KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meneruskan tradisi Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) mengadakan program Kembali Ke Sekolah untuk 80 murid dari empat sekolah dari Parlimen Marang, di pasaraya Mydin di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor.
Ditanya dalam sidang akhbar selepas program EPIC, sama ada kerajaan negeri akan meneruskan pemberian yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti bantuan pakaian sekolah untuk keluarga kurang kemampuan, Ahmad Samsuri berkata ia akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan.
"Begitu juga dengan insentif dalam bidang pendidikan, ia akan disentuh dalam Belanjawan 2019 nanti," katanya sambil memaklumkan hasil royalti minyak dan gas akan turut dimasukkan ke dalam bajet itu sebagai hasil terimaan negeri.
Terdahulu, Samsuri sempat menemani murid yang menerima bantuan EPIC itu memilih peralatan alat tulis mereka di pasaraya itu.
Setiap mereka menerima bantuan RM565 yang diberi dalam beberapa bentuk sumbangan antaranya baucar pakaian sekolah bernilai RM200, baucar kasut RM100 dan pembelian alat tulis RM80.- Bernama
No comments:
Post a Comment