Friday, November 2, 2018
MASIH ADA HARAPAN PROJEK ECRL
KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Bernama) – Keputusan kerajaan menggantung projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dan bukannya membatalkannya, memberi gambaran masih ada harapan projek itu dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr Mamad Puteh berkata beliau amat berharap penggantungan itu tidak akan mengambil tempoh yang terlalu lama.
"Ini kerana proses pembinaan telah pun dimulakan, ada bukit yang sudah ditebuk dan ada binaan yang separa siap. Jika dibiarkan dalam tempoh lama, kita khuatir ia akan menjadi lokasi tumpuan kegiatan tidak berfaedah seperti tempat maksiat.
"Lebih membimbangkan jika berlaku kecurian di tempat binaan tersebut kerana ia terbiar tanpa sebarang pengawasan serta berisiko berlaku kerosakan serta runtuhan yang akhirnya menyebabkan pembaziran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tambah beliau, kerajaan Terengganu sangat mengharapkan agar projek ECRL itu dapat diteruskan secepat mungkin kerana ia memberi banyak manfaat terhadap pembangunan Pantai Timur.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan mencadangkan kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 billion digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.
Sementara itu, seorang pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Mohd Zulkohir Mohd Zaiki, 22, berkata beliau berharap projek itu tidak ditangguhkan terlalu lama kerana ECRL mampu memberi impak positif kepada golongan peniaga sepertinya.
"Dengan adanya ECRL, ia dapat memudahkan penghantaran produk saya terus kepada pelanggan di sebelah kawasan pantai Barat dengan cepat dan selamat.
"Sebelum ini saya mengedar produk dengan menggunakan perkhidmatan Poslaju atau syarikat kurier, namun ia mengambil masa yang lama serta menyebabkan risiko kerosakan pada produk hingga kadang-kala saya kehilangan pelanggan," katanya.
Seorang pekerja swasta, Haziman Rosli, 48, pula berkata rakyat Terengganu tidak perlu melatah dengan penangguhan itu kerana berpendapat kerajaan pusat telah memikirkannya dengan terperinci.
"Mungkin dalam tempoh penangguhan itu, kerajaan akan menaik taraf kemudahan jalan raya di negeri ini, lagipun ia bukanlah satu keperluan yang mendesak untuk ECRL dilaksanakan ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya telah kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.
ReplyDeleteNah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya fikir sebagai salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan mencubanya semula .... Mengejutkan saya selepas prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya memohon langsung ke akaun bank saya tanpa bayaran tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja yang indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya yang memerlukan pinjaman juga dikenakan dan mereka mendapat pinjaman juga ....
Anda boleh menghubungi ibu Susan bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
Juga pada whatsapp 12027538718
untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya
Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di email ini jika anda takut: aelok36@gmail.com