyir.
"Pengusaha rumah bot mencadangkan kami ke air terjun Sungai Lasir yang boleh dikunjungi sekarang, memang berbaloi ke sini sebab air terjunnya sangat cantik dan belum tercemar, walaupun mengambil masa hampir dua jam perjalanan dari jeti Pengkalan Gawi, kami semua sangat seronok dapat bermandi-manda di sini," katanya kepada Bernama.
Seorang lagi pengunjung, Mohd Nuzul Hidayat Sulaiman, 25, berkata keindahan air terjun Lasir yang masih belum terusik menggamit beliau dan keluarga untuk datang berkunjung ke situ meskipun menetap di Johor Bahru.
"Saya selalu dengar kawan-kawan yang berasal dari Terengganu berkata tidak lengkap kunjungan ke Tasik Kenyir jika tidak ke air terjun ini.
"Ternyata keindahan air terjun ini seindah khabar dan rupanya. Hilang penat lelah saya dan keluarga memandu jauh kira-kira 500 kilometer dari Johor," katanya.
Sementara itu pemilik rumah bot Arowana Kenyir, Md Zaki A Bakar berkata ini adalah pengunjung terawal diterima oleh pihaknya selepas berakhirnya musim tengkujuh.
"Ketika musim tengkujuh, kami turut menerima tempahan tetapi lebih kepada kaki pancing kerana masa itu musim ikan banyak...tempahan ada tapi paras air meningkat menyebabkan ia tidak selamat untuk aktiviti di air terjun terutamanya," katanya.

Thursday, March 2, 2017
AMPHICOACH TIBA PERTENGAHAN TAHUN INI
KUALA TERENGGANU, 2 Mac (Bernama) -- Sebuah bas jenis 'Amphicoach' yang dibeli Kerajaan Negeri Terengganu bagi merancakkan industri pelancongan di negeri ini dijangka tiba pertengahan tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata ini sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dua bas jenis itu telah 'hilang'.
"Adalah dimaklumkan, kelewatan menerima bas itu disebabkan keputusan kerajaan negeri yang mahu Amphicoach itu diterima dengan mematuhi sepenuhnya spesifikasi ditetapkan.
Tuduhan konon dua buah bas berkenaan hilang juga tidak benar memandangkan kerajaan negeri hanya membeli sebuah sahaja bas berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Nawawi berkata satu ujian telah dilakukan terhadap bas dua alam itu dan mendapati ia tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.
"Selepas ujian dilakukan terhadap bas berkenan pasukan jurutera yang terlibat telah berjaya mengesan kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada 'Wheel & Water Jets' yang berpunca dari peningkatan kuasa enjin.
Ekoran itu, kerajaan negeri telah meminta penghantaran kenderaan tersebut ditangguhkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan supaya kerajaan dapat menerima sesuai dengan terma-terma perjanjian yang telah ditetapkan," katanya.
Mengulas lanjut, Wan Nawawi berkata kelewatan yang berlaku juga adalah disebabkan masalah transit dan juga masalah persijilan yang turut memakan masa kerana bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca di Malta.
"Malah, pengujian dan persijilan oleh pihak ketiga di Malta juga sukar dijadualkan dan boleh ditunda pada saat akhir mengikut perubahan cuaca ketika pengujian dalam air dijalankan.
Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang bas itu kerana kenderaan tersebut dijangka tiba ke Terengganu pada pertengahan tahun ini jika memenuhi segala spesifikasi yang telah ditetapkan," katanya.
Hari ini, tiga wakil rakyat pembangkang, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ADUN Bandar, Azan Ismail dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat laporan polis agar menyiasat di manakah kedua-dua buah bas yang ditempah oleh kerajaan negeri sejak 2014 itu berada sekarang.

Wednesday, March 1, 2017
YAYASAN TERENGGANU TETAP TAJA PELAJAR KE LUAR NEGARA WALAUPUN KEKANGAN EKONOMI
KUALA TERENGGANU, 1 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) memperuntuk lebih RM29.7 juta untuk menaja 468 pelajar Terengganu ke universiti luar negara termasuk lima yang akan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman bulan ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penajaan itu diteruskan demi masa depan rakyat meskipun kerajaan negeri berdepan kekangan ekonomi.
Beliau berkata penajaan diberi keutamaan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Matrikulasi.
"Justeru adalah tidak benar dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan negeri sudah menghentikan penajaan pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kerana hakikatnya program ini tetap diteruskan, cuma jumlahnya berkurangan sedikit daripada kebiasaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penyerahan wang pendahuluan diri kepada lima pelajar tajaan YT dalam bidang kejuruteraan untuk ke Jerman tahun ini.
Lima pelajar berkenaan ialah Ahmad Azharul Azri Amri, Ahmad Nizam Najmi Abd Wahab, Amerul Atiq Yahaya, Abdul Latif Sa'id dan Mahirah Hanim Abdul Rahim yang menerima wang pendahuluan RM36,411.95 seorang.
Ahmad Azharul Azri dan Mahirah Hanim akan melanjutkan pengajian ke Universiti Sprachzentral Leipzig, manakala Ahmad Nizam Najmi, Amerul Atiq dan Abdul Latif masing-masing ke Weilhem, Kassel dan Dusseldorf.
Ahmad Razif berkata setakat Mac ini seramai 17 pelajar ditaja YT untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan aeroangkasa ke universiti terkemuka di Jerman dan United Kingdom.
Mahirah Hanim, 20, mengucapkan setinggi penghargaan kepada kerajaan negeri di atas penajaan berkenaan.
"Bukan mudah untuk saya dan rakan-rakan meneruskan pengajian ke Jerman kerana program A-Level yang dijalani adalah sangat sukar tapi Alhamdulillah kami semua berjaya melepasi peringkat itu.
"Insya-Allah, kami akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak akan menghampakan keluarga, ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepada kami dan berharap kami dapat berbakti kepada negeri Terengganu apabila sudah berjaya pada masa depan," kata anak sulung dari empat beradik ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)