Sepanjang perhimpunan agung Umno, agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) ditekankan oleh para perwakilan bagi menzahirkan Negara Malaysia terus maju dan berdaya saing dengan negara-negara seratau yang sedang membangun serta negara-negara maju dunia lain.
TN50 yang diberi tumpuan dalam perhimpunan kali ini sebagai tanda keprihatinan kepimpinan masa kini terhadap masa depan generasi akan datang yang mana akan mencorakkan pentadiran dan hala tuju Negara di masa akan datang.
Sempena TN50, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Haji Ahmad Razif Abd Rahman telah menghadiahkan nombor plat kenderaan TN 50 kepada YAB presiden parti petang semalam selepas selesai PAU 2016 di PWTC.
Plat TN 50 itu dihadiahkan khas kepada presiden bagi memperingati tarikh pelancaran serta perasmian TN 50 negara semasa PAU 2016 berlangsung.
Kejituan pemikiran presiden parti bagi menzahirkan kepimpinan masa hadapan terus kekal cemerlang untuk membawa Negara terus maju dan membangun serta tidak mengabaikan perlembagaan yang telah dibentuk sekian lama bagi menjaga keharmonian rakyat yang berbilang bangsa dan etnik serta agama di Negara ini.
No comments:
Post a Comment