Monday, December 26, 2016

SUK MELAWAT MANGSA BANJIR

KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di daerah Kemaman meningkat kepada 63 orang daripada 17 keluarga setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 46 orang daripada 13 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Info Banjir, kesemua mangsa ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Badrul Alam Shah, Kemasik, Balai Raya Kampung Padang Kemunting dan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok.

"Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke SMK Badrul Alam Shah, Kemasik, 16 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Padang Kemunting, dan 21 mangsa daripada enam buah keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail turut melawat mangsa banjir banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah petang semalam bersama Pegawai Daerah Kemaman,Rosman Roslan.

-- BERNAMA






No comments:

Post a Comment