Tuesday, December 27, 2016

JPJ ADAKAN LAGI OPS JALAN DARI 30 DISEMBER HINGGA 2 JANUARI

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Sebanyak 573 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kepada pemandu atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari Ops Jalan bermula Sabtu lepas.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang masih melakukan kesalahan utama seperti menggunakan lorong kecemasan serta memandu secara berbahaya.

"Operasi sama ini akan diadakan lagi pada 30 Dis hingga 2 Jan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pengamal media di sini, semalam.

Mengambil maklum akan kekerapan kes kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), beliau berkata JPJ akan terus mempertingkatkan rondaan di lebuh raya berkenaan.

Di samping itu katanya pemeriksaan terhadap pemandu bas di terminal bas di seluruh negeri turut diperhebatkan sepanjang masa bagi memastikan kemalangan jalan raya yang melibatkan pengangkutan awam tidak berlaku.

"Operasi kita bukan bermusim sebaliknya berterusan jadi orang ramai perlu sentiasa berhati-hati serta bertanggungjawab semasa pemanduan," katanya.

No comments:

Post a Comment