Thursday, December 22, 2016

PKKM TERENGGANU CATAT JUALAN RM114.7 JUTA

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Terengganu berjaya mencatat nilai jualan tertinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak RM114.7 juta setakat November tahun ini.

Timbalan Pengarah PKKM Cawangan Terengganu Suhaimi Zakaria berkata daripada jumlah itu, RM102.3 juta adalah daripada bidang tekstil (batik dan songket), RM8.7 juta daripada bidang hasil rimba, RM2.7 juta (logam), RM902,000 (aneka kraf) dan bidang hasil tanah dengan jualan sebanyak RM80,000.

"Antara faktor peningkatan nilai jualan ini ialah jumlah usahawan yang semakin ramai iaitu 637 orang dan kekerapan usahawan menyertai pelbagai siri promosi kraftangan termasuk anjuran kerajaan negeri iaitu Beautiful Terengganu yang diadakan di seluruh negara," katanya.

No comments:

Post a Comment