Friday, December 30, 2016

KEMAMANG KITE TUTUP TIRAI 2016 DENGAN GOTONG ROYONG MEGA














CHUKAI: Grup whatsapp Kemamang Kite (KK) yang diketuai penaungnya Datuk Mohamad Rahim Hussin yang ditubuhkan empat bulan lepas menutup tirai tahun 2016 dengan mengadakan gotong royong mega memindahkan dua orang keluarga dhaif ke flat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) di Geliga semalam.


Seramai 120 orang ahli grup whatsapp berkenaan menyertai gotong royong tersebut. Ia bermula dengan Cikgu Zainudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail mencari daun keladi di tepi sebuah pondok buruk di Gong Limau. Terkejut melihat kedaifan dua keluarga Morhazlan Mohd Aripin dan Mohd Fauzan Abdullah, Cikgu Zainudin melaporkan kepada kawannya yang merupakan ahli grup whatsapp KK.

Kawannya terus pergi melawat pondok tersebut dan melaporkannya dalam KK. Pada malamnya admin KK, Mat Dalam Awang bersama kawan Cikgu Zainudin terus memberi bantuan kepada dua keluarga tersebut.

Dari sinilah KK memikirkan bagaimana mahu membantu keluarga tersebut dan rundingan terus dibuat dengan YPK untuk memindahkan mereka ke Desa Keluarga YPK yang menjadi kenyataan semalam.

Datuk Mohamad Rahim yang menjadi pencetus kepada penubuhan Kumpulan Whatsapp berkenaan ketika bercakap kepada pemberita memberitahu, beliau mengambil inisiatif itu bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

“Walaupun kita hanyalah sebuah kumpulan whatsapp, namun bagi kita apa yang kita laksanakan ini sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat.

“Alhamdulilllah, kami bekerja dalam satu pasukan dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan ini,” katanya yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman.

No comments:

Post a Comment